| 0 comments ]

Barisan Kabinet Baru Malaysia 2013

Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timb Perdana Menteri - Muhyiddin Yassin

Menteri Di JPM - Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Menteri Di JPM - Datuk Abdul Wahid Omar
Menteri Di JPM - Datuk Seri Idris Jala
Menteri Di JPM - Tan Sri Joseph Kurup
Menteri Di JPM - Datuk Seri Shahidan Kassim
Menteri Di JPM - Nancy Shukri
Menteri Di JPM - Datuk Paul Low Seng Kuan
Menteri Di JPM - Datuk Joseph Entulu

Timb Menteri Di JPM - Datuk Razali Ibrahim
Timb Menteri Di JPM - P. Waytha Moorthy

Menteri Kewangan - Datuk Seri Najib Razak
Menteri Kewangan 2 - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timb Menteri Kewangan - Datuk Hj Ahmad Maslan

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Datuk Seri G Palanivel
Timb Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar - Dato' Dr. James Dawos Mamit

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Nazri Aziz
Timb Menteri Pelancongan dan Kebudayaan - Dato' Joseph Salang

Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
Timb Menteri Wilayah Persekutuan - Dato' Dr Loga Bala Mohan

Menteri Belia dan Sukan - Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Datuk M.Saravanan

Menteri Komunikasi dan Media - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timb Menteri Komunikasi dan Media - Datuk Jailani Johari

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Anifah Aman
Timb Menteri Luar Negeri - Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Zahid Hamidi
Timb Menteri Dalam Negeri - Datuk Dr Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

Menteri Pertahanan - Datuk Seri Hishamuddin Hussein
Timb Menteri Pertahanan - Datuk Abd Rahim Bakri

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi 2 - Datuk Seri Idris Jusoh
Timb Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - P.Kamalanathan
Timb Mneteri Pelajaran & Pengajian Tinggi - Datuk Mary Yap Kain Ching

Menteri Pertanian Industri Asas Tani - Datuk Seri Ismail Sabri
Timb Menteri Pertanian Industri Asas Tani - Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rohani Karim
Timb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun

Menteri Sumber Manusia - Datuk Richard Riot
Timb Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Ismail Haji Abd Mutalib

Menteri Kesihatan - Datuk S.Subramaniam
Timb Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahya

Menteri Kerja Raya - Datuk Haji Fadillah Yusof
Timb Menteri Kerja Raya - Datuk Rosnah Sirlin

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri - Datuk Mustapa Mohamed
Timb Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri - Ir Haji Hamim Samuri

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Shafie Apdal
Timb Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Alexander Nanta Linggi

Menteri Komoditi Dan Perladangan - Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timb Menteri Komoditi Dan Perladangan - Noriah binti Kasnon

Menteri Pengangkutan - (Memangku) Datuk Seri Hishamuddin Hussein
Timb Menteri Pengangkutan - Datuk Abd Aziz Kaprawi

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili
Timb Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air - Dato' Seri Mahdzir Khalid

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Iwon Ebin
Timb Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dr. Abu Bakar Mohamad Diah

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna - Dato' Haji Hasan bin Malek
Timb Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timb Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Halimah Sadique
Read more

| 0 comments ]



Oleh Ab Jalil Backer

Tidak sampai 24 jam selepas dilancarkan Manifesto Barisan Nasional telah mendapat reaksi yang begitu besar sekali. Mungkin inilah kali pertama sejak beberapa dekad lalu, satu manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.

Seperti yang dijangka oleh mykmu.net sebelum ini, Barisan Nasional telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN akan lakukan dalam masa lima tahun akan datang. Membawa tema “Menepati Janji, Membawa Harapan” memfokuskan kepada 17 perkara berikut:

1. Menangani Kos Sara Hidup
2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
11. Memenuhi Aspirasi Belia
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
14. Memerangi Gejala Rasuah
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
16. Gerakan Kesederhanaan Global
17. Memulihara Sumber Semula Jadi

Pemerincian janji-janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (lihat www.manifestopru13.com) telah menyebabkan Pakatan Rakyat (Pakatan) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka. Memang terdapat topik-topik yang diutarakan oleh Manifesto Pakatan turut disebut dalam Manifesto BN. Namun idea-idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.

