| 0 comments ]
Entri ini adalah berdasarkan sudut pandangan aku sebagai penulis. Pada dasarnya, entri ini tidaklah ditujukan khas kepada sesiapa secara individu mahupun kumpulan, namun jika berkaitan adalah untuk pertimbangan masing-masing.

Jika entri ini menimbulkan polemik ataupun kontroversi, suka aku menyatakan bahawa aku adalah rakyat Malaysia berketurunan campuran Melayu dan Bidayuh. Agama aku Islam dan mengamalkan nilai-nilai budaya Melayu.


*****

1. Malas

Alahai... bangsaku,
Berangan semuanya hebat,
Impian semuanya mahu,
Usahanya sangat lambat,
Langkahnya cuma satu,
Tapi sampai nak cepat.

Bila kata semua mampu,
Bila buat mulalah tak mahu,
Kalau percuma semuanya mahu,
kalau bekerja tak pula maju,
Dah... asyik tak mahu,
Sedangkan cita-cita beribu-ribu.

2. Subsidi

Alahai... bangsaku,
Kalau nak berjaya,
Kena pandai berdikari,
Jangan asyik nak bersuap,
Namun sayangnya,
Bila orang dah bagi,
Mulut masih tak senyap,
masih nak lagi,
kerja tetap tak siap.

Bila tak bagi,
Mula melalak,
Kononnya macam mana kerja nak siap,
Kalau tak ada subsidi,
Sedangkan bila dah diberi,
Buat tak pula,
Orang macam ni baik kasi senyap.

Bila tak bagi... bising,
Bila dah bagi... lawan,
Bila suruh usaha... tak nak,
Bila dah tak ada, baru nak rasa.

Sebenarnya, subsidi ni tak perlu pun disuapkan banyak-banyak kepada orang bangsaku. Semakin banyak subsidi, semakin melarat penyakit tak mahu berusahanya. Nak buat macam mana, nak makan pun kena orang suapkan, basuh berak pun orang yang lakukan. Macam mana bangsaku nak maju.

3. Alasan

Apabila dengar cerita yang ada orang fakir dan miskin, apakah benar mereka ini benar-benar fakir dan miskin? Apakah mereka mempunyai 5, 10, 20 ekar tanah kosong terbiar dengan semak samun?

Apakah mereka masih boleh berjalan dan berlari? Apakah mereka masih mempunyai tubuh badan yang sempurna?

Sakit badan bukanlah alasan. Sakit jari bukanlah alasan. Jangan kata sakit hati pun tak boleh berkerja?

Bangsaku memang pandai mencari alasan. Asalkan mahu bergoyang kaki, tetapi mahu kaya. Takkan ada harta datang mencurah-curah kalau tak ada usaha. Jangan ada alasan lagi.

4. Kuasa

Bangsaku,
Kalau sebut kuasa,
Semuanya mahu sahaja.

Bila sudah berkuasa,
Semuanya lupa sahaja.

Sanggup gadai bangsa,
Sanggup gadai agama,
Sanggup gadai maruah,
Sanggup gadai prinsip,
Hanya mahukan kuasa.

Walaupun dia musuh, "tak apa... kita kawan sahaja,"
Walaupun dia kawan, "siapa berkawan dengannya, agama aku dan kau tak lagi sama!"

Wahai bangsaku,
Masing-masing tikam saudara,
Musuh bersuka ria,
Islam hanya pada nama,
Akhlaknya entah ke mana,
Sanggup fitnah sana,
Sanggup hina sini,
Islamkah kita? Jika tetap melakukannya?

Kita sama bangsa,
Kita sama agama,
Tak kisahlah datang dari mana,
Atau dari apa,
Bola, atau sabit, atau alat timbang...
Agama kita sama.
Tahukan bezanya kafir harbi dan kafir zimmi?

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.