| 4 comments ]
Kebelakangan ini, banyak pula soalan yang aku terima, apakah ciri-ciri gadis idaman aku. Kebiasaannya aku akan menjawab secara umum, iaitu "sama seperti lelaki lain; baik, cantik dan lain-lain ciri yang umum." Walaupun jawapan sudah dinyatakan, mereka tetap tak berpuas hati dengan jawapan aku. Sebelum ini pernah aku menghantar post bertajuk "Eh, bohonglah kalau tak ada girlfriend!" tiga tahun lalu iaitu situasi-situasi kejadian yang tak mempercayai aku itu solo atau dalam bahasa Inggerisnya, single.

Dalam posting kali ini, aku cuba memuaskan hati pihak-pihak yang memang tak pernah puas hati dengan jawapan-jawapan aku sebelum ini. Maka, aku akan nyatakan ciri-ciri spesifik gadis idaman aku. Apa pun, jangan anggap aku ini terlalu demanding sudahlah.

-----


Ciri Umum ada 4 (tak perlu elaborasi):
1. Kerana hartanya.
2. Kerana keturunannya.
3. Kerana kecantikannya.
4. Kerana agamanya.

Ciri Khusus:
1. Hati yang baik: Memiliki hati yang baik boleh menjamin hubungan berpanjangan hingga ke hujung hayat.
2. Kesopanan: Bersopan santun, menghormati orang tua dan orang sekeliling, tidak menggunakan kata-kata kesat secara sengaja atau tabiat.
3. Tabiat: Memiliki tabiat yang baik dan boleh diterima, tidak melampau-lampau.
4. Jimat: Pandai berjimat, tak berbelanja berlebih-lebihan.
5. Imej: Tidak melebih-lebih, berpakaian ringkas, kemas dan padan dengan diri sendiri.
6: Minat: Memiliki beberapa minat yang sama supaya boleh dikongsi bersama.
7: Kanak-kanak: Suka akan kanak-kanak. Juga memiliki ciri-ciri keanak-anakan yang tak melampau.
8: Memasak: Minat memasak. Tak pandai tak mengapa, asalkan minat memasak.
9: Makanan: Tidak terlalu memilih makanan. Suka makan sayur-sayuran.
10: Sikap: Mementingkan kepentingan bersama, bukan kepentingan sendiri.
11: Amanah: Beramanah.
13: Bijak: Bijak menggunakan akal dan idea untuk kebaikan bersama.
14: Menarik: Berwatakan menarik.
15: Ayu: Memiliki keayuan seperti gadis tradisional.
16: Sihat: Pandai menjaga kesihatan diri.
17: Kerjaya: Memiliki kerjaya yang sesuai.
18: Ketinggian: Tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah (melepasi ketinggian bahu aku).
19: Ketahanan: Tidak mudah berputus asa.
20: Wanita: Memiliki ciri kewanitaan dari segi fizikal, emosi, tingkah laku dan pertuturan.

Ciri Tambahan (optional):
1. Bola sepak: Minat bola sepak. Lebih prefer minat pasukan Manchester United. Elakkan pasukan Chelsea, Liverpool dan Manchester City. Arsenal, Tottenham Hotspur, Newcastle United dan lain-lain boleh dipertimbangkan. Bonus sekiranya minat pasukan Eropah lain selain dari England (Juventus, Real Madrid, Bayern Munich).
2. IT: Meminati peralatan IT seperti komputer, telefon pintar dan peranti tambahan serta pandai menggunakannya.
3: Makanan & minuman: Mempunyai minat yang sama dengan aku; (petai, jering, durian, tempoyak, budu, cencalok, dll) dan tahu bukan kesuakaan aku (taugeh, soya, dll.).

-----

Untuk tambahan, aku adalah orang yang agak tradisional dalam memilih pasangan, malahan aku lebih gemar apabila lelaki yang approach kepada perempuan yang diingini. Walaupun begitu, aku tak memandang rendah kepada istilah 'perigi mencari timba' kerana itu adalah sunah. Walaupun begitu, aku tidak suka apabila gadis-gadis atau wanita di sekeliling aku (yang barangkali cuba memikat aku) tergedik-gedik pada aku. Akibatnya, aku dengan suka relanya akan melukakan hati mereka tanpa memikirkan kesan tindak-tanduk aku itu. Banyak yang telah 'berjaya' menjadi demikian akibat kegedikan masing-masing.

Aku tak tahu bagaimana diri aku boleh terpikat kepada wanita, tetapi jika sekali terpikat; sampai bila-bila pun aku akan tetap menyimpan perasaan sayang itu selamanya. Walaupun pernah merasai kekecewaan itu. Namun, walaupun masih ada rasa sayang, belum tentu dapat kembali kepadanya walaupun dipinta untuk kembali.

-----

20 ciri spesifik di atas boleh dikatakan ciri mandatori idaman aku, namun aku boleh pertimbangkan sekiranya ada kekurangan dari mana-mana ciri di atas selagi tak melibatkan beberapa ciri paling mandatori yang takkan aku pertimbangkan langsung. Ciri-ciri ini mungkin boleh berubah, namun inilah 20 yang utama bagi aku.

Jadi, untuk mereka yang rasa-rasa ada hati pada aku itu, jika sudah membaca post ini, harap dapat menamatkan keinginan itu. Jangan dikejar lagi. Jangan disimpan lagi. Tinggalkan sahaja keinginan itu. Campaklah ke mana-mana supaya kamu tak dilukai.

4 comments:

  1. hahahhahahaha,,poyo gler,,bnyak seh ciri2 idaman kau mcm kau baik sngat,,haha

    ReplyDelete
  2. Haha...name pon idaman. Bukan syarat sah utk jadi pasangan.

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.