| 0 comments ]

Pernahkah di antara kita terfikir, bagaimanakah caranya untuk berdakwah? Banyak caranya untuk berdakwah. Bagaimana pula dengan cara perkahwinan? Perkahwinan adalah salah satu cara dakwah yang berkesan kerana secara langsung pasangan yang asalnya dari agama lain, pasti akan memeluk Islam untuk berkahwin.

Jika dirujuk kembali sejarah pengislaman kerajaan negeri Melayu, pedagang Islam dari tanah Arab, India dan sebahagian dari China berkahwin dengan penduduk tempatan untuk menyebarkan dakwah Islam.

Untuk itu, aku berminat untuk memberikan cadangan dan pendapat berkenaan dengan dakwah melalui perkahwinan untuk pasangan yang sudah berkahwin.










Aku juga pernah rasa berminat dan berkeinginan untuk menarik gadis bukan Islam untuk memeluk Islam dengan cara perkahwinan kerana aku bukanlah seorang yang pandai berbahas dan berdakwah dengan menggunakan kaedah social approach. Walaupun begitu, aku kini akan berkahwin dengan seorang gadis Melayu Islam. Tambahan pula, isu poligami ini adalah satu isu yang sangat ultra-sensitif mengalahkan perang Israel-Palestin bagi wanita-wanita Melayu kita.

Walaupun begitu, jika ditanya dan dengan mejawab dengan jujur; aku tetap menyimpan lagi azam aku untuk mengislamkan gadis yang bukan Islam dengan cara perkahwinan. Ibu aku memeluk Islam dengan cara perkahwinan. Mungkin itu jugalah aku nampak kelebihan kaedah ini di samping dapat membuat satu bentuk save deposit saham untuk akhirat kerana setiap amal mereka; insya-Allah kita juga akan dapat manfaatnya.

Pasti banyak oran akan membangkitkan isu tanggungjawab... aku sudah mengerti akan hal itu. Apa pun, jika tidak mampu menjadikan seorang suami yang sempurna, sekurang-kurangnya bolehlah menjadi suami yang dapat memberikan manfaat kepada keluarga dan orang lain; yang pada masa yang sama, ahli keluarganya juga dapat memberi manfaat kepada orang lain.



*****
Nota kaki:
1. Sekadar pendapat. Jangan marah naa....

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.