| 0 comments ]
Produktiviti mengarang blog aku sangat sedikit untuk bulan ini. Bukan sebab apa, bila ada idea tiada masa. Bila ada masa hilang idea. Dua kombinasi ini kalau tak ditemukan seperti Laila dan Majnun; maka tak cantiklah hasilnya.

Malam tadi, aku 'memutihkan' kembali blog aku dan mengembalikan template lama untuk blog aku ini. Bukan sebab apa, sebagai penyegar semula blog aku dan mahu blog ini dimasuki dengan pantas. Walaupun aku menggunakan template yang disediakan oleh Blogger, aku kurang berpuas hati kerana prestasi dan kurang menarik.

Apa pun, aku harap pada waktu-waktu akan datang aku akan kembali menyerikan blog ini sedaya yang mungkin.

Satu lagi, blog ini akan menghentikan berbicara tentang perkara-perkara yang sangat serius seperti perhimpunan sana-sini yang banyak berlaku kebelakangan ini, ahli politik sana-sini yang makin banyak main perang pistol airnya dan perkara-perkara sensitif lain. Bukan sebab apa, kalau aku lempar buah fikiran aku pun, nanti puak A lawan puak B juga yang berlaku. Sampai bila pun masalah takkan selesai.

Lebih baik aku menumpukan perkara-perkara yang agak penting bagi aku iaitu persediaan untuk meneruskan kemandirian spesies manusia dan juga menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk negara Malaysia menjelang Negara Maju 2020. Oh, dalam sungguh maksud ayat tadi. Tak mengapalah, siapa yang faham, baguslah. Kepada yang tak faham, anggaplah ini satu misi kenegaraan yang sangat hebat.

Apa pun, selamat membaca blog yang tak seberapa ini, dan jauhkan diri dari kontroversi dan gosip. Tingkatkan produktiviti dan mutu kerja. Saya melaporkan, dari... huh... banyak betul berangan. Chao!

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.