Antara tuduhan mengatakan Manifesto BN meniru Manifesto Pakatan dibuat oleh pemimpin Pas dalam harakahdaily:

Dakwaan 1

Harga kereta

Manifesto Rakyat
Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

Mewujudkan industri automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

Manifesto BN
Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

Fakta:

Kerajaan telah mengumumkan Dasar Automatif Negara yang dikaji semula pada 2009 yang antara lain menyatakan “Adalah menjadi keutamaan kepada MITI dalam mempromosikan perdagangan antarabangsa yang bebas dan menguntungkan negara. Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Malaysia komited untuk mengurang atau menghapuskan duti import semasa secara berperingkat.” (Pautan: Kajian Semula Dasar Automotif Nasional)

Ini bermakna kerajaan sejak 2009 telah merancang pengurangan harga kereta secara berperingkat. Jika pengenalan Dasar Automatif Nasional 2006 dan 2009 yang diperkenal kerajaan diambil kira, maka jelas peniru sebenar ialah Pakatan Rakyat.


Dakwaan 2

Dasar Perumahan

Manifesto Rakyat

150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat.

Manifesto BN

Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sector awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

FAKTA:

Kerajaan telah mempunyai Dasar Perumahan Negara mampu milik sejak tahun 2000 lagi melalui penubuhan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Malahan pada 2008, Tahun 2008, SPNB telah berjaya melancarkan 24 buah projek perumahan di seluruh negara dengan menawarkan sebanyak 21,891 unit rumah pelbagai jenis di bawah program Rumah Mampu Milik.

Malahan Dato’ Sri Mohd Najib Razak telah melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinisikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00. Lagi mengeai dasar perumahan negara boleh baca di sini.

Apa yang terdapat dalam Manifesto BN sebenarnya merupakan kesinambungan program kerajaan sedia ada. Yang meniru sebenarnya siapa?

Jadi siapa tiru siapa sebenarnya? Tidak malukah Pakatan mahu mendakwa idea mereka?

Dakwaan 3

Keretapi laju

Manifesto Rakyat
Memulakan langkah kearah membina sistem keretapi laju antara bandar yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Manifesto BN
Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan system landasan keretapi berkembar

FAKTA

Pada 1995, Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-5 telah mencadangkan pembinaan sebuah landasan kereta api yang bermula dari Singapura dan melintasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja hingga ke Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dan China telah menyatakan persetujuan terhadap cadangan tersebut.

Cadangan rel keretapi laju telah diumumkan sejak beberapa tahun lalu. Jadi idea siapa ini? Idea BN atau Pakatan? Buatlah kajian sedikit, jangan main hentam keromo sahaja.


Dakwaan 4

Lebuhraya Sabah dan Sarawak

Manifesto Rakyat
Memulakan pembinaan lebuh raya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat

Manifesto BN
Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah

FAKTA:

Lebuh Raya Pan Borneo telah dirancang sejak 1970-an dan sebahagiannya telah disiapkan. Akibat kemelesetan ekonomi Kerajaan menangguhkan sebahagianny. Pada Februari 2012, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor memaklumkan Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan semula kerja menaik taraf Lebuhraya Pan Borneo yang menelan belanja RM423 juta yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). (Lihat pautan: Kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo diaktif semula).

Dakwaan 5

Royalti Petroleum

Manifesto rakyat
Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%.

Manifesto BN
Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang


FAKTA:

Tidak ada janji Pakatan untuk menaikkan royalti minyak dalam Manifesto Pakatan Rakyat. (Lihat berita harakahdaily: PR akui kesilapan royalti minyak tertinggal).

Namun jika Pakatan membawa masuk pun dalam Manifesto mereka yang telah diubah, ia tidak menjejaskan apa-apa kerana BN sejak dahulu telah menegaskan bahawa sungguhpun bayaran royalti hanya 5% kepada negeri pengeluar minyak dan gas namun peruntukan yang mereka terima setiap tahun kadang-kadang boleh mencecah sehingga 20% daripada hasil keuntungan minyak negeri tersebut.

