| 0 comments ]
Apa nak jadilah di negara kita ni. Aku pun pelik. Respon aku selepas mengetahui kejadian ini - aku hanya mampu tergelak sahaja. Hahaha!!!

Mungkin perkara ini dah lama terjadi, mungkin aku sahaja yang sudah ketinggalan di belakang info dunia blog ini. Lambat macam mana pun, taklah lambat sangat, kerana tarikh kejadian bermula pada 5 Disember lepas!

Sebuah blog yang aku pun tak kenal bertajuk Budak Gigi Rabbit telah menggoncangkan dunia K-Pop di Malaysia. Apa blog ini dah lakukan? Apakah dosa blog ini? Jawapannya, entri tulisannya hanya mengeluarkan sedikit kutukan pedas terhadap K-Pop.


Namun, inilah yang terjadi. Sedikit kutukan ini mendatangkan lebih 1700 komen peminat K-Pop yang menggelepar kepanasan akibat kutukan penulis blog itu yang bernama Amirah Afiqah. Hamburan kata-kata hinaan dilemparkan berdas-das kepada penulis tersebut.

Perkara ini secara logiknya, mampu aku tertawa berguling-guling. Bagaimana entri dengan dua perenggan, yang terisi dengan dua baris setiap satu bersama sekeping gambar mampu mencetus fenomena peminat K-Pop menggelepar kepanasan. Komennya tak tumpah seperti seorang kanak-kanak yang tak minat sayur, dan bagi aku tidak langsung menjejaskan ekosistem hutan rimba dan lautan serta tidak menjejaskan ekonomi negara.

Apakah kuasa yang ada pada penulis ini sehingga mampu mencetus fenomena begini? Aku yang sudah berblog lebih 2 tahun, mungkin juga 3 tahun... entah, aku pun dah lupa bila aku mula berblog... belum mampu mendapat komen lebih dari 20 komen untuk satu entri. Budak ini bijak, menggunakan satu benda yang mungkin sansitif dan maksum bagi sesetengah orang, tiada apa-apa makna bagi aku - lalu dengan mudah mendapat jackpot.

Rumusan aku terakhir, di Malaysia ini ada beberapa isu yang tak boleh disentuh yang boleh mencetuskan fenomena menggelepar kepanasan oleh beberapa spesies homo sapien yang fanatik di Malaysia:
  1. Kenabian dan kemaksuman Nik Aziz
  2. Kemaksuman dan kejihadan PAS
  3. Kesucian Anuar Ibrahim
  4. Keimanan DAP
  5. Keimanan dan kekhalifahan Lim Guan Eng
  6. Akidah 'Islamiah' Karpal Singh
  7. Kecerdikan Soliditari Mahasiswa
  8. Keberkesanan ISA
  9. Homoseks, Gay dan Lesbian
  10. K-Pop
Apalah nak jadi kepada mereka yang menggelepar kepanasan ini? Kata nak berjuang untuk kebebasan hak bersuara, biarlah budak ini bersuara dengan pendapat dia! Apakah sudah berlaku homo sapien ultra kiasu yang tak mahu terima kritikan dan kutukan? Aduhai... penyakit, penyakit. Dari pengikut politik sampai ke pengikut K-Pop - semua sama... tak nak terima kenyataan!

Aku juga minat menonton drama dan filem Korea, juga meminati lagu-lagu Korea, taklah terasa sedikit pun dengan apa yang ditulis. Sebab itulah aku gelak sama kedua-dua pihak bertelagah ini. Hahaha!!!

Apakah ini dah menjadi taboo kepada hidupan di Malaysia? Aku hanya mampu ketawa melihat homo sapien - homo sapien ini menggelepar kepanasan.

*****
Nota kaki:
1. Biarkan saja beruk sama beruk berkelahi. Kera yang melihat dapat mencuri makanannya.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.