| 8 comments ]

Pada malam semalam (25 Disember 2013), sedang aku terbaca satu post di Facebook oleh Kucai yang isterinya, Ziela sedang menghadapi kesakitan untuk bersalin. Pada awalnya, aku sangkakan itu hanyalah kesakitan yang biasa datang. Namun aku tetap menasihatkan dia untuk terus berdoa dan redakan isterinya, ampunkan dosa dan halalkan segala yang dia berikan kepada isterinya. Insya-Allah, akan memudahkan isterinya untuk bersalin.

Pada waktu itu, aku memang tak memberi sangkaan apa-apa yang isterinya akan bersalin pada malam itu juga, kerana aku diberi tahu yang tarikh ramalan doktor adalah pada 28 Disember 2013.

Pada jam 10.58 malam, aku terbaca lagi satu posting,
Alhamdulillah..
We r officially mom n dad!! Please welcome our new born son!!  — feeling blessed with Ziela CutePinky at Hospital besar Balik Pulau.
Khusairi Hassim
Terbaca sahaja posting ini, aku terus telefon sahabat aku ini untuk mengucapkan tahniah. Dia yang jadi bapa, aku pula yang jadi teruja.

Tahniah kepada mereka berdua, kini sudah menjadi ibu dan bapa. Anak ini menjadi rezeki tahun baharu kepada kedua-duanya dan semoga murah rezeki untuk hari-hari yang mendatang. Insya-Allah.

-----

Sementara itu, aku membuat sasaran masa aku bahawa, aku sudah bertunang dengan Nadzirah binti Abdul Manaf pada bulan Julai 2014, dan sudah berkahwin dengannya pada Oktober 2014.

Semoga matlamat ini akan tercapai, dan aku akan lebih berusaha untuk mencapai matlamat ini. Insya-Allah.

8 comments:

  1. Wow..ko dh kawin ke.xjemput ak pun.hehe. Eh tpkan ak confius mcm mana ko kawin dulu baru tunang ye..
    ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...typo la... aku blom tunang n kawen lagi. Tu perancangan untuk tahun hadapan. Hahaha

      Delete
    2. Tau tp saje nk kaco ko..=p InsyaAllah.. Aku tunggu thn dpn.. Bila lagi nk dpt g kuantan tmpt lepakkuuuu... Hehe

      Delete
    3. Haha... okeh. Doa-doakan la perancangan aku ni berjaya ye... aku pon menunggu jugak, bila orang tu nak invite kenduri ke Klang. Haha

      Delete
  2. bila tengok zila ni, teringat dekat ajoi..hehe apepon tu sume kisah lama.tahniah utk zila dan suami.moga dengan kehadiran permata baru ni mengeratkan lagi hubungan kalian berdua.eh ramainya dah kahwin! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... jangan dibongkar kisah lama. Hahaha... ko tu bila pulak nak ambik giliran, pakdin?

      Delete
  3. Semoga doa dan harapan kita akan dimudahkan dan dikabulkan sayang. Amin :)

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.