Ini bermakna apa yang dijanji oleh BN dalam manifesto hanyalah memperkukuhkan apa yang dibuat sebelum ini secara aku janji.

Dakwaan 6

Permit Teksi

Manifesto Rakyat
Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi dengan tujuan melahirkan lebih ramai usahawan teksi.

Manifesto BN
Meningkatkan jumlah permit teksi individu.


FAKTA:

Tiada sebarang peniruan dalam dakwaan ini kerana Manifesto BN hanya menjanjikan untuk meningkatkan jumlah permit teksi individu bukannya menghapuskan permit teksi syarikat.

Malahan dalam sidang Dewan Rakyat Oktober 2012, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan telah menyatakan bahawa kerajaan bercadang untuk memberi sejumlah permit teksi kepada individu yang layak dalam usaha membaiki sistem penyewaan teksi.

Hasilnya pada Mac 2013 yang lalu kerajaan telah meluluskan 1,000 permit teksi individu. Malahan mereka ini telah diberi geran RM5,000 bagi pembelian Proton Exora. Bagaimana sesuatu yang telah kerajaan janjikan sejak tahun lalu dan dilaksanakan tahun ini dianggap meniru manifesto Pakatan yang baru dilancarkan tahun ini?

Sekarang siapa tiru siapa?

Dakwaan 7

“Pengkalan” data

Manifesto rakyat
Mewujudkan sistem pengkalan data nasional bersepadu mengenai maklumat sosio ekonomi rakyat dengan menggabungkan semua maklumat sedia ada yang kini diuruskan secara berasingan oleh pelbagai agensi dan badan.

Manifesto BN
Memperhalusi dan menambahbaik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu

FAKTA:

Pertamanya, manifesto BN bercakap soal manambaihbaik sistem yang sedia ada, sebaliknya Pakatan bercakap soal mewujudkan sistem pangkalan (bukan pengkalan lah beb) data nasional bersepadu mengenai sosio ekonomi rakyat.

Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh Pakatan telah wujud melalui pangkalan data E-Kasih, dan juga Jabatan Statistik (lihat: www.statistics.gov.my/portal/index.php).

Jadi siapa tiru siapa lagi?

Dakwaan 8

Tanah wakaf

Manifesto rakyat
Menambah nilai tanah-tanah wakaf demi menjana kebajikan ekonomi untuk rakyat

Manifesto BN
Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri

FAKTA:

Kerajaan telah memperkatakan pembangunan tanah wakaf dalam bajet 2013 lagi pada Oktober tahun lalu. Malahan perbincangan pembangunan tanah wakaf telah dibuat oleh agensi kerajaan sejak tahun 2011 lagi. Jadi BN sekadar mengukuhkan lagi pelan yang dirancang dengan aku janji manifesto.

Bukankah ini bermakna Manifesto Pakatan sebenarnya yang menciplak dan meniru idea BN dan melancarakan lebih awal?

Dakwaan 9

Pakej penggajian baru

Manifesto rakyat
Pakej penggajian baru yang menggabungkan prinsip-prinsip dayakerja cemerlang, tempoh perkhidmatan dan potensi kepimpinan demi menjamin keadilan sementara mencungkil bakat kepimpinan

Manifesto BN
Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3 peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji


FAKTA:

Barisan Nasional telah memperkenalkan skim gaji baru sejak beberapa tahun lalu. Perubahan skim perkhidmatan gaji kerajaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa di bawah Barisan Nasional.

Kesimpulan

Hanya kerana Pakatan melancarkan manifestonya lebih awal apakah bermakna BN tidak boleh menimbulkan isu yang sama dalam manifestonya? Sebenarnya, Manifesto Pakatan lebih indah dari Manifesto BN. Pakatan tidak perlu risau jika ada sebahagian idea dalam Manifesto Pakatan turut diambil kira oleh BN.

