Nomber yang tertera adalah nombor aku, namun namanya bukanlah nama aku sebenar. Kalau nak diikutkan, nama aku boleh dipanggil dengan nama Syam. Namun, rakan sebilik aku seorang ini, memanggil aku dengan nama Shah.
Bagaimana ini boleh terjadi? Ini akibat kisah cerita semasa mula-mula mendaftar dulu. Semasa permulaan pertemuan, aku perkenalkan diri dengan nama Syam, namun entah mengapa dia dengar dengan nama Shah. Bukan setakat dia sahaja yang memanggil aku Shah, malah rakan sekelasnya (budak awam) juga dikenalkan aku sebagai Shah. Maka, Shah lah nama yang mereka ambil dan di kalangan beberapa budak awam, mereka mengenali aku sebagai Shah. Walaupun sudah mereka tahu akan nama sebenar aku, nama Shah tetap menjadi nama pangilan aku oleh mereka.
Shah, Shah, Shah.... Macam nama sultan la pula. Kalau benar-benar sultan bagus juga aku ini. (hehe)
0 Comments
P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.
Emoji