| 12 comments ]
Aku menulis entri ini bukan kerana aku ini seksis tetapi mahu menjawab beberapa perkara yang ditimbulkan oleh salah seorang blooger yang memang aku kenal. Entri yang ditulisnya adalah berkaitan dengan cinta dan dia lebih fokus kepada kemahuan perempuan dan bagi aku, tulisannya agak terlalu memberatkan kepada golongan perempuan. Sila klik [di sini] untuk membaca entri yang ditulisnya.

Aku cuba untuk memberi beberapa pendapat aku dalam entrinya dengan menghantar komen, tetapi disebabkan masalah yang aku tak tahu mengapa, komen aku tidak boleh diterimanya. Secara alternatifnya, aku menghantar entri ini sebagai 'komen' kepada entrinya. Salah seorang rakan blogger aku juga menjawab dengan menghantar entri dalam blognya, namun dia lebih bersikap agresif untuk menjawab setiap perkara yang dibangkitkan. Sila klik [di sini] untuk membaca entrinya.

Apa yang akan aku bentangkan di sini adalah untuk mengimbangi kembali ketidakseimbangan yang berlaku dan sekali lagi aku katakan, aku bukan bermaksud untuk menjadi seksis di sini. Walaupun tulisan aku ini dilihat lebih kepada membangkang apa yang dinyatakannya, tidak semua aku bangkang kerana hal-hal yang bersifat keperibadian wanita secara umum merupakan fakta dan tidak boleh aku nafikan. Yang aku bangkang hanyalah hal-hal yang pihak perempuan boleh mengawal kehandak mereka dalam bercinta. Ini hanyalah pendapat aku, sebarang percanggahan pendapat boleh korang nyatakan dalam komen entri ini.

Berikut adalah beberapa perkara yang dibangkitkan dan jawapan daripada aku. Jawapan aku ini akan aku cuba sertakan seberapa diplomasi yang mampu aku lakukan tanpa terhadirnya unsur seksis.

- Bagi perempuan, kalau korang tak call, itu bermakna korang tak pedulikan dia.
= Lelaki tak call bukan maksud tak peduli. cuma lelaki xmenunjuk sikap pedulinya secara terang. Dia akan menunjukkan pedulinya dgn cara lain. Cth: Demam dah elok?

Perempuan kena ingat, lelaki hidup bukan semata-mata untuk kekasihnya. Lelaki ada banyak tanggungjawab lain yang nak diselesaikan. Kalau korang terlalu mengharap lelaki selalu call, bila masa dia nk bekerja? Kalau tak bekerja, macam mana nak tanggung perempuan bila dah berkahwin nanti? Nak bagi makan pasir? Kalau dapat gaji pun, banyak duit jatuh ke syarikat telekomunikasi saja... duit untuk simpanan dah tak ada. Tak dapatlah korang nak kahwin, dan kalaupun kahwin nanti, nak bagi korang nak tinggal di pondok? Naik bas hari-hari?

- Si dia mungkin akan cakap 'taknak' kalau korang pelawa untuk belikan dia apa-apa. Tapi jauh di sudut hatinya, dia berharap barang tu akan jadi miliknya.
= Lelaki merupakan direct data receiver. Ia adalah sifat semulajadi lelaki yang diciptakan Tuhan. Lelaki tak mampu memproses maklumat yang double meaning. Kalau perempuan cakap nak, pastinya dia akan terus mendapatkan untuknya. Jika perempuan cakap tak nak, maka bagi lelaki, perempuan mmg tak nak benda itu. Tambah-tambah lagi kalau laki-laki betul-betul nak bagi, perempuan beria-ia kata tak nak walaupun dia memang benar nakkan benda tu. Silap perempuan juga sebab tak berterus terang. Walaupun ini kes kecil, perempuan boleh ibarat pembohong juga untuk hal ni. Kan sudah berjanji tak nak berbohong. So, apa macam?

- Setiap kali si dia merajuk, sesungguhnya si dia hanya mengharapkan korang bersungguh-sungguh memujuknya.
= Kebanyakan lelaki tak pandai dalam seni pujuk memujuk. Untuk sekali sekala, lelaki mungkin akan memujuk tetapi jika terlalu kerap, perempuan akan menyakitkan hati lelaki itu sendiri. Jadi, untuk mengharapkan kasih dari lelaki, perempuan kena tahu hati budi dan jaga hati lelaki juga. Ingat, bukan semua lelaki romantik.