Namun yang perlu Pakatan risaukan ialah majoriti rakyat tidak percaya Manifesto mereka yang “menjanjikan bulan dan bintang” tersebut boleh dilaksanakan. Ramai orang tidak percaya Pakatan akan melaksanakan janji-janji mereka tersebut kerana banyak janji-janji dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang lalu tidak ditunaikan.

Sumber: MyKMU.net
Read more

| 2 comments ]
Mantan roommate bersama roommate baharu.
 
Sering kali, aku menerima soalan yang sama, "kau bila pula?"

Untuk aku, jawapan pasti sama, "belum ada lagi."

Siapa tak pernah disoal tentang soalan-soalan yang berkaitan dengan perkahwinan? Pasti anak-anak teruna dan dara yang masih bujang sering menerima soalan begini. Kalau bukan dari rakan-rakan, pasti dari jiran-jiran. Kalau tak pun dari pakcik-makcik... lagi hebat kalau cikgu sekolah rendah dan menengah tanya, "kamu bila pula?"

Bila melihat rakan-rakan banyak yang sudah berumah tangga, orang-orang terdekat pun banyak yang sudah berumah tangga, sepupu pun sama... aku terus teringatkan dengan umur aku sekarang. Wah... sudah mendekati pretengahan umur 20'an. Dalam umur begini pun masih belum ada calon yang terlintas di kepala.

Kadang kala juga aku tak dapat membayangkan diri aku hidup dalam alam perkahwinan. Sering kali aku cuba membayangkan aktiviti harian aku, di samping pekerjaan aku, masa depan bersama anak-anak... jauh pula aku cuba nak bayangkan, tetapi... langkah pertama sering kali aku terlepas pandang - mengenal pasti calon yang sesuai untuk dikenalkan kepada orang tua.

Apa pun kini, yang pasti... aku dapat merasakan yang masa aku masih jauh. Aku masih belum dapat membayangkannya. Meskipun aku mempunyai banyak kawan perempuan, yang juga aku agak mesra bersama mereka, tetapi aku masih ragu-ragu untuk memungkinkan mana-mana seorang dari antara mereka itu menjadi teman hidup aku.

Jadi, dengan itu aku sering memberikan alasan yang sama - tiada calon, belum sampai giliran, dan lain-lain untuk mengelak menjawab soalan yang diajukan.

Aku menghampiri umur 24 tahun (biar betul aku kena guna kalkulator nak kira umur sendiri!) dan entah bilalah aku akan mengenal pasti calon itu. Mungkin sudah aku menemuinya, mungkin juga tidak. Apa pun, jodoh itu seperti rezeki; ia tetap ada, cuma kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Jika tidak, jodoh takkan datang bergolek.

*****

Nota kaki:
1. Tepak sirih dah siap ada di rumah - alasannya "takkan nak pinjam orang lain pula, kalau anak bujang nak meminang anak orang nanti."
2. Asyik perasan pelakon baru makin comel-comel belaka.
3. Jatuh cinta kepada gajet-gajet canggih.
4. Tahniah kepada rakan-rakan yang sudah mendirikan rumah tangga. Semoga hubungan kekal bahgia sampai ke syurga.
Read more

| 0 comments ]

‎:: KHUSUS UNTUK GRADUAN YANG BELUM BEKERJA ::

Salam sejahtera,

NSSDC dengan kerjasama Kerajaan Malaysia menawarkan kursus dalam bidang kemahiran yang bertujuan
memberi pengetahuan dan kemahiran yang meluas bagi disalurkan ke alam pekerjaan agar lebih kompetitif
dan produktif.

Syarat permohonan :
1. Graduan Diploma / Ijazah dalam bidang kejuruteraan [elektronik, mekatronik, elektrik, chemical eng, mekanikal (sila rujuk brochure untuk melihat modul pembelajaran yang berkaitan) tanya kepada kami jika kursus anda tidak tersenarai disini]
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur 25 tahun & Bujang

Jangkamasa kursus 6 bulan.
Kursus yang dibuka untuk pengambilan Disember.
Tarikh pengambilan : 16 Disember 2012

Cara memohon :
1. Download, isi maklumat yang diperlukan beserta salinan dokumen yang diperlukan dan pos kepada alamat kami. atau

2. Isi borang yang diperlukan, scan dokumen yang diperlukan & email kepada kami.

Tarikh tutup : 9hb Disember 2012

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera dibawah.

