| 4 comments ]
Aku baru sahaja dibuzz oleh kawan aku yang berada di Ottawa, Canada. Siapa lagi kalau bukan Faisal. Dia suruh aku cari surat khabar Kosmo! hari ini. Mana sempat dah aku cari, dah malam pun Malaysia ni. Kalau dia memanglah, baru sahaja 9 pagi.

Aku ingatkan pasal apalah dia suruh aku cari surat khabar Kosmo! malam-malam ni (pagi di Ottawa), rupa-rupanya ada cerita tendang dia di Ottawa.

Disebabkan aku dah tak sempat mencari surat khabar Kosmo! pada malam ini, aku pun bukalah laman web Kosmo!. Manalah tahukan aku boleh jumpa artikel tentang dia.

Apabila aku bertanyakan apa head title yang ada cerita pasal dia, dia kata entah, lalu membalas salam perantauan.

Apa lagi, aku klik salam perantauan. Adaah gambar seperti yang aku kenal sangat. Memang dia. Bergaya sungguh dia berlatar belakangkan ais di Ottawa.

Aku klik gambarnya dan... mak aih!!! Besarlah s**l!!! Gedabak besarnya! Gambar PM pun tak diletak sebesar tu dalam laman web!

Nak tengok salam perantauan Faizal? Klik di SINI.



Mohammad Firdaus Faisal bin Yunus (Ottawa, Canada)



*****
Nota Kaki:
1. Kenapa nama aku tak naik? Nak mencapub juga.
2. Bila pula aku yang nak buat salam perantauan?
3. Teringat kisah ustaz aku yang main trick salam perantauan. Tangkap gambar di Cameron Highland semasa berkabus, tetapi di salam perantauan kata di UK.
4. Esok aku nak balik rumah. Cuti dua minggu. Projek dan assignment berlambak-lambak aku kena buat dalam cuti ini.

4 comments:

  1. seronoknye...dapat rase musim sejuk...

    ReplyDelete
  2. Kite ade gak musim sejuk...musim hujan memanjang...sejuk tuuu....haha

    ReplyDelete
  3. bestnye,...
    ak kat spain..
    university kuala lumpur malaysian spanish institute.,kulim kdah...
    nk jgak..
    hahahahahaahaha..

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.