| 0 comments ]
Kali ini, kebetulan aku menjenguk laman Nuffnang aku ada satu nombor yang aku perasan semakin meningkat. Aku pun menjenguk dan tiba-tiba ada sedikit kelainan pada senarai Buffered Earning (BE) aku. Nampaknya bilangan BE aku bertambah dari dua kepada tiga. Tambahan pula BE kedua aku baharu sahaja ditambah beberapa hari yang lalu.

Aku menganggap ini adalah rezeki istimewa kerana walaupun lama juga aku tak aktif dalam berblogging sejak suku ketiga bulan lepas, BE masih ada dalam senarai aku. Mungkin kerana jumlah pengunjung yang sentiasa ada walaupun tidaklah lebih daripada 50 pengunjung unik (UV) menyebabkan BE aku sentiasa tersenarai.

Mungkin ada juga yang masih tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mendapatkan BE dengan mudah, aku tak mampu menjawabnya kerana aku merasakan aku masih tidak layak untuk mengatakannya. Mungkin jika jumlah pengunjung yang konsisten dan blog anda dapat menarik minat pengunjung setia setiap hari boleh melayakkan anda mendapat BE. Entahlah, ini cuma anggapan aku sahaja.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, teruskan usaha untuk berblogging dan sama-sama membangunkan industri blog negara (macam betul saja). Apa pun, aku akan terus berblog sedaya termampu dan kalau bernasib baik, aku cuba untuk mendapatkan iPad ataupun Blackberry untuk memudahkan aku berblog. Mungkin nasib hari jadi aku akan dapat hadiah sebegini, barangkali? Sama-samalah kita berharap.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.