| 1 comments ]
Setelah kira-kira dua minggu aku tidak menulis di dalam blog ini, ada sesuatu yang mengejutkan aku ketika aku menjenguk laman Nuffnang aku yang agak lama jugalah tidak aku kunjungi. Pendapatan bertambah sedikit dan yang paling utama ialah Buffered Earning (BE) aku bertambah menjadi dua. BE yang baru ini pun aku tak pasti sejak bila sudah mula disiarkan di blog aku.

Walaupun aku menulis blog ini bukanlah semata-mata mengharapkan pendapatan daripada pengeluar iklan dan sebagainya, namun dengan situasi positif ini lebih memberikan kegembiraan kepada aku. Tidak kurang juga dengan sumber pendapatan yang lain yang agak menunjukkan kesan positif.

Banyak kali juga aku terbaca yang banyak blogger yang kurang berpuas hati kerana usaha mereka meneruskan kerja berblog setiap hari dan cuba mengekalkan trafik beratus-ratus pengunjung unik setiap hari ibarat sia-sia kerana tidak banyak BE yang mereka peroleh berbanding aku yang kali ini sangat jarang untuk menulis pun boleh mendapat BE. Aku bukanlah pandai tentang rahsia Nuffnang ini dan jika diikutkan dengan jumlah pengunjung unik ke blog aku ini rata-ratanya sebanyak 25-30 pengunjung unik setiap hari. Kalau untung pun dapatlah sehingga 75-120 pengunjung jika ada entri terbaru yang aku tulis dapat menarik minat pembaca.

Dengan blog personal begini, aku tidak rasakan blog ini memiliki niche yang terbaik kerana aku juga bukanlah blogger yang handal dan hebat seperti blogger-blogger yang diiktiraf sebagai otai. Walaupun sudah lebih empat tahun aku berblogging, blog aku tetap seperti ini.

Walaupun begitu, apa yang pasti, setiap bulan, aku menerima banyak search input dari Google Search dan sebilangan dari mesin carian yang lain seperti Yahoo!, Bing, dan AOL. Mungkin ada mana-mana pakar yang boleh mentafsirkan apa yang terjadi di sini dan dapat berkongsi dengan blogger yang lain. Walau apa pun, aku akan terus berblogging walaupun waktu aku menulis itu tidak tentu bila masanya.

Akhir sekali, ada sesiapa yang ingin memenangi iPad2, Blackberry Bold 3 atau iPod Touch? Korang mungkin boleh menyertai pertandingan ini di sini.

1 comment:

  1. sebab BE nih kadang2 dia bukan kira orang tu update hari2 ker tak
    tapi visitor tu pun mempengaruhi

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.