1Plot: Pokok Rhu di Jalan Gelap

Aku, Din dan Aiman bersembang-sembang dengan Prof. Rosli di rumahnya, setelah tamat berbincang tentang projek kami. Sampailah, tiba-tiba Prof. Rosli mengungkit satu cerita, yang tak menyebabkan aku terkedu seketika.

"Kamu semua lepas ni, nak balik makan dulu ke?" tanya Prof. Rosli kepada kami semua.

"Taklah, lepas ni terus balik. Kami dah makan dah tadi," balas aku dan Din.

"Haa... nanti balik hati-hatilah pandu kereta. Tambah-tambah lagi dekat pokok rhu tepi jalan tu," sambung Prof. Rosli.

"Pokok rhu?" kami bertanya kembali untuk kepastian.

"Pokok rhu... yang sebatang tepi jalan tu. Jaga-jagalah di situ, biasanya macam-macam benda boleh nampak," jawab Prof. Lagi.

"Nampak apa, Prof?" tanya Din.

"Macam-macamlah. Selalu nampak benda putih hinggap atas pokok tu. Tu tempat pontianak. Jaga-jagalah kamu di situ. Kalau nampak perempuan cantik tu, bukan orang tu. Jaga-jagalah kamu kalau lalu di situ," tambah Prof. Rosli lagi dengan sentiasa mengingatkan kami supaya berjaga-jaga.

"Saya tak tahu pula ada 'benda' di pokok tu. Selama ni, saya selalu saja tunggang motosikal saya berseorang tengah-tengah malam guna jalan tu, tak ada apa-apa pun. Cakap pasal orang, saya tak pernah nampak pun perempuan cantik. Orang tua lalu dekat situ, adalah," balas aku kepada Prof. Rosli.

"Orang tua?" tanya Prof. Rosli.

"Orang tua bongkok?"

"Ya."

"Bongkok, bertongkat?"

"Ya," jawab aku lagi.

"Orang tua, bongkok, bertongkat?" tanya Prof. Rosli lagi untuk kepastian.

"Ya," jawab aku dengan pastinya.

Prof. Rosli terdiam. Mengambil masa untuk berfikir. Dia memandang aku, kemudian berfikir lagi lalu berkata, "Itu... hurm... itu... adalah tu. Lain kali kamu berjaga-jaga kalau lalu kat situ. Kalau kamu nampak apa-apa, kamu elak sahaja. Yang penting jangan berhenti. Kalaulah tiba-tiba benda tu ada di tengah-tengah jalan, pandai-pandailah kamu elak. Yang pasti kamu perlu berjaga-jaga."

Aku terdiam setelah mendengar kata-kata Prof. Rosli itu. Kejadian itu bukan sekali pernah aku alami. Aku juga pernah terniat mahu berhenti menumpangkan 'mak cik' yang tua berbongkok itu menaiki kenderaan yang aku bawa, untuk aku hantarkan ke tempat yang mahu dia tuju.

Kalau bukan 'mak cik', apakah itu? Apa yang sebenarnya mahu diberi tahu Prof. Rosli ketika itu?

Setelah jam 11 malam, kami semua menamatkan perbincangan. Aku perlu ke Kuantan untuk bersedia untuk urusan seterusnya pada esok hari.

Aku memandu keseorangan, sambil terlintas memikirkan respon Prof. Rosli sebentar tadi. Apabila aku mahu melintas lori di hadapan aku, aku melihat cermin belakang untuk memastikan tiada kereta di belakang aku. Namun... bukan kereta yang aku nampak!

Aku cuba toleh ke belakang... aku nampak... sambil mulut terucap, "Mmmmaak cccik...?!"


Post a Comment

1 Comments

  1. kwn ak pon dh tkena, ayah aku sdiri pom dh tkena jugk...berhati2

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)