| 3 comments ]
Sebenarnya, aktiviti ini sudah seminggu berlalu. Disebabkan oleh kesibukan yang teramat sangat, baru kini boleh aku terbitkan post ini.

Pada Ahad, 29 Mac 2009, aku bersama-sama Amin, Alif, Ayul, Azrul, Danny dan Din mula bergerak untuk ke Hutan Lipur Bekelah. Pada jam 9.00 kami bertolak ke Kolej Matrikulasi Pahang untuk membeli makanan pagi.






Semasa tiba di simpang masuk ke Bekelah, terdapat beberapa lagi kenderaan yang masuk bersama-sama kami. Keadaan jalan amat kritikal dengan jalan yang tidak berturap serta berlaku hakisan dan tanah runtuh. Namun begitu, kami tetap meneruskan perjalanan kami dengan berhati-hati. Aku menjadi pemandu untuk kereta pertama. Dengan skill yang aku ada, aku mengelak segala lubang dan halangan di sepanjang jalan itu.

Setelah sampai di checkpoint pertama, kami perlu meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Kami terpaksa mendaki beberapa denai yang agak mengelirukan kami. Akhirnya, kami tiba di tempat yang kami rasakan sesuai untuk bermandi manda. Lokasinya agak menarik kerana landskapnya seperti kolam renang yang dicurah dengan air terjun. Airnya juga sangat dingin. Kedalamannya juga menggugat keberanian aku untuk pergi lebih jauh ke tengah 'kolam' tersebut.





Namun begitu, beberapa ahli kami tidak berpuas hati dengan lokasi pertama ini. Mereka mahu naik ke tingkat yang lebih atas dari lokasi pertama ini. Amin sudah lama berda di atas, mengajak kami yang lain-lain untuk naik. Aktiviti mendaki ke tingkat atas amat menyeramkan. Seperti satu usaha membunuh diri. Kami melakukan rock climbing tanpa ada peralatan keselamatan langsung! Aku yang sememangnya agak fobia dengan ketinggian tanpa alatan keselamatan ini berasa sangat risau dengan kketinggian aku sendiri. Maklumlah, pusat graviti tinggi, jika salah langkah, menjunamlah aku ke bawah.

Setelah menghadapi pendakian yang hampir mengancam nyawa, kami tiba di aras dua yang seperti kolam takungan di atas aras satu. Namun, bukan lokasi pilihan kami, kami memanjat untuk ke aras tiga yang lebih tenang dan tidaklah terlalu dalam dasarnya. Lalu kami berseronoklah di aras tiga air terjun itu.













Namun, di kala jam menunjukkan jam 1.00 tengah hari, rintikan hujan mula menimpa kami. Kami pun membuat keputusan untuk keluar dari kawasan itu, risaukan jika air deras akan melanda dari puncak.

Kami menuruni air terjun itu menggunakan jalan jauh, tidak lagi menggunakan laluan mendaki tadi. Aku menuruni air terjun tersebut dengan hanya berseluar pendek, tidak berbaju dan berkaki ayam. Boleh diibaratkan seperti orang asli keadaan aku pada masa itu. Namun, aku tak kisah untuk merentasi denai-denai serta batu-batuan di sana.

Jam 1.30 petang, kami keluar dari Hutan Lipur Bekelah dan tiba di UMP pada jam 2.00 petang.



Pada jam 4 petang pula, kami merancang untuk ke Jom Heboh. Namun akibat jalan raya yang sangat sesak, aku cuma menghantar Alif sahaja manakala aku, Amin dan Syahmi menuju ke East Coast Mall (ECM) untuk mencari alatan komputer. Tiada apa yang menarik minat aku untuk berbelanja pada masa itu.

Kemudian, kami ke Berjaya Megamall untuk makan. Itulah tujuan utama kami. Aku pun tak pasti apa tujuan lain kami ke sana. Semasa mahu memutuskan untuk makan di KFC ataupun McDonald's, kami ternampak sati kelibat yang amat kami kenali. Seketika kemudian, kami dapat memastikannya, dia adalah Kucai! Dia pada masa itu bersama-sama dengan tiga gadis! Aku cuma kenal salah seorang dari mereka sahaja. Kami cuba untuk mengganggu Kucai dengan menelefonnya, namun Syahmi tersalah telefon Kucai pula. Kucai sekolah menengah dia yang dia telefon.



Selepas makan, kami ke kedai asesori komputer. Amin sedang mencari external hard disk. Akhirnya, dia menemui apa yang dia idamkan.

Kemudian, kami ke Kompleks Teruntum. Dalam perjalanan ke sana, aku sering kali tersalah simpang untuk ke Kompleks Teruntum. Bukan sekali, namun tiga kali! Terpaksalah kami tawaf Kuantan pada hari itu. Tiba sahaja ke Kompleks Teruntum, kini giliran Syahmi pula mencari sesuatu yang dia idamkan. Kemudian dia membeli sebuah telefon bimbit Sony Erricson Walkman. Aku pun tak pasti bagaiman mahu menyatakannya dengan formal. Wah, pada hari itu sahaja, kedua-dua rakan aku telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM300 - RM600 setiap orang! Aku pula, hanya melihat dan tak mengeluarkan apa-apa wang pun.

Selesai Syahmi membeli telefon bimbit barunya, kami pulang ke UMP. Maka, tamatlah eksplorasi kami pada hari itu.



Makluman: Segala gambar yang tertera telah ditapis dan dinilaikan semula untuk disiarkan dalam post ini. Segala penilaian dan tanggapan anda terhadap gambar-gambar tersebut adalah atas pertimbangan anda sendiri. Harap maklum.

3 comments:

  1. huhuhuhu p/s bukan kucai yg kamu jmpe 2 huhuhu slh2 mne ade die kuar dgn 3 gadis huhuhuhu xde bukti forensik yg leh mmbuktikannye (gmbo pun xde kan hehehehe)

    ReplyDelete
  2. Heheh...walau kami tak sertakan bukti forensik, kami ada 3 saksi lelaki dan 3 saksi perempuan...

    cukup syarat dah tu...hahaha

    ReplyDelete
  3. wohho....korg leh lak g kuantn pas 2 xjmpe2 kitorg ae kat sne...tnggu korg bukn maenlame lg..slmt ko anta wakil alep jmpe kitorg kat kuantn..cit...xpe2.aq ingt smpai esok..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.