| 5 comments ]
From fadzrulhisyam



From fadzrulhisyam


Survey ini diagihkan oleh MPP semalam dari bilik ke bilik. Soalan yang diberi pula menyebabkan aku sukar untuk menjawab. Kemudian, aku menjawab soalan-soalan yang diberi dengan apa yang aku fikirkan terhadap soalan itu.

Dua grafik di atas adalah kertas survey yang telah aku jawab. Apakah jawapan aku itu menjawab persoalan mereka? Aku rasa tidak, kerana aku menimbulkan persoalan kembali kepada mereka.

Bagi aku, beberapa soalan yang dikeluarkan adalah remeh dan tak patut pun disoal. Antaranya ialah tentang tarian siswi. Sudahlah aku tak tahu apa-apa pun fasal tarian siswi ini, disoalnya pula setuju atau tidak. Malah, tiga dari 10 soalan yang dikeluarkan berkaitan tarian siswi sahaja.

Tidak pula ditanya tentang sejauh mana keselesaan pelajar yang tinggal dalam UMP. Tiada pula soalan yang lebih menjurus kepada tahap tekanan pelajar dalam UMP, kesukaran-kesukaran yang dihadapi pelajar dan hal-hal berkaitan lain yang boleh meningkatkan keselesaan pelajar tuntas dapat meningkatkan prestasi pelajar di UMP.

Jika aku mahu memberi markah kualiti soalan kepada survey ini, aku hanya beri 5.5 dari 10 yang diperuntukkan. Maaf kepada yang terasa.

5 comments:

  1. haha...bagus jawapan2 sedare tu...itu menandakan sedare ni responsif...
    mahasiswa yang responsif cam sedare ni la yg kite nak...bukannye mahasiswa yang sekadar pegi kuliah, pegi kafe n balik bilik...;)

    peace!

    ReplyDelete
  2. smalam dsbbkan sibuk dgn meeting so xdpt mjwb survey tsebut..
    soklan 1: setuju.kan kafe dah bukak sampai kol3 bro lgpon buat pe nk kuar mlm2 bek g tdo kan bagus....
    soklan 2: samer r x stuju tp jjantas org xnk gne bek gne lampu isyarat...
    soklan 3: setuju.xsgka kamu mgambil berat kat kmi pnduduk kk3
    soklan 4:setuju kamu tdak lihat di tmpat2 tsorok d ump kalo kamu lihat kamo mest menangis
    soklan 5,6,dan 7:sbenarnye care dan pdekatan tarian itu yg mbuatkn tarian itu nmpak hodoh ato lawa.fikir2kn...
    soklan8: U nie msih bru.msih dlm mbaiki dlm kbajikn sukan.ad kmpleks sukan ni hope smakin tamn r..
    soklan 9: x stuju sbb pljar & staff menkn pranan pntig dlm UMP
    sokln 10: mais bru dan MPP bru nie sdg dlm proses mantakn organisasi mreka..
    sowi tlalu byk mgkomen.....

    ReplyDelete
  3. overall masalah kat ump nih adalah dtg dr sikap kita sendiri.. sikap pihat atasan mahupun sikap pelajar sndiri..

    hanya agama yg mmpu mngubah sikap manusia. =)

    ReplyDelete
  4. Aku ada cuba buat gak survey. Tapi lebih menjurus kepada pendapat mereka budaya berpolitik di kalangan pelajar la...tgk ar...

    http://beyonduni.blogspot.com/2009/02/soal-selidik-kajian-sikap-dan-pandangan.html

    give comments...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.