| 0 comments ]
Bahagian I
Orang kata, kita kena jaga first impression (FI) kita kepada orang lain. Ada juga orang kata, sebelum kita mengenali seseorang itu lebih mendalam, kita kena lihat FI dia dulu.

Bagi saya, FI adalah sesuatu yang bukan tulen, palsu dan tidak membawa maksud sebenar seseorang itu. Oleh sebab itulah saya tidak menilai seseorang itu berdasarkan FI yang ditunjukkan kepada saya.

Saya lebih suka menganalisis seseorang itu dengan lebih mendalam, sama ada secara terang-terangan mahupun secara diam-diam. Maka, tidak hairanlah apabila saya dikatakan sukar menerima kehadiran orang luar dalam hidup saya.


Bukanlah bermaksud saya ini seorang yang sombong, tetapi ini lebih kepada tindak balas saya untuk melindungi diri saya sendiri. Mungkin kepada orang lain, FI seseorang itu sudah mencukupi untuk mereka menjadi lebih erat, tetapi bukan bagi saya. Saya perlu mengenalinya lebih dari itu; sekurang-kurangnya tahu akan cara dan tingkah lakunya.

Pernah suatu ketika, saya baharu sahaja mengenali seseorang ini. FI yang ditunjukkan kepada orang sekelilingnya adalah dia seorang yang berketerampilan dan berkepemimpinan. Namun begitu, saya telah menganalisis dirinya lebih mendalam dan tingkah laku dan keperibadiannya adalah bukan seperti seorang yang patut ditunjuk oleh seorang pemimpin dan seorang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua. Keburukan yang ditunjukkan inilah yang menyebabkan saya telah menimbulkan perasaan prasangka saya terhadapnya.

Inilah realitinya. Agak sukar untuk saya mengubah prasangka saya terhadapnya lagi. Bagi saya, tiada peluang kedua untuk diberikan secara mudah-mudah.

Itulah sebabnya mengapa saya selalunya dilihat tidak mudah berkawan dengan orang-orang baru.

"Don't judge a book by its cover"
Bahagian II
Apakah yang FI yang selalu saya tunjukkan kepada orang lain? Saya tidak tahu. Hanya orang yang melihat saya sahaja tahu akan FI saya.

Namun begitu, pelbagai respon yang telah saya terima apabila mereka melihat ataupun mengenali saya buat kali pertama. Respon yang selalu saya terima adalah saya ini dikatakan seorang yang sombong. Saya tidak akan menafikannya. Mungkin kerana prinsip saya terhadap orang sekeliling saya yang menyebabkan orang lain berkata saya sedemikian rupa.

Namun begitu, bukanlah niat saya untuk menunjukkan bahawa saya ini adalah seorang yang bongkak.

Biarlah apa yang mereka mahu katakan terhadap saya. Saya tidak kisah semua itu. Walau apa pun, saya tahu akan diri saya. Dari siapa perlu saya hindarkan, dan kepada siapa yang perlu saya berkawan.

Berbezanya harta dan darjat bukanlah penghalang untuk saya berkawan, tetapi sikap dan keperibadian seseorang itulah yang menjadi penentu kepada siapa perlu saya bersahabat.

Mungkin inilah kelemahan saya, tetapi inilah yang melindungi saya daripada sesuatu yang boleh mengganggu kehidupan saya sendiri.

Betul kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Tak kasih manakan nak sayang, tak sayang pastinya takkan bersama.

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.