| 0 comments ]
Sumber: makemoneyonline-guide.com
Untuk masa terdekat ini, aku nak maklumkan yang blog Fadzrulhisyam ini akan mengalami kekurangan produktiviti akibat daripada kesibukan hal-hal duniawi yang lain. Ini juga termasuk dengan blog-blog Fadzrulhisyam yang lain seperti Ahli Karut, My Blog Tutor dan FH Logo. Yang selain dari pada yang aku maklumkan ni, tak payah ceritalah. Dah termaktub kekurangan produktivitinya sejak beberapa lama ni akibat kesibukan aku. Sedangkan blog Fadzrulhisyam yang utama pun boleh mengalami kekurangan produktiviti, inikan blog-blog lain. Semakin besarlah tempiasnya.

Untuk ini juga, suka aku maklumkan bahawa blog-blog kendalian aku akan dijenamakan semula di bawah satu jenama ataupun orang putih kata trademark yang sama untuk melambangkan blog-blog ini adalah blog milik aku. Prosesnya pun sudahpun dimulakan sejak kebelakangan ini dan dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga Mei nanti. Apakah pembaharuan yang ingin aku lakukan, nanti-nantilah aku tunjuk. Walaupun begitu, blog Fadzrulhisyam akan terus kekal dengan jenama yang sedia ada.

Kepada sesiapa yang mahukan iPad2 atau Blackberry Bold 3 secara percuma, bolehlah klik di sini untuk maklumat lanjut.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.