| 5 comments ]
Lama sudah aku tak menulis akibat kesibukan dan juga kekeringan idea untuk menulis. Kebetulan aku ada peluang untuk menulis dengan kedatangan idea yang sedikit ini, maka aku pun menulislah sedaya mampu aku.

Sepanjang tempoh aku menjalani latihan industri ini atau ada sebahagian manusia memanggilnya sebagai praktikal, aku juga perlu mengenal dan mempelajari beberapa tulisan dan bahasa Russia. Apa kaitannya pula dengan latihan industri aku? Kalau ada wakil dari Russia pun aku bersembang menggunakan bahasa Inggeris sahaja.

Kaitannya ialah aku perlu mengenal tulisan-tulisan dan sedikit bahasa Russia supaya aku boleh mengenali jenis-jenis komponen dalam pesawat MiG-29N/UB milik Tentera Udara DiRaja Malaysia. Oleh sebab pesawat ini buatan Russia, maka sedikit sebanyak perlulah aku pelajari tulisan dan bahasa Russia. Jika tidak, pasti aku takkan kenal komponen-komponen dalam pesawat. Kalaulah pesawat ini buatan British, dengan mudahnya aku dapat memahami maksud-maksud nama komponen pesawat.

Perbandingan tulisan Rumi dengan Russia.


Kalau dibaca lain, hurufnya juga lain. Jadi tak mengejutkanlah jika restoran di Russia dieja sebagai 'ресторан'.

*****
Nota kaki:
1. Bahasa Jerman pun aku masih terkapai-kapai lagi. Tschüs!

5 comments:

  1. uikk bahasa rusia..bleh blaja la cam ni..

    ReplyDelete
  2. boleh...tapi nak baca mengelirukan...hehe

    ReplyDelete
  3. terror lah u bljr bhsa rusia.. if x silap.. bhs ni pling ssh skali nk bljr kn?

    ReplyDelete
  4. Nak kata terer xlah juga... bahasa plg susah? entahlah nak kata, tapi mengelirukanlah jugak nak belajar...

    ReplyDelete
  5. bahasa rusia adalah bahasa yang antara tersusah dunia, dengan grammarnya yang kompleks dan kaedah bacanya ada tajwidnya sendiri dengan huruf rusia saja tak bermakna boleh tutur dngan betul.

    kene sbb kuat utk blajar bhsa nie,dngan perkataanye yng berubh2 dan mmningkan.

    -AV-

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.