Antara banyak-banyak salam, salam apa yang menguntungkan? - Salam Media


Salam. Apa ada dengan salam? Biasanya, perkataan salam digunakan sebagai kata ganti kepada Assalamualaikum dalam permulaan ucapan atau perbualan dalam talian.

Ada pula salam itu, perbuatan dua orang yang menggenggam tangan sesama sendiri secara bersilang tangan, iaitu tangan kanan dengan tangan kanan seorang yang lagi satu, lalu dihenjutkan sedikit, sebagai tanda persahabatan ataupun tanda kemesraan.

Kali ini, ada satu salam yang baharu; salam yang memberikan pendapatan sampingan kepada penulis-penulis blog, khususnya di Malaysia. Salam yang dimaksudkan ini adalah Salam Media, iaitu salah satu syarikat pengiklanan digital di Malaysia. Apa yang lebih menariknya tentang Salam Media ini adalah, mereka memaklumkan bahawa advetorial yang mereka sediakan hanyalah advetorial yang patuh syariah sahaja.

Salam Media juga menawarkan konsep advetorial yang agak berbeza berbanding syarikat-syarikat pengiklanan digital yang lain. Dengan memfokuskan kepada konsep advetorial, kaedah pengiklanan ini mungkin dilihat lebih berkesan berbanding cara meletakkan banner di blog-blog yang berdaftar.

Kepada mereka yang agak tegas dalam menentukan sumber pendapatan mereka, pastinya Salam Media adalah salah satu sumber pendapatan sampingan yang sesuai bagi mereka kerana syarikat ini komit untuk memastikan sumber-sumber pendapatan yang diperoleh adalah patuh syariah.

Jadi, sesiapa yang berminat dengan konsep pengiklanan patuh syariah begini bolehlah mendaftarkan blog masing-masing dengan melayari laman web rasmi Salam Media.

Post a Comment

0 Comments