| 1 comments ]

Hari ini, aku baru sahaja habis menjawab soalan peperiksaan Dynamics. Pada semalamnya, aku sunnguh risau jikalau aku tidak diberi sebarang lampiran rumus untuk peperiksaan tersebut. Namun begitu, jangkaan aku tersilap. Rupa-rupanya peperiksaan Dynamics ini desertakan sekali segala rumus yang berkaitan, lalu menyebabkan aku keliru untuk memilih rumus mana yang aku patut aku gunakan. Akhirnya, aku jawab sahaja menggunakan rumus yang ada untuk soalan yang aku rasakan aku boleh jawab.


Ah, itu kisah lalu. Kali ini, Electrical Tecnology bakal menyusul, pada esok hari. Aku perlu bersedia lebih bersiap sedia kerana subjek ini memang pembunuh harapan nasional. Selepas peperiksaan Dynamics tadi, aku dan Din keluar sekejap untuk perbaharui lesen memandu yang akan tamat tempoh. Selepas aku pulang, aku menunggulah panggilan ataupun SMS dari Hafizah untuk buat study group. Namun, kehampaan aku muncul apa
bila tiada panggilan. Sampaikan aku bertanya kepadanya, dia kata dia sudah berada di perpustakaan dengan lain-lain. Pada masa itu, jam menunjukkan 5.00 petang. Aku membatalkan niat aku untuk study group kerana berjalan ke perpustakaan sahaja sudah 15 minit. Berapa lama lagi yang tinggal untuk belajar sekiranya mereka mahu bersurai pada jam 6.00 petang.

Pada malamnya pula, aku menggatalkan tangan aku untuk klik folder yang mengandungi movie yang terdiri dari pelbagai bahasa. Lalu aku klik kepada folder KKKG. KKKG ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham (K3G). Apa lagi, maka aku terus menonton filem tersebut sehingga habis. Sehinggakan aku lewat untuk study group selama sejam. Cerita ini sebenarnya sudahpun aku tonton sebelum ini, namun kesannya masih terasa kepada sesiapa yang faham akan mesej filem ini. Sempat lagi aku tonton filem ini sedangkan peperiksaan subjek pembunuh akan berlangsung esok hari.


Ah, esok pasti mendebarkan. Banyak lagi yang aku kekurangan di sini. Elektrik sememangnya mengelirukan dan memeningkan serta segalanya kata kerja yang ada imbuhan 'me-an'. Walau banyak mana ppun aku membuat ulang kaji, namun yang terlekat semula dalam minda hanyalah sekelumit sahaja. Sudahlah pastinya segala rumus tidak akan diberi langsung. Subjek ini pula ada bergerombolan rumus yang perlu diingat. Macam manalah aku nanti.

Apa pun, selamat berjaya kepada diriku serta rakan-rakanku!

*****

Nota kaki:
1. Tak sangka K3G membuatkan hidungku berair.
2. Electrical Technology sememangnya amat memeningkan, Ujian 1 aku menunjukkan kegagalan dengan markah 13/100. Ramai lagi yang seteruk aku.

1 comment:

  1. masa nak exam lah memacam nk layannnnnn. haha aku penah sprt kamu ^_^

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.