| 0 comments ]
Kalaulah ada sebuah Superbike, terutamanya Kawasaki Ninja ZX-10R dan seorang gadis litar yang cun melecun comelnya ibarat bidadari yang turun dari syurga... ibarat sahaja, bukan bidadari betul pon... jatuh ke dalam laut, mana satu korang akan pilih? Nak buat lagi gempak, aku tambahkan syarat untuk pemilihan ni iaitu gadis litar tak pandai berenang dan korang ada sekali peluang sahaja untuk turun ke dalam laut dan selamatkan mana-mana yang korang nak selamatkan.

Kepada sesiapa yang memang suka mengikut tulisan blog aku, pastinya korang rasa macam pernah saja soalan bentuk begini keluar di dalam blog aku. Memang ada soalan yang lebih kurang bunyinya, tetapi bentuk soalannya ialah "Jika laptop dan awek jatuh ke laut, yang mana akan aku selamatkan?" Ini adalah puncanya daripada seorang kawan aku, iaitu Nasiha yang telah mengeluarkan soalan perangkap besar ni.

Sebelum aku memberikan jawapan aku, suka aku nak menceritakan apa yang dah berlaku pada hari Ahad yang lepas, iaitu pada 25 Oktober 2009. Aku bersama-sama pasukan UMP SAE Team telah pergi ke Litar Antarabangsa Sepang untuk menonton perlumbaan MotoGP. Trip ini juga disertai oleh segerombolan lagi pasukan dari MECHAPRO.

Pada tujuan asalnya adalah untuk mengkaji dan menyelidik keadaan di litar dan menyelami beberapa design dan teknologi dalam bidang mekanikal untuk diadaptasikan pada kereta pasukan aku yang akan dibina nanti, aku juga tak melepaskan peluang untuk bersuka ria dan membuat apa yang aku suka selagi aku tak hilang dari daerah Sepang.

Ini adalah beberapa gambar yang aku ambil di sana. Ada banyak lagi, tetapi tengok dulu yang ini.


Assume aku pergi ke sana naik motor ni.





Orang yang berada di tengah antara mereka adalah punca kejayaan mereka. Betulkah begitu?





Ini gadis litar Shell. Jadi playboy aku kat sana.


Untuk gambar-gambar lain, sila klik [di sini].

Nanti aku nak bagi tahu pada ibuku bahawa aku hanya akan fikir nak berkahwin sekiranya aku sudah memiliki sebuah Superbike. Selagi aku tak dapat membelinya, selagi itulah aku tak akan fikirkan tentang nak berkahwin.

Untuk persoalan yang di atas tadi, jika Superbike dan gadis litar jatuh ke dalam laut, confirm aku selamatkan Superbike. Tak kisah dah apa nak jadi dengan gadis litar tu. Asalkan aku dapat selamatkan Superbike aku tu.

*****
Nota Kaki:
1. Nafsu mat motor aku dah muncul.
2. Aku lebih terpesona dengan Kawasaki Ninja ZX-10R berbanding gadis-gadis litar yang amat seksi.



0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.