| 0 comments ]
Selesai satu kerja sebagai Jawatankuasa Dokumentasi dan Publisiti. Kekejangan otak akibat tak tidur selama 23 jam menyebabkan dunia Ahad aku terbahagi kepada 5 sesi bangun-tidur. Walaupun tugas aku tidak seberapa penting pada sebelum hari kejadian, namun kesibukan pada hari majlis dijalankan menyebabkan dunia aku caca merba untuk tempoh 6 jam.

Kesukaran terbesar bagi aku adalah membuat montaj tanpa bahan untuk diletakkan di dalam montaj serta tugasan yang tiba secara bertimbun-timbun dalam 2 jam terakhir sebelum mulanya majlis tidak mampu menewaskan aku yang pada ketika itu masih kelaparan akibat tak makan tengah hari mahupun minum pagi. Dengan hanya berbekalkan Snickers dan Nescafe pada tengah hari, aku masih mampu untuk segar dan tidak mengalami kompilasi perut yang selalu memberi amaran jika dibiarkan kosong berpanjangan. Mujurlah aku tak termuntah-muntah selepas majlis akibat kompilasi perut aku. Terima kasih kepada semua sayur-sayuran yang aku sempat jamah pada majlis sedang berlangsung.

Dengan bertemakan Rockstar!, aku cuba sedaya upaya untuk kelihatan sebagai seorang bintang rock, namun mungkin aku lebih kelihatan sebagai seorang Gothic pada malam itu. Apa pun, pertama kali bercelak memberikan pengalaman berbeza yang belum aku rasai.

Jom, jenguk-jenguk beberapa gambar sepanjang majlis.





























0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.