| 6 comments ]
Apa itu Mikoyan MiG-29N Fulcrum (MiG-29N)? Ini adalah nama salah satu jet pejuang yang dimiliki oleh negara kita. Pesawat ini memulakan tugasnya di Malaysia sejak tahun 1995. Nampaknya dalam masa terdekat ini, khidmatnya tak diperlukan lagi.

Mengapa aku menolak pemberhentian pesawat ini? Jawapannya mudah, papa bekerja sebagai jurutera untuk maintenance pesawat ini di bawah naungan syarikat Aerospace Technology System Corporation (ATSC) sedangkan aku masih lagi menuntut di universiti dalam tempoh 3 tahun lagi. Pastinya sukar untuk aku tergesa-gesa mencari pekerjaan selepas tamat pengajian nanti.

Namun begitu, bukanlah tamatnya khidmat pesawat ini bermakna semua pekerja ATSC terpaksa dihentikan. Ada juga uar-uar mengatakan mereka ini akan diserap untuk menyelenggara pesawat tempur Sukhoi Su-30MKM yang baru sahaja tiba untuk berkhidmat di negara kita. Berkemungkinan besar, staf ATSC akan dipindahkan ke Gong Kedak, Kelantan.

Ada juga uar-uar menyatakan bahawa MiG-29N akan diganti dengan pesawat pemintas yang baharu yang lebih maju dan canggih. Memang benar ada yang lebih canggih daripada MiG-29N, tetapi bukannya pesawat dari Russia, tetapi buatan Amerika Syarikat.

Adakah kita masih mahu membeli senjata dari Amerika Syarikat? Adalah lebih baik kita membeli senjata dari Russia ataupun China. Namun, China sudah kurang mengeluarkan pesawat baharu dan kalau ada pun, pastinya kurang dijual ke negara-negara lain.

Untuk menyelamatkan ATSC, adalah lebih baik kerajaan membeli pesawat dari Russia dengan menambahkan Su-30MKM ataupun mencari pesawat lain yang sesuai. Selain Su-30MKM, Russia juga megeluarkan pesawat Su-33 dan Su-35 namun kedua-dua jenis pesawat ini tidak dikomersialkan kepada negara lain. MiG-35 pula masih lagi dalam pembangunan walaupun ia lebih canggih dan maju berbanding MiG-29N.



Mikoyan MiG-29N Fulcrum





Sukhoi Su-30MKM Flanker C



Pesawat buatan Amerika yang kita ada adalah F/A-18D Hornet. Tujuannya hanyalah untuk menjaga persahabatan politik dengan Amerika.



F/A-18D Hornet



Walau apa pun pesawat baharu yang akan menggantikan MiG-29N, aku harapkan ia dari Russia ataupun Eropah dan ATSC akan terus berfungsi untuk menyelenggara pesawat tersebut. Jika pesawat tersebut dari Amerika, pastinya staf ATSC akan dipindahkan ke Kelantan untuk menyelenggara Su-30MKM.

Walau apa pun keputusannya, aku tetap menerimanya kerana ia adalah untuk kebaikan negara, bangsa dan agama kita. Semoga Malaysia terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mata dunia!

*****

Nota kaki:
1. Aku TAK NAK keluarga aku pindah ke Kelantan kerana AKU MEMANG TAK NAK dan TAK SUKA!
2. Kalau papa tolak ke Kelantan, pastinya dia terpaksa bertukar ke syarikat Airod yang bermasalah dari dulu! (Tak semua tahu apa masalahnya)
3. Daripada berpindah ke Airod, lebih baik pindah ke P. Pinang. Lebih baik papa kerja untuk F/A-18D pula.
4. Kalau tak pun, pindah ke tempat lain yang akan ditempatkan helikopter Eurocopter EC 725 Cougar.

6 comments:

  1. SALAM ZIARAH BRO
    WAHH BOS KEJE KAT ATSC!. HARI2 PEGI U NAIK MKM PEHHH DASAT2!!..GEREKKK TUUHH! HUHUHU..BERUNTUNG LA KLU PAPA KEJE BIDANG AERONAUTIC NI KAN. U SHUD BE PROUD MANNNN!!! :-D

    ReplyDelete
  2. gong kedak, kelantan..
    dkt je ngan umah aku..
    sbelah je ngah umah ex aku..
    klu ko pindah,
    ne tahu lekat ngan ko lak
    hehehe~

    ReplyDelete
  3. @Jeffry
    Aku memang berbangga...sebagai anak Malaysia kerana kebijaksanaan pemimpinnya dari dahulu hingga sekarang menjaga keamanan negara tercinta ini.

    Kini, aku berazam untuk berbakti kepada Malaysia seperti kamu juga.

    ReplyDelete
  4. @Meor
    Wah, dekat ke?
    hahaha...
    tapi aku dah penat berpindah randah dari kecik sampai besar neh...huhuhu

    ReplyDelete
  5. BETUL TU BRO. KLU BKN KERANA KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN DAN PEJUANG TERDAHULU, KITA TAK KAN MERASA KENIKMATAN DAN KESELESAAN MCM SKRG. SEBAB TU NEGARA MEMERLUKAN ORG2 MCM KITA MEMELIHARA NEGARA NI DRP SERAKAH ORG2 MCM PAKATAN. AYUH BRO KITA BERJUANG UTK ANAK CUCU KITA PULAK!!..

    ReplyDelete
  6. @Jeffry
    Betul tuh... kita spatutnya berusaha membantu pemimpin kita untuk mempertahankan negara kita, bukan tamak segala-galanya lalu merosakkan semua yg dah sedia baik...

    ketamakkan mcm ni le yg perlu kita bendung
    mari kita sama2 berbakti kepada negara...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.