| 3 comments ]
Minggu lepas, aku kehilangan external hard disk yang telah aku gunakan sejak tiga tahun yang lalu. Walaupun kapasiti saiznya tidaklah sebesar mana - 160GB sahaja, namun ia tetap sangat berbakti kepasa aku selama aku menggunanya. Kehilangannya amat aku rasakan apabila tiada lagi ruang untuk aku menyimpan segala fail-fail dan data di dalam laptop aku yang hanya mempunyai kapasiti sebesar 80GB sahaja.

Kebetulan pula, aku ingin membeli RAM baharu untuk meningkatkan prestasi laptop aku apabila satu daripada dua RAM 1GB yang dipasang pada laptop aku ini rosak dan tidak dapat berfungsi. Maka, aku ke kedai komputer untuk membeli RAM 2GB untuk menampung keperluan laptop aku bekerja. Maklumlah, apabila laptop semakin berusia, satu tonik khas diperlukan untuk memastikan laptop aku sentiasa dapat bersaing dengan laptop-laptop genarasi baharu kini.

Dengan berbaki beberapa ringgit, aku juga membuat tinjauan harga untuk external hard disk berkapasiti 1TB. Namun, apabila dikenal pasti, saiznya dan nilainya agak besar kurang menarik minat aku. Maka dengan itulah aku meninjau harga bagi yang berkapasiti 500GB sahaja. Ada beberapa jenama yang menarik minat aku namun masih lagi mengatasi kemampuan kewangan yang aku ada. Antara jenama yang menarik minat aku adalah Seagate yang mempunyai nilai estetika yang menarik. Maxtor? Ah, tak perlu aku tinjau kerana pastinya harganya sudah melambung ke langit - walaupun reka bentuknya tidaklah secantik mana.

Akhirnya, aku terjumpa satu jenama yang tidak asing dalam bidang elektrik dan elektronik- Hitachi. Harganya pula cukup dengan had kewangan yang aku ada. Tampa menoleh lagi, Hitachi Mobile Drive X500 menjadi pilihan aku.



*****
 Nota kaki:
1. Harap-haraplah external hard disk aku yang lama itu dapat aku ketemu kembali.
2. Misi seterusnya - membaiki 'tengkuk' laptop aku.

3 comments:

  1. phewiittt... leh r ak mntk movie lps neh hehehe :P

    ReplyDelete
  2. hahaha...aku pernah hilang external hhd dulu...jiwa kacau 2-3 hari...banyak backup2 pc tempat aku keje dalam tu...software & driver pun dalam tu...susah aku nak buat keje kalau takde...

    ReplyDelete
  3. @kucai
    - cmne la ko nak mintak muvi, seketul muvi pon aku xdek skang ni

    @Fadil
    - tu yang aku tengah kalut gak ni...

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.