Bezanya darah bukan penghalang kasih sayang

Pernahkah suatu ketika anda begitu kecewa dengan ibu bapa kita hanya kerana tidak membenarkan kita melakukan sesuatu yang kita kehendaki?

Pernahkah suatu ketika anda berasa seperti mahu sahaja tinggalkan rumah dan pergi ke mana-masa sahaja agar kita tidak lagi berjumpa dengan ibu bapa kita?

Pernahkah suatu ketika anda rasa sangat malu kepada rakan-rakan mahupun pasangan kekasih anda kerana mereka melihat anda keluar bersama-sama ibu bapa anda daripada keluar bersama-sama rakan-rakan?

Pernahkah anda rasa rimas apabila anda selalu menerima panggilan telefon dari ibu bapa anda?


Sebenarnya, banyak lagi persoalan yang ingin saya keutarakan di sini, tetapi biarlah soalan-soalan ini membawa anda berfikir semula dan renungi diri anda sendiri tentang keperibadian anda terhadap ibu dan bapa anda.

Saya bukanlah mahu mengeluarkan kata-kata motivasi seperti teks-teks yang pernah anda terima dari rakan-rakan anda sebelum ini. Saya hanya mahu menceritakan pengalaman saya tentang kasih dan sayang ibu bapa kepada seorang anak yang bukan dari darah daging mereka sendiri. 'Ibu' dan 'bapa' yang saya maksudkan adalah mama dan papa saya sendiri - Nursyamsiah Jisam binti Abdullah @ Jisen dan Badarudin bin Abd Manan.

Kisah bermula apabila kakak (Farah Waheeda - panggilan: Along) saya dan suaminya (Shaharudin) mengambil seorang anak angkat yang baru sahaja dilahirkan. Pada masa itu, si anak (Sofia Allisya) baru sahaja berumur dua bulan. Setelah Sofia berumur lima bulan, pembantu rumah along pulang ke Indonesia untuk selama dua bulan. Maka, Sofia dihantar ke rumah saya untuk dijaga oleh mama dan papa.


Sepanjang hampir dua bulan Sofia tinggal bersama kami (walaupun saya tinggal di asrama teapi saya pulang ke rumah seminggu sekali), saya telah tersentuh dan mempelajari sesuatu yang belum tentu dapat dirasai oleh orang lain melainkan orang itu sendiri mengalami pengalaman ini sendiri.

Walaupun Sofia bukanlah dari keturunan mereka, mahupun keturunan abang ipar saya, tetapi mama dan papa menjaga Sofia bagaikan menatang minyak yang penuh. Mama dan papa sentiasa menjaga kebajikan Sofia walaupun Sofia dalam keadaan demam. Semasa Sofia dalam keadaan demam, Sofia acap kali menangis dan mama dan papa sentiasa berusaha untuk merawat Sofia dan menenangkan Sofia. Ketika tengah-tengah malam pula, mama dan papa sanggup berjaga pada malam-malam buta apabila Sofia terjaga dan menangis pada tengah-tengah malam.


Pernah suatu ketika, Sofia menangis tak henti-henti. Mama dan papa sentiasa cuba untuk menenangkan Sofia. Malah, tiada pun mereka meninggikan suara mereka kepada Sofia. Mereka tetap berusaha untuk memujuk Sofia walaupun mereka kepenatan setelah seharian menjalankan tugas mereka.

Mama dan papa tidak pernah bersungut apabila mengeluarkan wang mereka sendiri untuk membeli keperluan Sofia seperti lampin pakai buang, susu, dan lain-lain. Malah, papa gemar sekali membelikan barang mainan untuk Sofia. Mama dan papa juga suka membawa sofia bersiar-siar.

