| 2 comments ]
Mantan roommate bersama roommate baharu.
 
Sering kali, aku menerima soalan yang sama, "kau bila pula?"

Untuk aku, jawapan pasti sama, "belum ada lagi."

Siapa tak pernah disoal tentang soalan-soalan yang berkaitan dengan perkahwinan? Pasti anak-anak teruna dan dara yang masih bujang sering menerima soalan begini. Kalau bukan dari rakan-rakan, pasti dari jiran-jiran. Kalau tak pun dari pakcik-makcik... lagi hebat kalau cikgu sekolah rendah dan menengah tanya, "kamu bila pula?"

Bila melihat rakan-rakan banyak yang sudah berumah tangga, orang-orang terdekat pun banyak yang sudah berumah tangga, sepupu pun sama... aku terus teringatkan dengan umur aku sekarang. Wah... sudah mendekati pretengahan umur 20'an. Dalam umur begini pun masih belum ada calon yang terlintas di kepala.

Kadang kala juga aku tak dapat membayangkan diri aku hidup dalam alam perkahwinan. Sering kali aku cuba membayangkan aktiviti harian aku, di samping pekerjaan aku, masa depan bersama anak-anak... jauh pula aku cuba nak bayangkan, tetapi... langkah pertama sering kali aku terlepas pandang - mengenal pasti calon yang sesuai untuk dikenalkan kepada orang tua.

Apa pun kini, yang pasti... aku dapat merasakan yang masa aku masih jauh. Aku masih belum dapat membayangkannya. Meskipun aku mempunyai banyak kawan perempuan, yang juga aku agak mesra bersama mereka, tetapi aku masih ragu-ragu untuk memungkinkan mana-mana seorang dari antara mereka itu menjadi teman hidup aku.

Jadi, dengan itu aku sering memberikan alasan yang sama - tiada calon, belum sampai giliran, dan lain-lain untuk mengelak menjawab soalan yang diajukan.

Aku menghampiri umur 24 tahun (biar betul aku kena guna kalkulator nak kira umur sendiri!) dan entah bilalah aku akan mengenal pasti calon itu. Mungkin sudah aku menemuinya, mungkin juga tidak. Apa pun, jodoh itu seperti rezeki; ia tetap ada, cuma kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Jika tidak, jodoh takkan datang bergolek.

*****

Nota kaki:
1. Tepak sirih dah siap ada di rumah - alasannya "takkan nak pinjam orang lain pula, kalau anak bujang nak meminang anak orang nanti."
2. Asyik perasan pelakon baru makin comel-comel belaka.
3. Jatuh cinta kepada gajet-gajet canggih.
4. Tahniah kepada rakan-rakan yang sudah mendirikan rumah tangga. Semoga hubungan kekal bahgia sampai ke syurga.

2 comments:

  1. Sampai masa tibanya waktu,
    Redup hati kaum berdua,
    Bila dua jasad bersatu,
    Hidup mati jadi bersama.

    -Hikayat Merong Mahawangsa-

    hehe..

    ikhlas dari..
    Mantan Rum8 :P

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.