Pn. sarah
NEGERI SEMBILAN SKILLS DEVELOPMENT CENTRE
BATU 8 1/2, JALAN SEREMBAN - MANTIN,
71700 MANTIN,
N. SEMBILAN
TEL : 06-7587404 ext 106 FAX : 06-7587401

Brosur: https://docs.google.com/open?id=0B_AVzHpFOb5yb3p0RDdFUkN4N2c
Borang: https://docs.google.com/open?id=0B_AVzHpFOb5ycDBxeWdXRnQ0Vmc

p/s: Kalau ada soalan, jangan tanya aku. Telefon nombor yang dinyatakan. Aku tukang heboh jer.
Read more

| 2 comments ]
Perang telefon pintar masih lagi belum tamat. Dengan pengenalan iPhone 5 oleh Apple, peperangan antara pengeluar telefon pintar terkenal dunia semankin sengit.

Dalam entri ini, Aku akan membandingkan tiga telefon pintar utama dunia. Apple dengan iPhone 5, Samsung dengan Galaxy S III dan Nokia dengan Lumia 920.

Apakah telefon kegemaran korang? Siapakah pemenang di antara tiga telefon pintar ini?


  • Apple iPhone 5
  • Samsung Galaxy S III
  • Nokia Lumia 920
  • Harga (USD)
  • $200, $300, $400 (16GB, 32GB, 64GB) dengan kontrak dua tahun
  • Bermula dari $200
  • TBA
  • Dipasarkan
  • 21 Sept.
  • Sekarang
  • Dijangka dalam bulan Oktober
  • Rangkaian Pembawa (US)
  • AT&T, Verizon, Sprint
  • AT&T, Verizon, Sprint, T-Mobile
  • TBA
  • Sistem Operasi
  • iOS 6
  • Android 4.0 Ice Cream Sandwich
  • Windows Phone 8
  • Saiz dan Berat
  • 123.7 x 58.7 x 7.6 mm,
    112 g
  • 136.7 x 70.6 x 8.6 mm,
    133 g
  • 132.3 x 70.6 x 10.7 mm, 166 g
  • Saiz Skrin
  • 4.0 inci
  • 4.8 inci
  • 4.5 inci
  • Resolusi Skrin dan Jenis
  • 1136 x 640 piksel (326ppi) IPS Retina Display
  • 1280 x 720 piksel (306ppi) Super AMOLED HD
  • 1280 x 786 piksel (332 ppi) PureMotion HD+ IPS LCD
  • Bateri
  • Kapasiti tidak diketahui, syarikat mendakwa sehingga 8 jam masa bercakap
  • 2100 mAh
  • 2000 mAh
  • Talian Selular
  • HSPA+, CDMA, 4G LTE
  • HSPA+, CDMA, 4G LTE
  • HSPA+, CDMA, 4G LTE
  • Pemproses
  • A6 dwi teras
  • 1.5 Ghz dwi teras
  • 1.5 Ghz dwi teras
  • Storan Dalaman
  • 16GB, 32GB atau 64GB
  • 16GB atau 32GB
  • 32GB
  • Storan Boleh Ditambah
  • Tiada
  • microSD
  • Tiada
  • RAM
  • 1GB
  • 2GB
  • 1GB
  • Kamera
  • Belakang: 8MP, LED flash, f/2.4; Depan: 1.2MP
  • Belakang: 8MP, AF, LED flash, f/2.6; Depan: 2MP
  • Belakang: 8.7MP, AF, LED flash, f/2.0; Depan: 1.3MP
  • Rakaman Video
  • 1080p HD
  • 1080p HD
  • 1080p HD
  • NFC
  • Tiada
  • Ada
  • Ada



Sumber: WIRED.com
Read more