Thursday, 17 November, 2011

Jatuh

Aku jatuh, jatuh, dan jatuh,
Lalu aku terduduk, terdiam dan tertangis,

Aku tangisi diriku yang melihat manusia sekeliling aku itu,
Berlari laju, laju dan laju,
Meninggalkan aku, yang terkaku,
Tanpa dilihat atau ditoleh mereka lagi.

Aku diam, diam dan diam,
Memikirkan diriku, keluargaku dan sahabatku,
Lalu aku tanamkan azamku,
Untuk merangkak kembali, agar
Agar aku,
Agar aku dapat berlari semula.

0 comments:

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Jejak Pembaca

Disebabkan aku dah tak boleh nak Follow kerana dah sampai had 300 blog, maka sila tinggalkan jejak di sini. Lepas ni bolehlah selalu aku lawat korang.