Shell Eco-marathon Asia 2012 - Setelah 3 tahun, akhirnya kini juara.


Shell Eco-marathon Asia - yang pernah aku sertai pada tahun 2010 dahulu dengan rekod tempat ke-4, kini pada tahun 2012 aku dan pasukan telah menjadi juara dalam kategori UrbanConcept Diesel Fuel. Setelah berusaha selama tiga tahun, akhirnya pada tahun ketiga inilah pasukan aku berjaya menjadi juara.

Pertandingan ini yang merupakan pertandingan berprofil tinggi, iaitu berperingkat antarabangsa atau secara khususnya Asia mengumpulkan 119 pasukan dari institusi pengajian dari seluruh Asia di Litar Antarabangsa Sepang dan bertanding dalam kategori yang mereka sertai masing-masing.

Untuk kali ini, sekali lagi SAE-UMP Chapter menyertai Shell Eco-marathon Asia 2012 dalam kategori UrbanConcept yang menggunakan diesel sebagai sumber tenaga. Walaupun pasukan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, akhirnya semuanya berbaloi dengan kejayaan ini.

Jengking - nama kereta SAE-UMP Chapter.

Sudah memang dari edisi 2010 lagi, aku mahu mendapat sesuatu yang boleh dibanggakan untuk UMP. Dengan bekal kejayaan tempat ke-4 dalam kategori UrbanConcept Gasoline Fuel dengan jarak 39 km/l, aku dan bersama-sama beberapa anggota pasukan dari 2010 membentuk satu pasukan yang memegang azam untuk menjuarai pertandingan ini dalam kategori UrbanConcept Diesel Fuel dengan rekod 50.8 km/l.

Sejarah pasukan SAE-UMP Chapter untuk edisi 2012 ini hanya bermula dari sembilan bekas ahli SAE-UMP Team edisi 2010 iaitu aku (Pengurusan), Azrul (Chassis), Azlan (Elektrik), Akmal (Multimedia), Banchaa (Pemandu), Fadhil (Body), Din (Enjin), Amirhilmi (Body) dan Pak Long (Chassis). Selain itu, Iskandar (Bendahari) dan Hafizuddin (Body) pernah dijemput (baca: dirayu) untuk menyertai pasukan, namun mereka menolak memandangkan ada komitmen lain yang perlu mereka tumpukan.

Dengan berbekalkan pengalaman yang ringkas, pasukan ini merekrut lagi 16 hali baharu iaitu Firdaus (Chassis), Najmuddin (OSH, QA/QC), Hanif (Elektrik), Syahirah (Setiausaha I), Najmi (Setiausaha II), Taufiq (Bendahari), Hasnah (Body), Baihaqi (Enjin), Syazwan (Enjin), Haziq (Multimedia, Technical Report), Aiman (Body), Amiruddin (Body, Driver 1), Jolhi (Team Manager [Sepang], Chassis), Raja Imran (Elektrik) dan Kumar (Chassis).

Dengan menggunakan konsep mentoring, kami yang dari pasukan 2010 dan yang baru direkrut bersama-sama belajar dan membina sebuah kereta yang diyakini boleh memenangi pertandingan ini. Dengan kesungguhan mereka, SAE-UMP Chapter telah berjaya memenangi tempat pertama dalam kategori yang kami sertai pada edisi 2012.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Hj. Rosli Abu Bakar dan Engr. Dr. Kumaran Kadirgama atas sokongan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah dicurahkan kepada kami. Tidak lupa juga kepada JHEPA, FKM, FKP, FKEE, FKKSA, JPPH, SAE-UMP Chapter, MECHAPRO dan semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjadikan usaha kami menjadi kenyataan.

Pasukan SAE-UMP Chapter ketika menerima anugerah (Gambar: Shell).

Sesi fotografi bersama wartawan Harian Metro.

Jengking.

Jengking ketika beraksi (Gambar: Shell).

Pasukan Malaysia yang memenangi anugerah dalam kategori masing-masing (Gambar: Shell).

*****

Selain itu, tahniah juga kepada pasukan MECHAPRO UMP yang berjaya memperbaiki rekod pada tahun ini dalam kategori Prototype Gasoline Fuel.

*****

Selain itu, tidak lupa juga kepada dua rakan aku iaitu Aifadilah dan Fatiehah yang kedua-duanya bekas rakan sekelas aku yang turut hadir memberikan sokongan kepada pasukan SAE-UMP Chapter. Jasamu dikenang selamanya.

Aifadilah (kiri) dan Fatiehah (Kanan).

*****

Edisi seterusnya: Etanol & Diesel? Mungkin?

Post a Comment

0 Comments