- Jangan sesekali melebihkan kawan perempuan korang daripada dirinya!
= Bagi lelaki, kawan-kawan adalah antara aset paling penting dalam hidup. Kawan-kawan mereka pastinya terdiri dari lelaki dan perempuan. Bagi lelaki biasa, dia akan treat kawan-kawan sama macam sebelum dia couple. Walaupun lelaki mesra dgn kawan-kawan perempuan, tetapi hatinya tetap kepada kekasihnya. Jika kekasihnya selalu dan terlalu cemburu kepada lelaki tersebut, ini menunjukkan kekasihnya terlalu mengongkong lelaki tersebut. Dalam satu hal lain, ini juga menunjukkan yang perempuan itu tidak memercayai lelaki tersebut. Dalam percintaan harus ada kepercayaan dan kesetiaan. Lelaki tidak suka terlalu dikongkong. Kalau cemburu sikit, tak apa. Jangan melebih-lebih. Ingat, lelaki harus menjaga 1000 hati perasaan kawan-kawannya dan 1 perasaan kekasihnya. Menjaga 1000 perasaan adalah lebih wajib tanggungjawabnya bagi lelaki. Jadi, perempuan tak bolehlah terlalu mementingkan perasaan diri sendiri sahaja. Perlu ada kepercayaan kepada lelaki tersebut.

- Perempuan pantang betul kalau lelaki ambil masa untuk bersiap mengalahkan dirinya.
= Perempuan kena ingat, perempuanlah yang paling bermasalah dalam hal ini. Lelaki regular adalah lelaki yang bisa merancang awal dan mula bersiap awal. Kalau perempuan tak suka menunggu lelaki, dia patut memikirkan betapa bencinya lelaki kepada perempuan yang suka melewat-lewatkan masa mereka. Cuma lelaki takkan menunjukkan bencinya kerana sentiasa memberikan peluang demi peluang kepada perempuan untuk menjadi lebih baik.

- Si dia mungkin mempunyai ramai lelaki lain dalam hidupnya dan si dia mungkin selalu membandingkan korang dengan lelaki-lelaki tu. Tapi pecayalah, cinta si dia hanya untuk korang dan tak kan pernah berubah. Si dia hanya nak korang ubah sikap buruk korang tuh sebab si dia sayangkan korang. Tapi, itu bukan alasan untuk korang ambil mudah pada hubungan korang tu.
= Lelaki paling tak suka adalah dibanding-bandingkan dengan lelaki lain. Terutamanya dalam sikap, tingkah laku dan setiap urusan kerja hariannya. Ini akan membahayakan perempuan tersebut kerana lelaki pasti akan marah jika dibandingkan sebegitu. Jika perempuan mahukan lelaki itu berubah, cakap terus di depannya dengan berterus terang cara baik. Jangan menggunakan pembandingan dengan lelaki lain. Ini akan menjatuhkan maruahnya sebagai lelaki dan menyebabkan lelaki rasa dirinya seperti useless. Jika benar-benar cintakan lelaki tersebut, terimalah kelemahan serta kekuatan yang dia ada. Jika mahu dia berubah, ubahlah sedikit-sedikit, jangan secara menyeluruh. Kalau nak minta dia berubah, pastikan dengan cara betul. Lelaki memiliki maruah untuk dijaga.

Dalam hal kawan-kawan lelaki, untuk lelaki regular, mereka tak kisah kekasihnya nak berkawan dengan siapa kerana mereka fikir akan kepentingan kawan-kawan dalam hidup kekasihnya. Asalkan perempuan itu tak menjatuhkan maruah lelaki itu di depan kawan-kawannya.

- Sikap ambil berat si dia kadang-kadang merimaskan korang. Tapi percayalah, sekiranya seorang perempuan tu tak ambil berat tentang diri korang, perempuan tu sebenarnya langsung tak ada perasaan pada korang!
= Lelaki suka perempuan mengambil berat terhadapnya, tetapi biarlah berpada-pada. Janganlah hal-hal remeh pun nak ditanya. Cth: tadi makan sayur apa?

Janganlah sampai setiap 5 minit nak tanya itu ini. Ia menggangu lelaki untuk bekerja bersungguh2.

