| 12 comments ]
Ini bukan kisah cinta. Ini juga bukan kisah drama bersiri. Ini juga bukan hal aku putus cinta, tetapi ini adalah kisah yang menyebabkan laptop aku tak lagi mengandungi benda-benda berharga di dalamnya.

Mungkin ini juga disebabkan oleh kealaian aku sendiri, mungkin juga sebab lain. Aku tak mahu salahkan sesiapa.

Apa yang aku rasakan kini, ibarat tak ada harta benda lagi untuk aku simpan sebagai simpanan peribadi. Kekecewaan yang amat sangat beserta ketegangan berganda apabila hampir-hampir dengan hari peperiksaan akhir aku.

Sejak semalam, aku melakukan housekeeping laptop aku ini. Memindahkan, menyusun, menyeragamkan, dan membersih fail-fail yang berkaitan agar aku dapat menambahkan lagi ruang kosong hard disk aku. Namun begitu, sesuatu yang buruk telah berlaku. Aku dengan tak sengajanya telah memadam folder "Workstation" iaitu folder yang mengandungi 5724 fail kerja-kerja aku dari tahun 2005 lagi secara kekal (permanent delete) iaitu telah menekan butang Shift+Delete. Ini bermakna, fail yang aku padamkan itu tidak disimpan ke dalam Recycle Bin.

Lebih memburukkan keadaan lagi, folder tersebut juga mengandungi semua projek-projek penting aku yang sedang dan sudah aku usahakan. Bolehlah aku katakan jika aku menjual projek-projek tersebut kepada para profesional, aku boleh membayar down payment untuk sebuah Kia Spectra. Akibat daripada kejadian ini, aku kerugian besar.

Aku tak mahu salahkan sesiapa, takkanlah aku nak beri alasan laptop ni yang padamkan sendiri semua fail tersebut. 5724 fail bukannya sedikit, semuanya memakan memori sebanyak 5GB.

Aku telah cuba menyelamatkan fail-fail yang aku terpadan itu dengan menggunakan perisian TuneUp Undelete, namun malangnya walaupun semuanya telah direcover semula, tetapi hanya beberapa fail sahaja yang dikategorikan sebagai sihat dan tidak corrupted. Malangnya 90% fail yang telah recover sudah corrupted.

Inilah kehilangan terbesar yang pernah aku alami. Jika sebelum ini aku juga pernah alami kehilangan yang hampir sama, tetapi yang dahulu disebabkan oleh external hard disk aku yang corrupted.

Kali ini, aku sedang berusaha untuk mengumpul semula arkib-arkib kerja dan projek berkumpulan aku daripada rakan-rakan sepasukan aku dahulu. Untuk yang lain-lain, aku hanya pasrah menerima nasib aku yang sebegini.

Kepada kawan-kawan seperjuangan aku, aku memohon untuk korang menghantar kepada aku hasil-hasil projek kita dulu. Aku nak buat rujukan untuk projek-projek baharu aku.

*****
Mota kaki:
1. Nampaknya, kalau awek dan laptop jatuh ke laut, kemungkinan besar aku akan selamatkan awek dahulu... untuk masa ini lah.

12 comments:

  1. SalaAm..

    Try la guna Recuva lak.. Mana la tau ada lagi yang masih boleh diselamatkan..

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    klaka doo ko ni..
    hri tu delete file lecturer ko..
    skrg kes ni plak..
    hahaha~

    sian...
    takziah2~~

    ReplyDelete
  3. Hawa >> Recuva tuh bagos gak..tp ternet kat seneh kne tggu 7 keturunan br dpt donload dr ternet..time tuh, dh bape byk dah file yg dh hilang...

    pinky >> isk3x...aku tgh sadis, ko gelak lak...huhuhu

    ni aku nk nanges melalak2 ni....waaaaaaaaa!!!!!

    citer pasal lecturer aku tuh, cuak dowh...haha...xlena tidor aku mase tuh...

    yg nih, aku xcuak, tp sedey wooo... giler sedey...rasenye lagi sedey dr ilang awek kot...waaaaaa!!!!

    ReplyDelete
  4. huhuhuhu...
    ye..
    aku phm...
    msti ar sedih gile doo..
    ko smpan da bpe taun..
    aku yg hilg 1 folder wktu format latop pn da menonggeng2 sedih..
    ape lg ko ade beribu fail dlm tuh..
    huhuhuhu..
    takziah beb~ :P

    ReplyDelete
  5. huhu...akhirnya ko paham gak aku...huhuhu....

    sedey...wooooooooooo!!!!

    ReplyDelete
  6. huhu...akhirnya ko paham gak aku...huhuhu....

    sedey...wooooooooooo!!!!

    ReplyDelete
  7. SalaAm..

    Beli la broadband.. Dengar2 tahun depan ada elaun broadband utk student..

    Kat kampus ni lagi teruk kut. Siap boleh jammed loading kalau cuba2 download apa2 bahan selain dari web UiTM. Kena restart browser lak. Kalau satu laman je buka time tu takpe. Ini, berpuluh2 yang dah habis loading pun takleh nak baca. Penat search. Mail pun takleh nak buka.

    ReplyDelete
  8. Huh...broadband??? tgk ler nnt... kalu rase2 byk fulus nk tanggung kos broadband...ade la 2 nnt...

    heheh

    ReplyDelete
  9. sy turut bersimpati di atas kehilangan anda.. sesungguhnya arwah byk berjasa hahahaha ^_^

    weh godZIELA...!! brani hg pnggil aku sayur...????? huh...!!!

    ReplyDelete
  10. haaa!!! terkejut x??? wakakaka... aku datang nie(pelawa la msuk)... kih3... nie nak coment... mmg kesian... mmg3X... KESIAN... isk3.. KESIAN TUL LAH...(ades, cam xdek mende nak coment, lol) weh syam, aku pon terdelete gak same cam ko tp nie gambar awek aku... huhuhu... sedey gler siot tul(baget nak sorok kat org so letak lam bin)... g tekan empty recycle bin.. amik ko... ilg dah.. tp tu leh mintak balk.. yg ko nie susah sikit kes nyer... ape pon bersabar la yer.. n gudluck..

    ReplyDelete
  11. 2 la...huhuhu....aku tgh bersabar je la ni wahai pencapap...hahahaha

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.