| 0 comments ]
Pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku kalau kita tidak dapat ingat kembali kenangan-kenagnan kita yang lalu. Pelbagai telah kita rasai sebelum ini. Gembira, sedih, duka, takut, risau, terkejut, dan pelbagai lagi perasaan yang dirasai melalui kenangan silam kita.

Mungkin ramai yang setuju bukan semua kenangan kita dapat diingati dan disimpan terus dalam hati dan ingatan kita. Oleh sebab itulah kita melakukan sesuatu supaya kita boleh mengimbas kembali kenangan kita yang lalu. Saya ingin mengambil satu contoh sahaja, iaitu mengambil gambar kenangan.

Ketika dekad dahulu, kita mengambil gambar kenangan dan ia direkod dalam negatif filem. Maka itu, untuk kita melihat gambar tersebut, ia haruslah diproses untuk dijadikan sekeping gambar yang sama seperti yang diambil. Maka itu juga kita sering memikirkan untuk menjimatkan filem yang akan kita gunakan.

Saya teringat suatu ketika dahulu, pada masa itu, saya berada di atas feri dari Langkawi ke Kuala Kedah. Saya sangkakan kamera yang saya pegang itu sudah habis roll sebab dah tak ada bunyi lagi. Kemudian saya buka penutup untuk letak filem tersebut dan saya mendapati gulungan filem tersebut belum habis roll lagi. Jadi, kesannya, semua kenangan saya semasa di Langkawi musnah begitu sahaja.

Apabila zaman semakin maju, kamera digital telahpun tercipta. Nah, kini tak perlu risau lagi untuk jimatkan filem, tak perlu risau untuk tersalah ambil gambar. Kamera digital lebih maju. Tak perli filem dan boleh padamkan gambar yang rosak. Kita hanya perlu risaukan berapa lama lagi kamera tersebut boleh 'on' dan kapasiti kad memori yang tinggal. Kita boleh mengambil berapa banyak gambar yang kita suka. Apabila kad memori suadah penuh, hanya perlu pindahkan ke dalam komputer. Tak perlu 'develope'. Lebih jimat dan lebih mudah.

Namun, apa yang saya nyatakan di atas bukanlah perkara utama yang ingin saya ketengahkan. Apa yang saya maksudkan dengan 'apabila kenangan tidak dapat diimbas semula' ialah apabila semua arkib simpanan gambar kita sudah rosak atau hilang. Ia sungguh menyedihkan kita kerana kenangan itu tidak dapat dirasai semula. Masa tidak akan kembali ke masa lalu untuk kita mengulangi situasi lalu.

Pertama kali saya merasakan kehilangan yang besar ialah pada hujung tahun 2000. Pada tahun tersebut, banjir besar telah melandar Pantai Timur Semenanjung, khususnya, bandar Kuantan. Rumah saya tenggelam pada paras dada! Semua gambar saya semasa kecil dan semua gambar kenangan keluarga sejak ibu bapa saya bernikah rosak dalam sekelip mata! Kenangan saya sejak lahir hingga berumur 13 tahun lenyap begitu sahaja. Yang tinggal hanyalah apa yang masih teringat di dalam hati dan ingatan saya. Saya berasakan ia suatu yang sangat mendukakan saya.

Namun, saya tetap meneruskan kehidupan dengan hanya sisa-sisa kenangan yang tinggal. Itu adalah kisah gambar yang telah diproses dan dialbumkan. Sekali lagi kejadian yang hampir sama berlaku baru-baru ini.

Kes ini pula berkaitan dengan fail simpanan digital. Saya telah mengumpulkan hampir 200,000 gambar kenangan saya dalam masa setahun di Kolej Mara Kuala Nerang. Walaupun kenangan di sana banyak yang menyedihkan, tetapi kenangan gembira bersama kawan-kawan tetap ada. Mereka yang mengembalikan semangat saya di sana. Namun begitu, saya ditimpa nasib malang pada 13 Mei 2008 yang lalu. Partition 1 dalam external hard disk saya telah corrupt. Bukan setakat gambar sahaja, klip video, artwork, projek, paperwork dan fail-fail lain yang penting yang disimpan di dalam pertition itu juga corrupt. Agak-agak 20GB kandungan dalam partition itu semuanya corrupt. Saya berasa amat terkilan dan sedih.

Saya tidak mampu untuk berkata apa lagi. Tambah-tambah lagi apabila klip video "Song of The Sea" semasa saya pergi ke Singapura juga tidak boleh dibaca. Gambar-gambar kenangan saya di Singapura juga corrupt.

Kini, apa yang saya mampu lakukan hanyalah memastikan memori kenangan saya seumur hidup saya tidak akan hilang dari dalam ingatan saya. Saya rasakan, apabila kita kehilangan kenangan kita, kita akan lupa identiti sebenar kita. Kisah lalu menceritakan siapa kita sekarang dan diri kita sekarang menceritakan kisah lampau kita.

Oleh itu, saya mengharapkan sesiapa yang membaca blog ini agar kita abadikan kenangan kita di dalam hati dan ingatan kita. Janganlah biarkan kita hilang identiti sebenar kita, janganlah kita lupakan kegembiraan kita, janganlah kita lupakan segala yang telah kita rasakan sebelum ini.

Saya telah kehilangan kenangan saya sebelum ini. Saya telah kehilangannya untuk kali seterusnya.

Kepada kawan-kawan, jika saya sudah melupakan kamu, ingatkanlah saya semula agar saya masih mengenali dirimu.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.