| 8 comments ]
INTER-X-TOUR Pilot Series: UTP FSAE Team

Pada Sabtu yang lalu, team SAE-UMP Chapter telah mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk menimba pengalaman daripada pasukan Formula SAE (FSAE) UTP. Mungkin anda semua tertanya-tanya, apakah SAE itu? SAE adalah singkatan kepada Soceity of Automotive Engineering. Silalah ke laman web ini untuk maklumat lanjut:
1. SAE International
2. SAE Student Central

Ramai yang tertanya-tanya tentang SAE-UMP Chapter ini, adakah organisasi ini hanya untuk pelajar mekanikal sahaja? Jawapannya tidak. Organisasi ini terbuka kepada semua yang berminat untuk menyertainya walaupun dia adalah dari kejuruteraan kimia ataupun komputer. Silalah klik pada nama SAE-UMP Chapter untuk ke blog rasmi SAE-UMP Chapter. Organisasi ini adalah organisasi antarabangsa yang berpangkalan di USA. Organisasi ini adalah bertunjangkan kepada kejuruteraan automotif dan juga aeronautik. Kepada sesiapa yang berminat, silalah mendaftarkan diri apabila sesi pendaftaran dibuka semula nanti.


FSAE pula adalah pasukan yang akan membina sebuah kereta lumba berskala kecil (lebih besar dari go-kart, kecil daripada F1 dan A1 GP). Kereta lumba ini apabila siap akan dibawa ke lokasi-lokasi pertandingan yang menganjurkan pertandingan antara FSAE di seluruh dunia. Bagi UMP, kereta yang bakal dibina nanti akan dibawa ke Australia untuk bertanding dengan FSAE di seluruh dunia. Jika ada peruntukan lebih, pastinya UMP boleh bertanding ke Jerman, Brazil, USA dan tempat-tempat lain. Jika anda berminat, marilah sertai UMP-SAE Chapter. Kemungkinan anda akan ke Australia untuk membawa nama UMP dan Malaysia ke mata dunia.

Baiklah, kembali kepada topik asal. Kami bertolak ke UTP pada jam 10.00 malam pada Jumaat, 20 Mac 2009. Kami terdiri daripada 60 anggota SAE-UMP Chapter telah bergerak secara konvoi dengan menggunakan dua buah bas.

Kami tiba di UTP pada keesokan harinya, Sabtu, 21 Mac 2009. Aku berasa amat teruja kerana setelah sekian lama aku mahu menjejakkan kaki ke UTP, akhirnya cita-citaku tercapai. Dahulu, aku pernah menanam azam untuk belajar ke UTP, namun, akibat masalah teknikal, aku gagal untuk melengkapkan borang ke UTP.

















Pada pagi itu, kami dijemput oleh beberapa anggota pasukan FSAE UTP. Pada awal pertemuan kami, kami dihidangkan dengan presentation dari FSAE UTP tentang pasukan mereka. Dalam presentation itu juga, diadakan sesi soal jawab antara kami dengan mereka.

Tamat sesi pertama, kami dibawa ke bengkel FSAE UTP. Di situ, kami dapat melihat kereta kedua mereka yang masih dalam pembinaan dan kereta lama mereka yang pernah digunakan semasa pertandingan di Australia beberapa tahun lalu. Di bengkel itu juga kami diberi penerangan dari segi teknikal mengenai kereta dan ujian terhadap kereta tersebut. Kami juga membincangkan tentang prestasi, proses pembinaan, pemilihan bahan dan pelbagai lagi hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan sebuah kereta lumba.

Setelah selesai, kami berehat sebentar untuk makan tengah hari dan solat Zohor dan Asar (jamak takdim).

Kemudian, kami dibawa ke bengkel-bengkel kejuruteraan mereka. Kebanyakan bengkel yang kami lawati adalah bengkel kejuruteraan mekanikal. Pada pemerhatian aku, bengkel mereka lebih terurus dan sistematik berbanding bengkel di UMP. Tambahan pula, mereka bekerja di dalam kawasan tertutup dan dilengkapi pendingin hawa (air conditioner). Namun begitu, mereka tidak mengamalkan peraturan memasuki bengkel iaitu menggunakan safety boots. Walaupun dilihat mereka lebih mengutamakan kekemasan dan sistematik, namun bengkel di UMP adalah lebih besar dan lebih luas berbanding di UTP. Malah, mesin-mesin yang terdapat di UTP juga ada di UMP.











Setelah selesai di UTP, kami berehat seketika di homestay yang telah kami tempah sebelum ini. Kemudian, kami keluar ke Ipoh untuk makan malam. Kami makan malam di Jaya Jusco Ipoh.

Sementara menunggu jam 10.00 malam, iaitu masa kami bertolak balik ke homestay, kami mengambil kesempatan untuk bermain boling. Permainan aku pada malam itu sungguh teruk dan jari hantu aku cerdera dan mengalami bengkak.







