| 0 comments ]
Datuk Bandar Vilnius di Lithuania memberi amaran kepada pemilik-pemilik kereta mewah yang suka meletak kenderaan mereka di lorong basikal yang dia akan menggilis kenderaan mereka menggunakan kereta kebal.

Baru-baru ini, beliau telah membuat demonstrasi dengan menggilis sebuah Mercedes-Benz-S-Class yang diletakkan di lorong basikal dengan sebuah kereta kebal ringan.

Tindakan ini adalah akibat daripada rungutan orang ramai tentang pemilik-pemilik kereta mewah yang suka meletakkan kenderaan mereka di lorong-lorong basikal di bandar itu sewenang-wenangnya. Sebagai tindakan untuk memenuhi rayuan orang ramai, dan menunjukkan orang ramai boleh bergantung harap dengan Dewan Bandaraya, Datuk Bandar Vilnius, Arturas Zuokas sendiri yang menaiki kereta kebal dan menggilis kereta mewah tersebut. Inilah baru yang dikatakan sebagai Dewan Bandaraya yang proaktif, menurut Zoukas.


"Saya sudah bosan dengan pemandu-pemandu sebegini yang meletakkan kenderaan di lorong basikal dan lorong pejalan kaki. Kereta kebal ini merupakan satu alat yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah meletakkan kenderaan di tempat yang salah."

Mesej ini telah disiarkan di laman Facebook beliau sendiri beserta dengan gambar. Walaupun ini hanya demonstrasi, tetap menunjukkan imej yang jelas kepada pemilik kenderaan mewah di bandar tersebut.


*****

Kalau Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia yang buat tindakan drastik ini, macam mana pula ya? Ada sesiapa sokong, ada sesiapa bangkang? Yang bangkang pasti akan kata kerajaan salah guna kuasa, yang sokong kata kerajaan patut ajar mereka yang suka menyusahkan orang lain.

Hakikatnya di Malaysia, petak letak kereta tak cukup. Tapak letak kereta dibangunkan dengan bangunan baharu dan petak letak kereta semakin sedikit.

*****
Nota kaki:
1. Lanyak kereta dengan PT-91M milik Tentera Darat Malaysia pun menarik juga.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.