| 0 comments ]
5 Oktober 2011 adalah tarikh aku meninggalkan dunia latihan industri dengan rasminya. Setelah 12 minggu aku bergelumang di alam pra pekerjaan ini, banyak yang telah aku peroleh secara formal mahupun tidak. Apa pun, aku telah menimba banyak pengalaman sepanjang aku di ATSC.

Penghujung minggu ini, banyak kesempatan telah aku lalui seperti membuat ujian NDT dan beberapa kejadian yang menyebabkan aku mula mengagumi satu lagi jentera yang hebat milik bomba TUDM.

Selepas ini, mungkin aku nak ambil kursus mengendalikan kerja-kerja penyelenggaraan pesawat terbang. Ada sijil, boleh kerja. Tak ada sijil, duduk ternganga. Hahaha....








*****
Nota kaki:
1. Macam mana setting kamera boleh tertukar dari 5MP kepada VGA sahaja? Sayang tak dapat ambil gambar resolusi tinggi. Apa pun, pengalaman itu lebih berharga.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.