Rezeki top-up RM10

Top-up Celcom RM10. - Gambar hiasan.
Kira-kira jam 4.30 petang tadi, aku dapat satu emel dari Malaysian Institute for Research in Youth Development yang aku diberi top-up Celcom percuma kerana aku telah menjawab soalan servey mereka sempena pasca PRU-13.

Sejujurnya, aku pun dah tak ingat yang aku pernah jawab servey mereka dan langsung lupa berkenaan dengan sagu hati top-up percuma tersebut.

Apa pun, alhamdulillah. Rezeki percuma Allah bagi.

Emel dari MIRYD, KBS.
Tak lupa juga yang aku pernah terima emel dari MyEG, yang aku sememangnya langsung lupa yang aku pernah menghantar permohonan untuk Pakej Komunikasi Belia MyEG kepada mereka pada September yang lepas.

Emel dari MyEG.
Apabila aku menyemak di laman web MyEG, status permohonan aku dimaklumkan bahawa telah diluluskan. Apa pun, jika betul aku dapat... Alhamdulillah. Bolehlah aku guna sebagai pengganti kepada Nokia Lumia 800 aku yang hilang beberapa bulan lepas.

Semakan permohonan Pakej Komunikasi Belia MyEG.
Benar kata Rasulullah S.A.W. Jika kita memberi satu bahagian, Allah akan kembalikan 10 bahagian. Jika kita bersabar dengan ujian dan dugaan Allah, Allah pasti akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Syukur alhamdulillah.

Post a Comment

2 Comments

  1. berkenaan myeg tue ada apa2 perkembangan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni masih belum ada perkembangan lagi. Perkembangan terakhir yg diterima adalah emel dari MyEG.

      Haraplah ada berita gembira dari MyEG nanti.

      Delete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)