| 8 comments ]
 
Banyak di kalangan kita suka menonton drama siri dari negara Korea. Malah minat ini bukan hanya sekadar minat kepada ceritanya sahaja tetapi juga minat terhadap pelakon, tempat-tempat di Korea, cuaca dan lain-lain. Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang unik terhadap drama-drama Korea ini. Sedar atau tidak, ada banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada drama-drama Korea. Apa yang akan dinyatakan ini agak melucukan tetapi marilah kita sama-sama berhibur! Senarai di bawah telah aku terjemahkan dari satu sumber di sini.

  1. Lelaki yang muda, kaya dan kacak menyintai perempuan yang lebih tua, dan agak kasar.
  2. Jika kamu ada sahabat baik, dia akan menyintai kamu. Kamu dalam diam pun begitu.
  3. Kamu dan teman kamu akan selalu berkejaran di tepi pantai, kawasan bersalji, atau di padang. Kamu akan tertawa tanpa sebab dan teman kamu akan memukul kamu secara olok-olok tetapi tenaganya membuatkan kamu seperti mahu terpelanting ke hujung bilik. Namun tak mengapa, kerana kamu masih lagi tertawa.
  4. Abang, adik, sepupu ataupun saudara lelaki pasti akan menyintai perempuan yang sama.
  5. Kamu dibenarkan untuk membuat pusingan U di mana-mana sahaja di Korea, dan pastinya tiada kenderaan yang berada di lorong bertentangan.
  6. Di sana terdapat satu alat yang sangat pantas untuk membayar bil restoran dan cukup pantas untuk seorang lelaki mengejar teman wanitanya yang marah lalu bergesas meninggalkan restoran.
  7. Setiap orang menghidap kanser.
  8. Jika kamu sakit, kamu hanya perlu membuat IV (masuk air dalam darah) dan kamu pasti akan berasa lebih baik selepas itu.
  9. Muntah dan air kencing berada di mana-mana sahaja di Seoul setiap malam.
  10. Bergaduh di kelab malam dengan orang yang tak dikenali adalah perkara biasa yang berlaku pada waktu malam.
  11. Arak pasti murah harganya kerana mereka sentiasa minum arak tambah-tambah pula pada waktu kesusahan.
  12. Jika kamu seorang yang kaya, kamu adalah seorang yang menjengkelkan.
  13. Jika kamu seorang yang miskin, kamu adalah malaikat.
  14. Perempuan tidur dan bangun pada keesokan harinya dengan solekan penuh.
  15. Kamu tidak belajar bersungguh-sungguh selagi hidung tak berdarah.
  16. Jika hidung kamu berdarah, kamu adalah penghidap penyakit kanser dan kamu tidak mempunyai duit untuk membuat rawatan.
  17. Jika kamu meminta kopi ataupun jus oren di mana-mana kafe ataupun restoran, kamu pasti tidak akan meminumnya langsung.
  18. Kamu pasti akan memanggil teman kamu dengan jawatan di tempat kerjanya, bukan dengan namanya.
  19. Jika kamu sangat menyintainya, kamu pasti akan mati bersama-sama dengannya pada hujung cerita, ataupun kamu sanggup kesejukan dalam hujan walaupun manusia yang waras akan mencari tempat berteduh.
  20. Jika kamu pulang dari Amerika, pasti kamu akan menjadi seorang yang sangat berjaya, jika pulang dari England, kamu akan menjadi seorang yang sangat berfesyen, dan jika kamu sentiasa berada di Korea, tiada apa pun yang berubah melainkan fesyen rambut sahaja.
  21. Jika kamu pulang dari jauh tanpa apa-apa sebab, pasti kamu adalah penghidap kanser.
  22. Jika ada dua orang yang sakit atau kemalangan, pastinya mereka akan ditempatkan di hospital yang sama.
  23. Jika kamu berada di dalam hujan lebih dari lima minit, kamu akan demam dan pengsan lalu orang lain akan bergegas menghantar kamu ke hospital dengan memikul kamu di belakangnya berbanding kamu menelefon ambulans atau menghantar dengan kereta.
  24. Walaupun kamu sangat daif, tetapi kamu tidak akan memakai pakaian yang sama lebih dari sekali.
  25. Jika kamu menjadi sorang budak miskin, muka kamu akan comot, dan rambut kamu sangat kusut.
  26. Jika kamu menyelamatkan seseorang dari dilanggar kenderaan, kamu akan menolaknya dan menunggu sehingga kenderaan itu melanggar kamu. Kenderaan itu tidak akan diperlahankan sehinggalah kamu dilanggar.
