Khas untuk anak Pahang: Permohonan Geran Bantuan Pelajar Ke IPT


Nota: Syarat-syarat kelayakan anak Pahang.
  1. Dilahirkan di Pahang (yang memiliki kad pengenalan berkod negeri 06, 32, atau 33). Jika tidak;
  2. Ibu ATAU bapa ATAU kedua-duanya dilahirkan di Pahang (yang memiliki kad pengenalan kod negeri 06, 32 atau 33). Jika tidak;
  3. Menetap di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun.
    • Walaupun tiada sesiapa di antara pelajar, ibu atau bapa yang dilahirkan di negeri Pahang.

Jika anda sudah menetap di negeri lain dan menepati syarat No.1 atau No.2, anda layak menerima geran bantuan pelajar ke IPT oleh Yayasan Pahang.
Adalah dimaklumkan, Yayasan Pahang telah membuka permohonan kepada mereka yang layak untuk membuat permohonan Geran Bantuan Pelajar ke IPT. Sila muat turun borang di bawah :

BORANG GERAN BANTUAN PELAJAR KE IPT

Anda juga boleh memuat turun borang di ruangan Muat Turun laman web ini. Permohonan ini dibuka bermula pada 25 Mac 2011 (Jumaat).

Sila hubungi pihak Yayasan Pahang, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan borang-borang di atas.

Yayasan Pahang, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 09 - 5181 800
Fax : 09 - 5181 888

Sumber: Laman web Yayasan Pahang.

Post a Comment

8 Comments

  1. -miza-
    berapa tempoh untuk bayaran geran ipta yayasan pahang, melalui pos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tuntutan dibuat di pejabat Yayasan Pahang. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk kepada Yayasan Pahang.

      Delete
  2. maaf , untuk Salinan akaun pemohon tu, any type of bank still can or not ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, untuk requirement terkini, sila rujuk maklumat lanjut kepada Yayasan Pahang.

      Delete
    2. salam, nak tanya jika saya dah pos dokumen yang telah disahkan bagi permohonan untuk dapat bantuan pendidikan dari yayasan pahang bagi ijazah sarhana muda bagi tahun pertama , berapa lama masa diambil untuk mendapat wang tersebut ? terima kasih

      Delete
    3. Cuba semak status permohonan dengan Yayasan Pahang dan dapatkan maklumat tempoh pembayaran.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. As Salam..Adakah program ini masih diteruskan bg tahun terkini 2018? terima kasih

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)