| 0 comments ]

Kecewa? Ya, aku juga kecewa dengan kekalahan pasukan skuad Olimpik kita kepada Bahrain pada malam tadi. Aku juga rakyat Malaysia seperti kamu, aku juga fanatik bola sepak seperti kamu tetapi tidaklah sampai aku hanya menyokong pasukan negara ketika menang, marah mencaci ketika kalah.

Sebagai seorang yang rasional dalam sukan bola sepak, aku tak fikir pasukan bola sepak kita bermain teruk. Mereka sudah bermain dengan bersungguh-sungguh walaupun satu demi satu kecederaan menimpa pemain pasukan negara kita. Jika sesuatu pasukan ditimpa dengan kecederaan pemain yang banyak, pasukan sehebat Real Madrid, Manchester United, Chelsea, AC Milan mahupun Brazil pun akan mengalami kesukaran untuk menang dan juga boleh tewas kepada pasukan yang lebih lemah.

Kepada mereka yang suka mengutuk dan mencaci pasukan negara ketika kalah, apakah kamu pernah bermain bola sepak dan mengalami sendiri pengalaman bermain selama 90 minit di atas padang berkeluasan 100 m x 70 m? Pernahkah kamu berasa kepenatan apabila perlawanan sudah mencecah minit ke 60 hingga hamu betul-betul kehabisan nafas apabila hampir minit 90? Pernahkah kamu bermain dalam sekurang-kurangnya dua perlawanan berprofil tinggi dalam masa seminggu? Jika tidak, jangan sekali-kali kamu fikir bahawa kamu layak untuk mengutuk dan mencaci pemain-pemain pasukan negara kita.

Keperitan mereka di atas padang dari segi fizikal, mental dan emosi memainkan peranan penting menentukan keputusan perlawanan selain skill pemain, kondisi pemain, pemain lawan, dan sebagainya.

Aku pernah bermain bola sepak dalam pelbagai posisi kecuali penyerang. Walaupun bukanlah sebagai pemain professional, tetapi rasa dan pengalaman bermain di atas padang dalam tempoh 90 minit sedikit sebanyak dapat memberikan kefahaman akan situasi pemain di atas padang. Bezanya, beban yang mereka tanggung lebih berat dari aku. Mereka harus menanggung harapan 30 juta rakyat Malaysia sepanjang 90 minit mereka bermain.

Aku selaku rakyat Malaysia yang cintakan Tanah Air dan pasukan negara, aku tetap akan menyokong walaupun pasukan negara tewas. Kesungguhan mereka berjuang untuk menang dalam perlawanan mereka sudah cukup bagi aku walaupun tewas. Apa pun, jika kita gagal kali ini, kita boleh berusaha lagi untuk empat tahun akan datang. Sekarang, kita baru sahaja bangkit dari zaman gelap bola sepak kita. Jika mereka diberi peluang untuk empat tahun lagi, Insya-Allah mereka akan terus berjaya dan mungkin juga layak sekurang-kurangnya layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia serta menaikkan rangking negara seperti atau lebih baik dari tahun 1992. Pada masa itu, mungkin tiada masalah untuk meletakkan pemain kita di liga Inggeris.

Agi Idup Agi Ngelaban, Malaysia Boleh!

*****
Nota Kaki:
1. Sejak cedera di lutut, jarang sudah aku bermain bola sepak secara serius. Kali ini sekadar mengisi masa lapang sahaja.
2. Teringat pasukan lama aku, Tamingsari FC ketika zaman aku serius bermain bola sepak sebagai posisi penjaga gol dan pertahanan.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.