- Perempuan ni kadang-kadang lebih suka fikir tentang masa depan. So, korang kenalah faham kalau si dia kadang-kadang cerewet dan memilih dalam segala segi!
= Tak beberapa percaya dengan fakta ni. Biasanya laki yang long term planner. Perempuan cuma short term planner. (sumber: Dr. Fadilah Kamsah) Jadi sifatnya, perempuan tak melihat utk 10 tahun, cuma dalam beberapa minggu atau paling lama beberapa bulan sahaja. Kebiasaannya hanya memikirkan hal-hal semasa sahaja. Sebab itulah lelaki tak terlalu cerewet dlm hal-hal yang tak berkaitan dengan perancangan jangka panjangnya agar sentiasa ada persiapan untuk hari-hari akan datang. Bukan stakat dlm hal harta benda tetapi kebahagiaan dia dan kekasihnya masa depan.

- Seorang perempuan mungkin susah menitiskan air mata dihadapan korang, kerana si dia tak mahu korang tau betapa hatinya terluka atas perbuatan korang.
= Lelaki juga pernah menangis. Walaupun tak menitis air mata, tetapi lelaki menangis dalam hati. Tak siapa tahu. Malah, jika lelaki menangis, kebiasaannya lagilah diperlekehkan oleh sekelilingnya sama ada lelaki mahupun perempuan sendiri. Jadi, perempuan kena berhati-hati juga dlm setiap tindakan, perbuatan & percakapan agar tak mengguris perasaan lelaki. Jika lelaki menangis ini bermakna ia adalah kritikal dan perempuan itu bukan setakat mengguris hati dan perasaan lelaki itu tetapi perempuan telah menghancurkan hati lelaki itu sehingga luluh. Bukan lelaki sahaja melukakan hati perasaan, perempuan lebih menikam & merobek hati perasaan. Namun lelaki tetap tak membangkitkannya untuk memberi peluang demi peluang kepada perempuan. Jika dia sudah bersuara, makanya tiada lagi peluang terakhir.

- Bercinta ni tak susah sebenarnya. Cuma perlukan usaha & pengorbanan dari kedua-dua belah pihak.
= Cinta ini kompleks. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Setiap serba-serbi boleh jadi sempurna, boleh jadi amat tidak sempurna. Usaha, pengorbanan kepercayaan, kesetiaan dan keikhlasan amat dieperlukan dari kedua-dua pihak. Lelaki harus memahami perempuan dan perempuan harus memahami lelaki. Jangan ada sikap pentingkan diri sendiri. Sepatutnya tiada istilah siapa yang lebih memberi, siapa yang asyik menerima. Kebiasannya masalah timbul apabila ada pihak yang meminta-minta untuk lebih-lebih. Kerana apa? Kerana terlalu mementingkan diri sendiri.

*****



Lelaki dan perempuan melengkapi sesama sendiri



Aku ini bukanlah lelaki sempurna yang mahu bersikap menyebelahi lelaki sahaja. Aku hanyalah lelaki biasa yang pernah merasaai perasaan bercinta. Walaupun aku menulis entri ini, tak bermakna aku sentiasa menyebelahi lelaki. Ada bahagian, aku setuju dengan perempuan dan ada bahagian aku setuju dengan lelaki.

Walaupun akan ada yang akan menyangkal aku kerana tulisan ini, mungkin kerana aku tidak lagi bercinta dengan sesiapa setakat ini namun apakah nilainya pengalaman jika tak dikongsikan bersama. Bagi aku, mungkin mudah sahaja - aku meminta kepercayaan daripada semua syarat sah untuk satu percintaan tetapi jika aku tidak dapat kepercayaan itu, ini bermakna cinta dia untukku tidak lengkap dan tidak sempurna.

Apa pun, sama-sama kita kongsikan nilai perasaan kasih ini yang dianugerahkan Tuhan dengan sebaiknya.

12 comments:

  1. wow.nice entry! and precise explanation..
    thanx hisyam..memang membantu nad utk lebih mengenali dan memahami insan yang bergelar lelaki.. :)

    ReplyDelete
  2. syam~
    heheh. know wut, i agreed with u.
    seriously.
    yes, ada jugak certain parts aku stuju dgn ziela. tapi at some points, i did feel yang it's a lil demanding. not thinking bout men's side.

    well, @ziela, if ko bace komen aku, sori babe. haha just commenting as orang tengah yang menilai. peace. :)

    ReplyDelete
  3. haha.. agk la.. ni mmg point yg spatutnye ak bg kalo ak xpanas pg2 ritu hehe..

