| 0 comments ]

Orang kita,
Pandai berkias, pandai berdalih
tapi tak pandai jadi jujur.

Orang kita,
Mudah terasa, mudah tersentuh
bila orang jadi jujur.

Orang kita,
Tak faham, tak reti
bila berbahasa kias
bila berbahasa dalih.

Orang kita,
Bila sudah tak faham, tak reti
marah orang tak jujur.

Orang kita,
Bila jujur
tarik hati beribu batu, diam seribu bahasa
terasa.

Orang kita,
Bila terasa
marah kepada mereka yang jujur
katanya tak pandai jaga hati.

Orang kita,
bila orang jaga hati,
dia sendiri tak faham, tak reti.

Sampai bila tak sanggup terima kenyataan?
Kalau begitu perkataan selayaknya. Begitulah.

Takkanlah
nak sebut bunga tahi ayam
dipanggil bunga kumuhan ayam?

Orang takkan faham kalau berdalih.
Lebih baik jujur.
Biarlah terasa.
Janji dapat sedarkan diri.
Dari terus diulit mimpi.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.