Pada keesokan harinya, Ahad, 22 Mac 2009, kami mengadakan lawatan ke pengkalan TLDM Lumut. Di situ, kami telah menaiki dan membuat lawatan ke kapal KD Lekir, salah sebuah kapal gempur milik TLDM. Bagi aku, hal-hal ketenteraan ini sentiasa mengujakan aku. Tambah-tambah lagi papa adalah bekas pegwai tentera dan aku juga menanam cita-cita sebagai seorang pegawai tentera. Memang banyak soalan aku ajukan kepada pegawai yang membawa kami ke seluruh kapal. Sebelum ini, aku hanya pernah menaiki pesawat TUDM dan jentera TDM sahaja dan tak pernah pula terfikir menaiki kapal TLDM.

Semasa aku tengah khusyuk menyoal dan mendengar jawapan, aku menerima banyak panggilan telefon dari Kucai dan Danial tentang urusan projek TITAS. Pada mulanya aku berasa malas untuk menjawab, namun projek ini tanggungjawab aku juga. Aku wajib menjawab panggilan tersebut.

Setelah tamat lawatan di atas kapal, kami melawat Galeri Panglima Tentera Laut. Di situ, terdapat arkib-arkib tentang Panglima Tentera Laut sejak beberapa dekad yang lalu.















Tamat lawatan dalam kem, kami makan tengah hari di sebuah gerai di luar kem. Aku makan nasi setinggi gunung bersama daging juga setinggi gunung beserta sawi dengan ulam dan air oren. Kesemuanya berharga RM4.70. Berbaloi sungguh aku rasakan.

Kami bertolak balik ke UMP selepas makan tengah hari tersebut. Pada malamnya pula, kami berhenti makan malam di Arked Selera Sri Gombak. Aku sungguh beruntung pada malam itu kerana terserempak dengan seorang gadis yang sungguh cun. Pada masa itu juga terngiang-ngiang lagu Ayu nyanian kumpulan V.E. Aku juga angau seketika (hahaha).



Kami menyambung perjalanan kami pada jam 10.00 malam ke UMP. Aku terus melayan kepala yang susah nak melelapkan mata pada malam itu sambil melihat bintang di langit serta teringatkan si gadis tadi. Kami tiba di UMP pada jam 2.30 pagi 22 Mac 2009.

Apa yang telah aku dapat dalam lawatan ini ialah segala ilmu yang diperoleh daripada pasukan FSAE UTP begitu berharga kepada aku dan pasukan FSAE UMP yang bakal ditubuhkan nanti. Aku juga selaku salah seorang yang diamanahkan untuk memegang jawatan dalam FSAE Chair perlu mengambil peluang ini sebaik yang mungkin untuk mengetahui segala ilmu baharu serta memikirkan cara dan usaha untuk membina kereta lumba keluaran kami sendiri. Selain itu, aku juga mendapati bahawa menyertai pasukan ini adalah merupakan salah satu peluang terbaik untuk aku menimba lebih banyak pengalaman serta pengetahuan tentang jentera.

Selain itu, lawatan ke TLDM Lumut telah membarakan lagi semangat aku untuk mencintai tanah air aku. Tambahan pula aku sudah lama menyimpan hasrat untuk menaiki salah satu kapal perang TLDM. Cogan kata sedia berkorban akan menjadi salah satu pegangan dalam hidup untuk memastikan agama, negara dan bangsa sentiasa dalam keadaan harmoni.



8 comments:

  1. SalaAm..

    Macam kenal la tempat tuh.. Hmm.. Mesti pakai dewan kuliah yang dekat dengan koperasi tu.. Best tak kat UTP? Nak masuk sana sangat susah.. Anak Rektor pun boleh tak lepas..

    Sebenarnya kat dalam kawasan masjid tu ada satu Galeri Islam.. Tapi Hawa pun tak pernah sampai sana.. Tengok dari luar je. Tak berani masuk sebab sunyi sangat..

    Pstt..: My dad works there, as Mosque Admin..

    ReplyDelete
  2. loh...nape x habaq awal2 kalu buleh mau je pegi ofis admin masjid...ahakz

    ReplyDelete
  3. best gak eik tgk gambo2 nie...
    tapi paling x boleh bla sempat g kamu mgusya aweks yerk bro..
    hahahahahahahaha....

    ReplyDelete
  4. waa,lawa siot utp n besar
    mmg bes ar pi sana,bertuah ko ek
    tapi la aku rasa lagi bertuah dpat jmpa awek candid tu kan?haha

    ReplyDelete
  5. anashahira >> hehe...mmg bst dpt ngusha...lagi2 yg mmc cun melecun...hehehe

    bobbieiceman >> best gak r g sane...truja...
    kalaulah dapat dikenalkan aku ngan awek tuh...fuyooh!!! waaa....best3x

    ReplyDelete
  6. Ni lawatan smbil blajar smbil mengusha aweks ek?? x le bla toi.haha

    ReplyDelete
  7. hahaha...ni le namenye serampang dua mata...
    wakaka

    ReplyDelete
  8. hehehehehehee....
    gmbr awek aku pn ade.....
    wawawawa.....
    aku dh animated dh gmbr awek tu.....
    hehehe.....
    gmbr paling aku xsker....
    gmbr bowling tu.....

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.