    (kewarasan hilg bler panas hehe)

    hmm biase r..

    tp pape pun..

    dunia sume nehhh.. hahak.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Nad >> ini cuma pandangan secara personal yg lebih kpd lelaki yg regular sj... kalu ade lelaki yg laen2 perangainya, yg tuh out of knowledge la...hehe

    ape pon, selamat menjalani hari2 bahagia...lol

    Yasmin >> pandangan kite same, kalu dah sifat semulajadi, aku xleh nak bangkang la...tp kalu yg demanding nyer nih, rasenye 2 2 pihak patut fikir kepentingan masing2 bkn utk diri sendiri kan???

    p/s: mayb xde org yg memahami aku mnyebabkan aku sntiasa ditolak kot...hehehe

    Kucai >> 2 la ko...emo jer pepagi bute... dunia, dunia gak... kalu nak mencapai kejayaan akhirat, kejayaan dunia mst dicapai gak... urusan cinta lelaki perempuan ni pon urusan akhirat gak... boleh ditanya nanti kenapa kita xtreat pasangan dgn seadil2nya? takkan nak jawab, "Ya Allah, dunia saja semua tuh!"

    ReplyDelete
  5. 1st sekali aku nak ckp.
    awek ko, ko pnye suke la..
    aku tak masuk cmpur..
    yg aku tulis tu just pndapat aku..
    n ini pndpt ko..
    mcm ko ckp,kite bebas bg pndpt kn.. =)

    tp ak x fhm,asl ko kate aku x dpt time komen ko lak???
    ak xde wt block user ke hape pon???


    yg psl ko bg pndpt tu..
    ak x kisah..
    lain org,lain pngalaman nye..

    yg psl call tu,bkn suh call setiap jam beb..
    sminggu skali pun da cukup bagus.
    sbb tu aku ckp,lain org lain pngalamn.

    yg majok tu,
    klu da smpai tahap x pnah lgsg nak pujuk,tu ape cte?
    lain org lain pengalaman..huhu

    yg melebihkan kwn pmpuan tu.
    mksud aku,dr segi lynn la wei..
    xkn la ko lyn awek ko same cm ko lyn mmbe2 pmpuan ko..xkn la ko bmanje dgn mmbe2 pmpuan ko same cm ko bmanje ngn awek ko..msti lain kan..klu same tu,mgkin ko adalah seekor playboyaa yg bjaya..haha..

    sape yg tnye ko mkn sayur ape tu?awek ko ni x agak2 tol..
    ko ckp kt die,ko pkai spender kaler ape xnak tau ke??hahahaha...sengal ah..


    emm..psl yg lain2 tu up to u la..
    pndapat ko..
    awek ko..
    aku tak kisah..
    janji tak kacau aku suda..
    hahahah~

    ReplyDelete
  6. Lek...lek...jgn panas... 2 la ko, ko bace aku nyer entri lps ko bace kucai nyer entri...sah2 la ko panas...hahaha...

    skang nih aku xdek awek pon... aku pernah ade awek, aku bg pendapat pengalaman aku.

    currently, 5 dr 8 penghuni rumah aku ni dah ade awek, lain awek bjuta2 kisahnye...kalo xangkat call pon nk majuk, xcall tiap malam pon nk majuk, hari2 nk ajak kuar, hari2 asyik nk bjumpe je...ade sorang nih, asal aku masuk bilik dia je, tgh bgayut...5 minit kmudian xgayut dah, 2 minit kemudian, dpt call blk dr awek dia...smpai dia ni kerja pon tangguh, projek pon kwn2 dia yg nk kne settlekan...yg sorang nih, dsebabkan awek dia, 5 minit nak btolak g presentation projek br la balik umah nak bsiap... sampaikan aku pon naik panass je ngan diorg neh mlebih2kan awek...sedangkan kerja berjuta2 ag kne buat... alasan diorg, jaga hati la konon...kalo x asyik nak tarik muka je...

