| 3 comments ]
Apa sudah jadi dengan laptop aku? Alahai... nak tukar besi yang korang nampak dalam gambar ni, bukannya murah. Aku ada tanya harga untuk tukar besi ni. Adalah dalam RM300. Gilakah? Besi seketul ni boleh berharga sehingga RM300? Baik aku beli telefon bimbit baru.

Aku sayang laptop aku. Walaupun sudah berusia empat tahun, tetapi prestasinya masih mampu menewaskan laptop-laptop tebaru di pasaran. Sayangnya, harga barang ganti laptop ini memang mahal untuk aku menanggung jika mengalami kerosakan.

Tak apalah, asalkan masih boleh guna, aku guna. Cuma, bagaimana untuk aku siapkan projek tahun akhir nanti? Laptop aku dah tak boleh tanggung perisian terkini yang menjangkaui spesifikasi minimum untuk sesebuah perisian kejuruteraan? Nampaknya, kenalah buat survey untuk memadukan laptop aku ini. Maaflah, sayang. Kau terpaksa dimadukan dengan laptop lain barangkali. Apa namanya? Belum ada calon lagi.

Korang yang pakar laptop sedunia, ada idea nak cadangkan laptop baru untuk aku? Ciri-ciri paling penting, hebat untuk workstation. Pasal entertainment tuh tak payah gempak-gempak sangat. Asalkan dapat dengar lagu format MP3 sudah.

3 comments:

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.