| 3 comments ]
Hari ini merupakan hari yang amat mengecewakan aku. Mengapa mengecewakan? Jom kita review semula apa yang telah berlaku kepadaku.

3.00 pagi:
Aku bangun dari tidur. Aku berasa sangat risau kerana laporan projek TITAS masih belum disiapkan. Aku bangun lantas menghadap laptop untuk menyiapkan laporan ini. Aku risau kerana aku menganggap dateline adalah pada hari ini.

Aku juga berusaha untuk menyiapkan blog ataupun komen yang perlu aku hantar untuk subjek Technical Writing. Di kala mahu meninggalkan bilik untuk ke kelas, barulah aku perasaan jumlah post aku masih tidak mencukupi.


9.00 pagi:
Aku ke kelas dengan laporan yang masih belum siap. Kuiz subjek Dynamics akan mengunjung tiba. Aku tidak membuat apa-apa persediaan untuk kuiz ini kerana tiga hari aku telah diperuntukkan untuk ujian subjek Mathematics dan penyiapan projek TITAS. Aku menjawab kuiz dengan kekosongan yang nyata pada soalan 2. Hanya rumus sahaja mampu aku nyatakan.

10.00 pagi:
Kuiz Electric Technology pula menyusul. Seperti Dynamics, aku juga tak bersedia untuk kuiz ini. Mujurlah kuiz ini adalah open book quiz. Boleh juga aku mencari sesuatu yang mampu aku rujuk. Mujur juga dibenarkan untuk berbincang. Aku gunakan kesempatan ini untuk berbincang. Hasilnya, tidaklah kosong kertas soalan kuiz aku.

11.00 pagi:
Aku terus menyambung kerja-kerja TITAS dan Technical Writing aku. Aku semakin tertekan. Aku juga tidak tidur sejak jam 3.00 pagi tadi.

3.00 petang:
Aku ke makmal FKM untuk sesi Mechanical Lab. Namun begitu, aku terkejut kerana tiba-tiba ada ujian yang perlu diduduki tanpa diberi tahu terlebih awal. Aku menjawab dengan tiada apa-apa persediaan langsung. Aku hanya menjawab menggunakan sisa-sisa ingatan yang masih ada.

4.00 petang:
Tamat ujian. Milling machine yang baru telah didominasi oleh kelas M06. Along sudah menghilangkan diri. Ke Kuala Lumpur katanya. Projek bisnes apa entah dia itu. Sapiah pula kemudian menghilangkan diri. Katanya mahu mencetak blog untuk Technical Writing. Tinggal aku keseorangan untuk membuat kerja-kerja projek.

Aku tak mampu melakukan apa-apa untuk menyambung kerja projek ini. Mujurlah See Ling memanggil aku untuk menjawab soalan ujiannya. Boleh juga aku bergurau sekejap dengannya untuk mengurangkan ketegangan emosi.

Akhirnya, aku telah mendapat tahu apa yang diperlukan untuk meneruskan projek ini. Aku menggunakan mesin lama agar dapat juga aku meneruskan kerja-kerja yang sepatutnya. Aku berhempas pulas untuk menggunakan mesin lama. Maklumlah, semuanya manual. Aku melakukan kerja-kerja mencari titik tengah untuk kerja projek aku. Setelah sekian lama, barulah Sapiah kembali. Tenang seketika kecelaruan aku. Sapiah penyelamat sementara.

Untuk mendapatkan mata penanda untuk kerja-kerja penebukan, aku perlu menunggu mana-mana satu kumpulan yang hampir siap. Adalah satu kumpulan itu, sememangnya betul-betul hampir siap untuk kerja menanda. Tiba-tiba bekalan gas termampat (compressed air) terputus. Mesin baru tak dapat beroperasi. Mata penanda juga tak boleh ditanggalkan. Maka, gigit jarilah aku. Apa pun tak ada perkembangan pada bahan projek aku.

Ketika berjalan pulang, barulah aku dipastikan laporan TITAS perlu dihantar pada minggu hadapan. Aku berasa sungguh kecewa. Aku rasakan sia-sia sahaja aku bangun seawal 3.00 pagi untuk membuat kerja yang hanya perlu dihantar pada minggu hadapan sedangkan ada dua kuiz menyusul.

8.20 malam:
Bob ada ujian. Alif dan Amin pula keluar ke bandar. Tak pulang-pulang lagi. Maka aku pun makanlah seorang diri di kafe.

10.00 malam:
Aku berasa penat. Aku hanya mahu duduk sahaja di dalam bilik. Biarlah Rabbani beraksi di dataran FKM. Aku sudah penat. Aku sangat berputus asa pada hari ini. Aku tak mahu sesiapa mengganggu aku. Aku dah penat. Aku dah tak larat. Aku rasakan mahu tidur sahaja. Sampai bila-bila.

Namun, masih ada lagi tugasan yang belum aku selesaikan... .


3 comments:

  1. Rileks bro...
    biasa ar tuh student..
    situasi aku pon lebih kurang ko..
    nak2 plak dekat ngan exam ni...lagi SIBUK!!!!!

    ReplyDelete
  2. huhu...
    carry mark aku dah le truk...
    test 1 fail sumer subjek...
    ades

    ReplyDelete
  3. ileks r..jgn ptus asa..
    score tuk test 2 n final..
    insyaallah

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.