| 12 comments ]
Kereta Renault Kangoo berwarna kuning terus memecut laju. Meninggalkan semua kereta yang menghalang pergerakannya ke hospital yang terletak lebih kurang 10km dari rumahku. Halaju maksimum yang sepatutnya tak melebihi 80km/j di Jalan Kuantan-Gambang dan 60km/j di kawasan bandaran tidak dihiraukan, kereta dipandu sehingga 120km/j di kawasan bandaran. Hazard light dipasang menandakan aku dalam keadaan kecemasan - salah satu cara untuk 'merayu' pengguna jalan raya lain kerana aku perlu pantas ke hospital.

Setibanya di kawasan hospital untuk masuk ke pintu masuk kecemasan, ada pula kereta Perodua Myvi putih yang menghalang lalu lintas. Terkedek-kedek nak menunggu parkir yang takkan tersedia untuk dia. Aku perlu pantas ke wad kecemasan sekarang! Setibanya di pintu masuk, pengawal menutup pintu masuk kepada kenderaan awam. Rayuan terpaksa diminta dari pengawal, "Encik, boleh masuk tak? Dia tak boleh berjalan masuk ni."

Mujurlah pengawal itu baik hati, dia membenarkan kereta Renault Kangoo aku masuk ke kawasan kecemasan. Pintu kereta dibuka. Semuanya dalam keadaan cemas dan....

*****

Imbas kembali kejadian 10 minit sebelumnya.

Jiran aku datang ke rumah memberi salam.

Cik Zi: Assalamualaikum, Kak Syam (nama panggilan mama).
Mama: Waalaikumsalam.
Cik Zi: Boleh minta tolong hantar Afnan ke hospital tak? Dia demam teruk, tadi muntah-muntah. Sekarang dah kebas satu badan.
Mama: Erm... mintak Abang (nama panggilan aku dalam keluarga selain Arul) hantarkan lah. Kak Syam tak sihat sekarang ni.

Lalu aku terus bersiap untuk ke hospital. Enjin kereta dihidupkan. Cik Zi, Afnan dan seorang lagi jiran aku (perempuan, aku tak tahu namanya, lebih kurang sebaya juga dengan aku, mungkin lebih muda) menaiki kereta. Lalu aku memecut terus ke hospital.

Kereta Renault Kangoo berwarna kuning terus memecut laju. Meninggalkan semua kereta yang menghalang pergerakannya ke hospital yang terletak lebih kurang 10km dari rumahku. Halaju maksimum yang sepatutnya tak melebihi 80km/j di Jalan Kuantan-Gambang dan 60km/j di kawasan bandaran tidak dihiraukan, kereta dipandu sehingga 120km/j di kawasan bandaran. Hazard light dipasang menandakan aku dalam keadaan kecemasan - salah satu cara untuk 'merayu' pengguna jalan raya lain kerana aku perlu pantas ke hospital.

Setibanya di kawasan hospital untuk masuk ke pintu masuk kecemasan, ada pula kereta Perodua Myvi putih yang menghalang lalu lintas. Terkedek-kedek nak menunggu parkir yang takkan tersedia untuk dia. Aku perlu pantas ke wad kecemasan sekarang! Setibanya di pintu masuk, pengawal menutup pintu masuk kepada kenderaan awam. Rayuan terpaksa diminta dari pengawal, "Encik, boleh masuk tak? Dia tak boleh berjalan masuk ni."

Mujurlah pengawal itu baik hati, dia membenarkan kereta Renaul Kangoo aku masuk ke kawasan kecemasan. Pintu kereta dibuka. Semuanya dalam keadaan cemas dan kemudian, Afnan diberikan oksigen dan dihantar ke wad kecemasan.

Aku tak masuk sekali ke dalam wad. Aku hanya menunggu di luar sahaja.

Lalu Cik Zi bersuara, "kalau Abang nak balik, baliklah dulu. Mungkin lambat lagi kut nak siap. Terima kasih, ya."

Lalu aku memandu pulang ke rumah dalam keadaan jantung yang masih berdegup kencang. Lalu aku terfikir, bagaimanakah keadaan aku nanti kerana pengudaraan dalam kereta tak semstinya bersih. Tak mengapalah, aku reda sahaja. Sampai sahaja ke rumah, aku terus mandi membersihkan diri.

