| 3 comments ]
Ini kisahnya bukan berlaku semalam, tetapi pada hari Sabtu yang lalu. Di kala sibuk merisaukan diri dengan peperiksaan akhir yang berkunjung tiba pada hari Isnin, banyak lagi kerja-kerja berkaitan dengan Shell Eco-marathon yang kena dilakukan. Hari sabtu lalu pula adalah masa untuk brainstorming.

Jika mengikut jadual, pasukan aku sudah agak keterbelakang untuk menyiapkan sebuah kereta yang akan dipertandingkan pada bulan Julai 2010. Namun, pasukan aku tetap berusaha terus untuk menjayakan misi ini.

Apa kaitan dengan 3 orang doktor? Mereka bukanlah doktor yang merawat orang sakit, tetapi mereka adalah doktor yang diperoleh kerana hasil usaha mereka sendiri untuk mendapatkan PhD. Mereka bertiga adalah doktor dalam bidang kejuruteraan. Seorang dalam bidang enjin, seorang lagi marin, dan seorang lagi... aku tak ingat pula.

Tugas terakhir aku dalam brainstorming ialah membentangkan perancangan bahagian teknikal meliputi pemilihan material, sistem, pemasangan dan sebagainya. Aku agak cuak apabila perlu dibentangkan di hadapan 3 doktor tersebut. Namun begitu, mujurlah tak banyak yang dibantah, malah disokong oleh kesemuanya. Cuma adalah beberapa bahagian yang perlu diubah bersama-sama sekali dengan design yang telah dibentuk oleh designer.

Tak apalah, asalkan pada peringkat ini, semua doktor tersebut bersetuju, siapa lagi nak bantah? Mungkin Mr. Gan akan bising kot, aku tak bentang depan dia lagi. Katanya dia ni 'bekeng' sikit... tak... banyak. Apa pun, banyak lagi yang perlu diperkemaskan untuk mendapatkan sebuah produk yang berjaya.

Matematik? Asalnya aku risaulah juga, namun syukurlah soalan yang aku jawab pada Isnin yang lalu tidak menyukarkan aku walaupun aku tidur agak lewat pada malam peperiksaan itu. Hampir semua kawan-kawan aku juga senyum gembira apabila keluar dari dewan peperiksaan. Apa pun, aku tak boleh guna cara yang sama kepada subjek Thermodynamics yang akan muncul esok dan diikuti dengan subjek Electronics Technology pada hari berikutnya. Lihatlah apa yang akan jadi, aku perlu kira tenaga sambil merancang litar get logik. Jangan aku guna rumus PV=mRT dalam subjek elektronik nanti sudahlah....

3 comments:

  1. owh...ko la yang guna rumus tu ek??
    penat aku cr sape insan tersebut..
    haha....

    ReplyDelete
  2. patut la ko xdtg stady ngan kiterg...
    tp kire ko bagus gak ar penting kn due2 keje... huhuhu... kalu aku, haram... ble bunyik final jer aku jd gerun campur takut... sume bende aku letak tepi kecuali mkn, mandi, dan stady... tu jerk... eh silap2 + satu lg nie baru wat blog, keje mengomen pulak.. hehehe... by the way gudluck yer...

    ReplyDelete
  3. fatiehah >> heheh...ape motif ko carik insan tuh? bukan leh buat untung pon..hehhe

    Pencapap >> 2 la pasal, mase stdy aku pon dah kurang nih ha...kekadang riso gak...ape pon, thanks bro!!!

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.