Pengalaman ini bukanlah semata-mata untuk saya ceritakan dalam penulisan saya ini. Setelah saya mengalami pengalaman ini dan melihat sendiri pengalaman ini berlaku di hadapan saya sendiri, saya mula berfikir... sedangkan Sofia yang bukan dari darah daging mereka sendiri, mereka jaga Sofia dengan penuh kasih sayang, bagaimana pula kami adik beradik, anak-anak mereka sendiri?

Adik saya yang paling bongsu dilahirkan pada tahun 1995. Pada tahun itu, saya baru sahaja berumur tujuh tahun dan masih belum mengerti akan susah payah mama dan papa menjaga anak kecil. Saya pun tidak ingat bagaimana mama dan papa menjaga Ira (adik bongsu saya).

Ketika saya melihat mama dan papa bersusah payah menjaga Sofia tanpa rungutan, saya memikirkan, apakah mereka menjaga saya sama seperti ini semasa saya masih lagi bayi? Sedangkan Sofia hanyalah cucu angkat mereka, dijaga dengan penuh kasih sayang, anak-anak mereka sendiri pastinya dijaga dengan kasih dan sayang yang berpanjangan hingga sekarang.

Apa yang saya pelajari di sini, kasih mama dan papa terhadap anak-anak mereka tidak pernah lusuh, malah sentiasa berpanjangan. Kasih sayang mereka dicurahkan kepada Sofia hanya beberapa bulan sahaja, tetapi kami adik beradik telah menerima kasih sayang mereka sejak lahir lagi.

Kini, saya sudahpun berumur 19 tahun. Saya sudah mengerti apa itu tanggungjawab mama dan papa.

Walaupun ketika dahulu saya pernah dirotan dan dipukul, tetapi tindakan mereka adalah untuk mendidik saya agar menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Apa yang Sofia dapat dari papa dan mama sedikit sahaja dengan apa yang telah mereka berikan kepada saya sejak 20 tahun lalu. Tetapi ia telah mengajar saya tentang kasih sayang mama dan papa.


Saya bersyukur kerana dapat merasai kasih sayang mama dan papa. Saya bersyukur kerana saya menyedari pengajaran ini seawal ini.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Oh Tuhan, sekiranya Kamu telah menetapkan sesuatu itu berlaku kepadaku, maka aku akan terimanya dengan hati terbuka. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, besarnya nikmatMu kepadaku, besarnya ksaihMu kepadaku. Berilah kasihMu kepada Ibu Bapaku sebagaimana mereka mengasihiku sejak aku kecil. Sesungguhnya aku tiada kuasa untuk membalasnya. Aku memohon kepadaMu agar jagalah kebajikan mereka, ampukanlah dosa-dosa mereka, murahkanlah rezeki mereka. Jauhkanlah aku dari kekufuran, jauhlah aku dari keburukan, jauhkanlah aku dari dunia yang sia-sia. Aku memohon kepadamu agar meletakkan mereka di tempat yang mulia di sisiMu di sana nanti.
Amin, ya rabbi al-Amin.

Kepada anda yang membaca tulisan ini, kenanglah jasa ibu dan bapamu. Tiada siapa yang mampu mengambil alih tempat mereka di dunia ini. Siapa pun ibu bapa kamu sebelum ini, mereka tetap ibu dan bapamu. Seteruk manapun ibu dan bapamu itu, mereka tetap ibu dan bapamu. Kita wajib menjalankan tanggungjawab kita srbagai anak.

Janganlah kamu sengaja mengguris hati mereka. Setitis air mata ibu jatuh ke bumi kerana kajahilan kita terhadap mereka, maka bergegarlah arasy Allah s.w.t.




Post a Comment

1 Comments

  1. huhu..tersentuh hati ak bca ni..
    btol2x..
    mak ngan ayah kte ni sanggup wat ape saja ntuk anak2..
    jgnla kte skali kali nk kurang ajar ngan mak ayah kite..
    diornag mudah tersentuh..sbb tu ckp ish pun x bley kan..
    lidah tu mmg berbisa..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)