*****

Jangan risau. Memang benar aku dalam keadaan kecemasan - kecemasan untuk menghantar jiran aku ke hospital. Aku masih sihat. Alhamdulillah. Mungkin aku juga akan menghadapi risiko menerima jangkitan, tetapi aku telah melakukan perkara-perkara yang sepatutnya untuk mengelak jangkitan.

*****

Sehingga jam 6.30 petang, Afnan dalam keadaan baik. Dia dibenarkan untuk pulang dan akan diambil oleh bapanya.

*****

Walaupun aku tak beberapa kenal sangat jiran aku (terutama anak-anak jiran, golonga ibu bapa aku kenal), namun aku akan tetap bersedia untuk berbakti kepada komuniti di sekeliling aku.

Mengapa aku tak kenal sangat anak-anak jiran aku?
1. Kerana semasa aku mula berpindah di sini, cuma ada dua keluarga sahaja yang tinggal selorong dengan rumah aku. Itupun rumah di hujung sekali.

2. Pada ketika awal-awal aku tinggal di sini, tiada sesiapa pun yang sebaya dengan aku. Rakan-rakan sebaya dengan aku pada masa itu tinggal di perumahan lain.

3. Apabila datangnya golongan yang sebaya dengan aku, aku sudah pun belajar di Kuala Lumpur, dan aku juga kemudiannya berpindah ke Bekolah Berasrama Penuh. Selepas tamat sekolah menengah, aku menyertai PLKN di Kemaman, dan Matrikulasi di Kedah. Kini, aku kembali ke Pahang, menuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP), aku tak dapat mengecam jiran aku yang sebaya dengan aku kecuali Asyraf, jiran aku yang juga belajar di UMP. Aku juga baru perasan, jiran-jiran aku juga ada anak dara yang lebih kurang sebaya umur dengan aku atau lebih muda. Sudah 12 tahun tinggal di sini, baru aku perasan akan mereka ini.

*****
Nota Kaki:
1. Kepada kawan-kawan, yang bapanya polis trafik, jangan buat laporan dengan cara pemanduan aku. Ini hal kecemasan. Maaf, ya.
2. Siapa lagi yang tak perasan jiran kamu ada anak dara? Sila angkat PC.

12 comments:

  1. lor...
    ngat ape la tadi..
    cemas2..
    hehe..

    ReplyDelete
  2. eh, perlu ke nata kaki yg ni
    "2. Siapa lagi yang tak perasan jiran kamu ada anak dara? Sila angkat PC."
    hek3
    bg ak lak kan,
    nota tangan : "Siapa yang tak perasan jiran kamu ada anak teruna? Sila angkat kaki dtg kerumah."
    hek3
    p/s: joking jak baahh

    ReplyDelete
  3. ceh...aku igt ko eksiden lagi...hehehe

    ReplyDelete
  4. @lyndadyana
    Hehe...xde pape yg lain dah...hehe...mmg cemas gak td..riso lak eksiden ngan org lain

    ReplyDelete
  5. @PurPleZ
    Hah...cadangan bagus gak tuh...hahaha

    ReplyDelete
  6. @aurox_3d
    Eksiden? huhu...
    harap2 jangan le eksiden lagi...
    naye aku...

    ReplyDelete
  7. @6284540262906851030.0
    Huhu...jgn puji...segan le pulak rasenye...hehe...

    p/s: rugi la pulak xkenal anak dara jiran dari kecik dulu... skang ni diorg comel2 belake...hehe

    ReplyDelete
  8. lew..wat suspen je..egtkan terjebak ngan eksiden..ish3
    bgus anda ni, bole dpt anugerah jiran terbaik nie..hehe

    ReplyDelete
  9. @Nadzirah
    Loh ingatkan dapat le anugerah penglipurlara terbaik ke...kire ok la gak neh...dpt timbulkan unsur suspen dalam citer neh...hehe

    p/s: jgn puji...segan lah...hehe

    ReplyDelete
  10. haha..ok gak tue..eknik penceritaan da ckup bagus..bile nak wat novel??hehe

    ReplyDelete
  11. @8360704032513541043.0
    Mak aih...penglipurlara sudah...xreti le nak bina plot utk novel...huhu...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.