| 0 comments ]
Program ini telah lama dirancang oleh pentadbir UMP, tetapi malangnya perancangan mereka tak seperti yang diharapkan. Hujan lebat melanda dan mengakibatkan segala keputusan pantas perlu dilakukan. Akhirnya, semuanya berjalan lancar, kecuali makanan.

Ibarat semut berkerumun mengejar gula, semuanya berebutkan makanan di kala kelaparan di dalam hujan yang lebat. Namun, aku meminggirkan diri daripada kesesakan itu.

Hasilnya, aku menunggu di akhir-akhir program untuk mengutip 'sisa-sisa' yang ditinggalkan. Akhirnya, aku berjaya mengumpul sebanyak 4 ekor ikan dan beberapa batang sosej.

4 ekor ikan yang menjadi mangsa kerakusan kelaparan
Blogged with the Flock Browser

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.