| 6 comments ]
Semalam aku pulang ke rumah. Asalnya, aku sangkakan hanya seperti minggu-minggu yang lain, tetapi untuk minggu ini, sungguh berbeza. Tak di sangka-sangka mama membuat laksa sarawak di rumah. Wah, apa lagi? Kalau makanan yang digemari ini ada di dapur, aku kebaslah. Ambil seberapa banyak yang aku mampu telan. Boleh kata, kalau pergi makan laksa sarawak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tu, mahal lagilah yang ada dalam mangkuk aku.



Kepada yang menggemari laksa sarawak, moh kita ke Sarawak sekarang! Laksa Shack? Bolehlah kepada yang baru nak mencuba. Kalau nak yang ori, ke Sarawaklah jawabnya. Kalau nak ke rumah aku, tunggu kalau ada rumah terbuka. Kalau tak, makan beras bukit Sarawak sahajalah nampaknya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa mi untuk laksa sarawak seperti bihun? Memang itulah bahannya. Bihun yang sebenar adalah jenis yang tebal, tetapi guna bihun halus pun boleh juga. Untuk pengetahuan juga, mi yang digunakan untuk laksa sarawak memang tak sama seperti mi di Semenanjung yang tebal dibuat dari beras atau tepung. Jadi orang Semenanjung, janganlah tak tahu. Nanti kena gelak dengan orang Borneo. Siap kena kata 'bajet pandai' pula.

Laksa sarawak memang enak. Memang sangat-sangat seronok kalau ada ahli keluarga yang datang dari kedua-dua Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo. Bak kata pemimpin kita, 1Malaysia katakan. Apa lagi, mari cuba sekarang!

*****
Nota Kaki:
1. Nak ingatkan orang Semenanjung gila politik MOKHTAR, nak ambil alih kuasa di Sabah dan Sarawak, belajar dahulu apa ada di sana sebelum buat konspirasi dan rumusan. "Laksa di negeri sendiri pun tak kenal, inikan nak komen bukan-bukan laksa di sana." Jangan pandai gila kuasa sahaja senang-senang nak cakap Sabah dan Sarawak tak makmur. Kalau nak tahu, dia orang di sana lagi hidup lama berbanding korang yang di Semenanjung. Ada faham?!

6 comments:

  1. arghh!!!....sedapnye....nanti sruh mama ko buat ae nex time aku g rumah ko...

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

    Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

    Saya tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..

    Harap Tuan juga dapat linkkan blog saya bagi memperkenalkan kepada pengunjung di blog anda..



    SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat.

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.