| 5 comments ]







Gambar-gambar di atas mengimbau kembali suasana budak-budak kelas aku yang diarah oleh pegawai kesihatan universiti untuk menjalani spot medical check-up pada pagi semalam. Kami semua terpaksa membatalkan tiga kelas pada pagi Khamis kerana kami diarahkan untuk berada di pusat kesihatan pada jam 9 pagi.

Kelas yang terpaksa dibatalkan adalah kelas Technical Writing, tutorial Strength of Materials dan TITAS.

Apakah sebabnya kami perlu jalani pemeriksaan kesihatan mengejut ini? Jawapannya ialah Chikungunya. Setakat ini, tiga orang dari kelas aku sahaja telah disuspek dijangkiti wabak ini. Walau bagaimanapun, seorang telah pun sembuh.

Kasihan kepada Shahmi dan Amin yang telah disuspek. Seorang lagi yang bukan dari kelas aku juga telah disuspek. Aku hanya kenal dia sebagai Miji, kawan teman sebilik aku, Bob.

Ironinya, ketiga-tiga mereka; Shahmi, Amin dan Miji selalu juga masuk dan melawat bilik aku atas pelbagai sebab. Namun begitu, setakat ini aku dan Alif masih belum menghidap demam. Bob dan Dehe dah pun mengalami demam. Chikungunya atau tak, aku tak tahu.

Namun, kebelakangan ini, Alif juga mengadu yang dia juga rasa seperti mahu demam. Nampaknya risiko jangkitan tinggi. Aku juga harus bersedia menghadapi apa jua keadaan sementara aku masih lagi menjadi satu-satunya ahli bilik yang belum demam.

Chikungunya juga menyebabkan Si Tiga Orang yang disuspek itu dikuarantin dan diarah untuk tinggal di rumah kosong di Kolej Kediaman 2. Apalah nasib mereka. Sekali fikir, kasihan juga aku kepada mereka. Tambahan pula, peperiksaan semakin hampir.

Kepada semua warga Malaysia, pastikan anda mengambil tindakan sewajarnya untuk membendung Chikungunya daripada terus menular dan menjadi wabak yang bahaya kepada rakyat Malaysia.

Aku mengharapkan semua ini akan selesai dengan segera. Insya-Allah.

5 comments:

  1. waa...gmbar ak ad skali..hehehe,, time kceh le ekk,,tp yg cdey nyer muka ak x nmpk...xbes tul...huhuhu
    tp pepun,,ak mmg chat g dr chikungunya tuh...

    ReplyDelete
  2. mengapakah gmbr ak jg trtangkap scara tidak langsung justeru ianya kelihatan kabur...ish3..

    ReplyDelete
  3. gerangan ak usah lah dipersoalkan...
    yg penting pada masa mendatang..pastikan semua org brsedia dan barulah mula menangkap gambar,....ok boss?

    ReplyDelete
  4. uihh.. nape ak xtau ape wabak tu..
    sham,ko postlaa satu post pasal saket nih.. hehe request dr org jaoh ni.. seyes ak xtau ape blaku kat sana..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.