Sukarnya mencari klinik pada dinihari.

Bayangkan, pada satu pagi ketika semua orang masih dibuai mimpi indah mahupun mimpi ngeri, salah seorang anggota keluarga kamu jatuh sakit. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Ketika itu, dia perlu dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan segera. Maka kamu mencapai kunci kereta, membawa ahli keluarga kamu itu ke klinik yang kamu rasakan beroperasi 24 jam. Apabila kamu tiba di klinik pertama, klinik itu tutup malah tiada satu cahaya pun yang memancar dari premis yang kamu harapkan buka pada masa itu. Lalu, kamu ke klinik kedua. Masalahnya pula, kamu tahu klinik itu ada dan kamu mengetahui kewujudan klinik itu, malangnya kamu tidak tahu lokasi sebenar klinik itu. Kamu mencari-cari dan berpusing mencari klinik tersebut. Malangnya, klinik itu juga tutup.

Harapan terakhir, kebetulan kamu terjumpa satu lagi klinik yang terpampang besar di hadapannya perkataan 24 jam. Dengan adanya cahaya dari dalam klinik itu, kamu rasa pencarian kamu bakal berakhir. Ahli keluarga kamu itu juga dapat dirawat dengan segera. Kamu memakir kereta kamu, lalu keluar bersama ahli keluarga kamu itu ke klinik tersebut. Apabila sampai di muka pintu, malangnya daun pintu berkunci! Tidak boleh dibuka langsung! Kamu tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu.

Akhirnya, kamu membuat keputusan nekad terus ke hospital swasta yang kamu yakin lokasinya. Tibanya di hospital tersebut, akhirnya barulah ahli keluarga kamu dapat dirawat.

Apakah perasaan kamu ketika itu? Geram? Marah? Risau? Itulah yang telah berlaku kepada aku pada malam tadi. Adik aku diserang gastrik. Klinik-klinik yang aku harapkan dibuka, tidak dibuka pun.

Mujurlah Hospital Pakar Kuantan (Kuantan Specialist Hospital) milik KPJ beroperasi pada malam itu. Jika tidak... belum lagi. Aku masih belum mencuba Pusat Perubatan Kuantan (Kuantan Medical Centre) lagi. Jika tiadalah hospital seperti ini beroperasi pada waktu begini, manakah lagi tempatnya untuk aku tuju? Mujur juga ada doktor yang bersedia (standby) pada malam itu. Doktor itu seorang perempuan, berumur antara 29 tahun barangkali. Mungkin juga belum berkahwin... aku agak sahaja memandangkan dia standby pada waktu sedemikian. Paras rupa, biasa sahaja. Tiada apa dapat menarik perhatian aku melainkan tempat tidur yang enak untuk aku nikmati. Hahaha....


Maaflah, Cik Doktor. Aku tak berniat memburukkan kamu. Kamu juga pasti bersetuju dengan aku, pada waktu itu, tempat tidur adalah yang paling enak untuk dinikmati... kerana rupamu itu kantoi muka baru bangun dari lelap. Hehehe... apa pun, terima kasih Cik Doktor kerana merawat adik aku.

Aku pulang semula ke rumah pada jam 5 pagi. Apa lagi? Maka kembalilah aku tidur dengan lenanya setelah melayan internet seketika.

Sukarnya mencari klinik pada dinihari.

Post a Comment

1 Comments

  1. eh..nak tau cara tambah pendapatan dari blog, facebook dan twitter?? klik sini http://www.churpchurp.com/godribble/share/thenightrace

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)