    4 out of 5 of them mcm tuh... ni yg serumah dgn aku, lom aku banding sekelas aku ag....leh kate sorang nih, dia kuar makan ngan geng aku yg sume laki pon awek dia nk majuk xtentu pasal, cemburu xtentu pasal...aku ni laki la...bukan gay...aku straight, xde kejenye aku nk ngorat pakwe dia tuh... laki ni lak walau dia tunjuk gak kemarahan dia kat kite org smpaikan kiteorg yg tpkse time kemarahannye, pmpuan tuh slamat je kot...kalu ape je nk majuk...ikot pemerhatian aku, 6 dr 10 perjumpaan aku ngan mmbr aku tuh, asyik mengadu pasal awek dia sikit2 majuk, majuk, majuk, jeles, jeles, jeles, call, call, call...

    so, masalah ni bkn 1 dr 10, tp leh kate 8 dr 10 perempuan same je... Laki2 bkn xnk pujuk lgsung, pujuk2 ok la kejap, then majuk ag, then lagi majuk, asyik majuk ag... xkan le xangkat call sbb tgh 'bayar zakat' kat tandas pon nk kne marah? smpai pmpn tuh majuk? apa macam? ikot hati aku, aku nk je diorg nih break je ngan pmpuan yg byk songeh ni...sampaikan dh malas nk pujuk...bukan bini pon nk kne belai2 gila2 cm tuh...

    so, ni bkn rekaan...tp ni yg aku pnh rasa + dpn mata aku sndr. Aku nak nafikan...bnd sedang n dah blaku...jadi...fikir2lah sndr

    ReplyDelete
  7. hehh
    pelik gile awek2 mmbe ko tuh.
    serius ngade.
    aku & mmbe2 aku kat cni,xde plak truk smpai cmtu.
    ngade2 lebih2 ni xde ar..
    bese2 je aku tgk.
    mne mmbe2 ko kutip awek2 tuh?
    hahahaha~~


    emmm..
    tu la..
    lain org,lain pngalaman beb~

    ok,cntoh diri sndri la.
    psl call tu.
    ak cume hrp die call smggu skali je.
    tp ape yg blaku,sbulan sekali pn ssh.
    mybe bile korang bace,nmpk cm aku nak si die call stp jam kot.
    heh..
    gileeeeeeeeeee
    ak pn bz gak.byk kje.
    once a week is enough beb.

    yg psl jmpe tu pn.
    pnglmn aku.
    setahun jumpe 2 kali je.
    SETAHUN bebbb~!
    tp aku leh fhm stuasi die.
    aku tak pakse2 pun.
    cume aku harap,setahun 2 kali tu die tak miss.
    itu je.
    mybe bile korang bce,rse cm aku nak die dtg kat aku hari2??
    gile ape...
    aku sayang die.
    n aku fhm die.
    juz nak keadaan jd lbh elok je..
    bkn demand ke ape..
    korang yg slh fhm..
    ttbe nk melenting tak tentu psl..
    ko ok lg,si sayur tu..
    melenting tak tentu psl..
    pdahal die lbh tau psl aku dr ko..
    huhh..

    ReplyDelete
  8. haha...dah...dah...xmo gadoh2...
    aku pon xmoh gadoh2 pasal bnd2 nih...

    pendapat aku pon sekadar sbg lelaki regular jer...bkn laki2 yg spesies tlalu rajin ato tlalu malas ato tlalu mengongkong, ato tlalu mengikut...

    ape pon...kite same2 laki pompuan kene aman damai...xmoh gadoh2...kalo asyik gadoh2 xkan la nk tggu sampai laki kawen laki, pompuan kawen pompuan br nak ade rase syg balek kan???

    haa...jadi, aku nk mengisytiharkan kedamaian di sini...xmoh gadoh2...Tuhan cipta laki pompuan utk saling menyayangi, saling mengasihi....bukan utk gado2...

    yg penting..bukan takat kerjasama mcm wonderpet tuh, tapi yg penting memahami pasangan masing2...

    ape yg penting? memahami...
    ape yg penting? memahami...
    ape yg penting? memahami...

    peace no war...aku ni pencinta wanita...xnak gado2 nnt kene reject ag...hahaha

    ReplyDelete
  9. hahak..
    cesss..
    sbb takut kna reject rupanya,,
    hampeh~

    ReplyDelete
  10. Hahaha....knr reject ni hanye sebab minor ajer...hehehe

    ReplyDelete
  11. ni ak makin bengangggggg niiiiii... kuang asam pnya GODDziela....!!!!!

    panggilll ak sayurrr...???!!!! huh...!!!

    ReplyDelete
  12. huit...gado lak kat seneh...nak gado bg tau aku time, tempat...aku siapkan gelanggang wrestling utk korang...aku jd reff...

    apacam? mcm2 kategori leh aku sediakan:
    - wrestling dlm lumpoq
    - strip off wrestling
    - tap out wrestling
    - pin out wrestling
    - arm wrestling

    pilih2...nk buat customized category pon boleh...hehe

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.