| 11 comments ]

Bahas Piala Naib Chansellor telah diadakan pada 14 dan 15 Februari 2009. Ini adalah laporan pertandingan tersebut dari sudut pandangan aku.


13 Februari 2009.

2300 jam.
Aku, Kucai, Yao Ming (bukan nama sebenar), dan Dila memulakan perbincangan pertama untuk perbahasan esok hari bersama-sama dengan Azam. Agak memeningkan kerana kesan tindak balas kepala akibat test beberapa jam sebelumnya masih belum hilang. Akhirnya perbincangan tamat dengan separuh hasil sahaja.

14 Februari 2009.

0600 jam.
Memulakan proses mencari maklumat tambahan untuk tajuk perbahasan pertama hari ini.


0730 jam.
Makan pagi bersama Kucai.

0800 jam.
Berkumpul di Blok W. Undian pertama dijalankan, UMP-IEM mendapat mandat sebagai kerajaan bagi usul pertama: IPT Berjaya Memupuk Integriti di Kalangan Pelajar menentang CHEST sebagai pembangkang. Perbahasan ini menunjukkan persaingan hebat bagi kedua-dua belah pihak.

Sidang pertama ini menunjukkan kedua-dua pihak masih kekok dengan perbahasan, menyebabkan persidangan yang sepatutnya hangat dan mencabar bertukar kepada sidang yang hangat dan melucukan. Yao Ming menunjukkan aksi-aksi yang tak pernah aku lihat dalam mana-mana sidang perbahsan dengan pergi ke meja pembangkang lalu mengetuk meja pembangkang agar mereka memberi perhatian dalam ucapannya.

Usul pertama berjaya ditolak dengan margin 0-2.


1000 jam.
Sidang kedua bermula dengan usul kedua iaitu Dunia Tidak Serius Dalam Isu Israel. UMP-IEM sebagai pembangkang menentang Intelligentsia. Perbahasan bermula dengan agak perlahan, namun lama kelamaan, perbahasan terus rancak dan hangat.

Tidak seperti usul pertama, Yao Ming dapat mengawal dirinya dengan baik.

Usul berjaya ditolak dengan margin 1-0.


1400 jam.
Sidang ketiga dengan usul Budaya Sopan Santun Semakin Dilupakan menjadiusul pembunuh kepada UMP-IEM sebagai pembangkang. Sidang ini meletakkan MPP sebagai Kerajaan. Pembangkang beraksi dengan MPP tanpa bersedia dengan apa-apa fakta pun. Kami hanya mampu terduduk dan diam sahaja tanpa balas.

MPP sememangnya menunjukkan kekuasaan mereka pada masa itu dan usul memihak kepada mereka dengan margin 0-4.

1600 jam.
Sidang hari pertama tamat. Aku dan Kucai melepaskan segala perasaan yang tak seimbang di lorong boling di Berjaya Megamall. Sambil itu juga Kucai belajar untuk bermain cara hook. Permainan pertamanya agak bagus.

2100 jam.
Pulang UMP, rehat, cari maklumat untuk usul esok hari, tidur.

15 Februari 2009

0800 jam.
Agak terlewat ke Blok W. Usul hari ini bermula dengan pusingan suku akhir iaitu Sains Dan Matematik Perlu Dikekalkan Dalam Bahasa Inggeris. UMP-IEM sebagai kerajaan sekali lagi bertemu dengan MPP yang pernah menewaskan UMP-IEM dalam pusingan ketiga.

Namun, kali ini Yao Ming dan Dila lewat untuk bersidang. Kami terpaksa mengimport Shahmi sebagai pembidas kontrak UMP-IEM.

Kali ini, sidang perbahasan amat hangat dan mencabar. Kedua-dua pihak bersungguh-sungguh mendirikan pendirian masing-masing. Kekuatan kami melonjak dan menyebabkan MPP tidak konsisten dalam perbahasannya.

Usul berjaya diterima dengan nisbah juri 3-0, margin 2-0.


1000 jam.
Pusingan separuh akhir bermula. UMP-IEM bertemu pasukan yang tidak pernah kalah, Kebudayaan. Kami bersepakat memilih taajuk Mat Rempit: Duri Dalam Daging. UMP-IEM sebagai kerajaan.

Perbahasan dijalankan dengan penuh cabaran dan tarian yang rancak. Kedua-dua pihak lebih menunjukkan kekuasaan masing-masing. Penentangan besar-besaran berlaku bagi kedua-dua pihak. Anehnya, pembangkang telah mengeluarkan segala isi yang sepatutnya isi kerajaan lalu menyokongnya manakala kerajaan pula menentang isi dari pihak pembangkang. Ini menyebabkan suasana agak pelik.

Usul berjaya ditolak dengan nisbah juri 1-4, margin 0-2.75. Tahniah Kebudayaan yang berjaya ke pusingan akhir.


1300 jam.
Aku pulang ke rumah.

1400 jam.
Hafizah mengajak aku ke air terjun Panching (Kg Pandan). Asalnya aku tolak pelawaan tetapi disebabkan malas nak bertekak, aku setuju sajalah.





2030 jam.
Pusingan akhir bermula. Usul kali ini UMP Perlukan Perubahan dengan Kebudayaan sebagai kerajaan manakala Umum 2 sebagai pembangkang. Perbahasan sungguh hangat dan rancak. Tarian perbahasan terus pantas dan panas.

Kebudayaan johan. Tahniah Kebudayaan.

**********

Inilah hujung minggu aku yang sangat sibuk. Pertandinganini mengembalikan kareer aku sebagai pembahas yang telah aku tinggalkan selama tiga tahun. Skill aku sudah berkarat, namun aku telah melakukan termampu yang boleh. Perbahasan ini juga telah meningkatkan semula prestasi pembahasaan aku. Inilah respon positif yang telah aku dapat.

Seperti biasa, permainan boling aku masih lagi tidak konsisten. Prestasi seperti yoyo.

Aku tak tahu apa lagi yang perlu aku katakan di sini, tetapi, minggu sibuk aku masih belum tamat sehingga tengah bulan Mac.

Laporan ini lambat disiarkan atas sebab-sebab teknikal.

11 comments:

  1. haha kelakar r report ko nih hehehe pe2 pun aku nak amek kesempatan sbg manager n also pendebat ump-iem... aku ckp tol2 aku sgt2 bangga dgn sume wkil ump-iem (syam,shahmi-kontrak, yao ming, dila-simpanan) sbb sume bg kerjasama dgn baik huhuhuhu ok la 1st trial dpt smpi semi-final hehehe next time kalo ade rezeki insyaAllah kte try final lak k..?? hehehe (^_^)

    ReplyDelete
  2. waa...mcm debat ala perlimen jer..
    air terjun tu mcm best....
    nanti tunjukkan kat aku..hehe

    ReplyDelete
  3. wehhhhhh...
    kuang ajaq hang,, huh

    kite clash ari ni...

    huhuhhuhu...

    ReplyDelete
  4. kucai >> hehehe...bukan taka final saja, johan terus...hahaha

    Pak Din >> Nak g ke? meh la dtg kuantan.

    Fadilah >> sejak bile lak kite kapel? buleh lak clash...

    ReplyDelete
  5. huwa3 mmg kelako tyme bbahas tue....xikut praturan sgguh tp de satu fakta ttgal bro...iaitu ada insan2 tue die gila plug...amik sampai 4 sekali...siapakh gerangan insan tsebut??

    ReplyDelete
  6. amboi...
    haha...ntah ler..xbape nak kenal la bdk tuh...
    sesat mane ntah...

    ReplyDelete
  7. wawawa..ade2 je..
    part ko g maen boling pn nk msukkn skali ke.

    sje tol..dh ler g xajk ak.
    huhu..xpe2..

    ReplyDelete
  8. hahaha....
    kite org start ingat korang time kete kucai dah btol2 kuar dr pagar ump
    hahaha

    ReplyDelete
  9. kpada kucai iem-ump... leh knl??
    hehehe

    ReplyDelete
  10. hahaha..kucai???dak ump tu ke??iem tu??
    cam knal jek...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.