  27. Setiap orang memiliki saudara yang telah lama tidak berjumpa dan kebiasaannya kamu tidak menyedarinya.
  28. Jika kamu tidak mahu menjawab panggilan telefon, kamu akan mencabut bateri telefon; bukan memadamnya.
  29. Setiap orang Korea boleh minum sehingga mabuk, merokok, dan bermain piano dalam satu masa yang sama.
  30. Jika kamu sedang bercinta, pasti pada suatu ketika kamu akan mengejar kekasih kamu di lapangan terbang (atau kekasih kamu yang mencari kamu) dan akan berjumpa ketika betul-betul sebelum kamu masuk ke kapal terbang. Ada juga kamu akan mengelilingi lapangan terbang, melintasi sesama sendiri dalam beberapa kali. Malangnya, kamu tidak langsung nampak kekasih kamu.
  31. Jika kamu naik kapal terbang, kamu selalu memakai cermin mata gelap.
  32. Semua lelaki yang memakai jaket senaman (tracksuit), mereka akan memakainya dengan zip ditarik habis sehingga ke leher, walaupun mereka membuat senaman lompat tali.
  33. Perempuan pasti akan marah lalu berjalan meninggalkan lelaki tersebut, kemudian lelaki itu akan mengejar dan menarik lengan perempuan itu. Ajaibnya, bahu perempuan tidak pernah sakit.
  34. Lelaki selalu dilihat seperti ketinggian 6', walaupun ketinggian sebenar mereka hanyalah 5' 10". Terima kasih kepada sudut syot kamera.
  35. Lelaki suka mengenakan foundations, eyeliner, dan lipsliner.
  36. Kamu sering terserempak dengan orang yang kamu tak suka di dalam lif yang sama, sedangkan ada enam lif yang berbeza di tempat yang sama.
  37. Melainkan kamu seorang yang kaya, ipar-duai kamu pasti tidak menyukai kamu.
  38. Begitu juga dengan kakak ipar kamu.
  39. Abang ibar kamu pasti akan merindui kamu.
  40. Ada dua jenis ciuman, menemukan bibir dengan mulut tertutup dan mencium untuk satu tempoh yang lama ataupun cium ala Hollywood. Mana-mana carapun, dunia pasti akan berpusing sekeliling mereka.
  41. Cincin yang dibeli untuk perempuan mesti betul saiznya, walaupun mereka tidak pernah berpegang tangan.
  42. Orang akan memerhatikan sesuatu benda dalam tempoh yang lama hanya untuk berfikir. Mereka juga berhenti di tepi jalan untuk melihat daun gugur hanya untuk berfikir.
  43. Kamu pasti akan mengandung selepas membuat hubungan seks untuk kali pertama.
  44. Kamu akan mengandung sekiranya dicium di dahi.
  45. Kamu akan mengandung sekiranya kamu berpegang tangan.
  46. Jika kamu menghadapi satu cabaran yang hebat atau dasyat, kamu pasti akan mati akhirnya. Terutamanya akibat kanser.
  47. Seorang lelaki korea mampu melawan enam orang gengster, apabila mereka berlawan seorang demi seorang tetapi lelaki itu akan teruk dibelasah apabila kesemua gengster berlawan dengan lelaki itu serentak. Perempuan yang ada di situ (diselamatkan oleh lelaki) hanya menjerit ketakutan sahaja, tidak menelefon 119. Dia hanya tengok dan menangis. Namun, tak mengapa kerana esok harinya lelaki itu akan baik dengan hanya beberapa balutan dan sedikit calar, tetapi mata tak pernah lebam.
  48. Pergaduhan itu tak pernah betul sehinggalah si penjahat bermain kotor dengan menggunakan senjata seperti kayu.
  49. Jika kamu belajar di Amerika (terutama di Harvard), seorang pelajar yang baik dan pastinya dianggap mampu bercakap dalam bahasa Inggeris. Namun, entah mengapa apabila mereka bercakap dalam bahasa Inggeris, penonton tidak pernah faham apa yang disebut oleh pelakon tersebut.
  50. Kisah cinta tak pernah kurang dari cinta tiga segi, sama ada dua lelaki berebut perempuan yang sama ataupun dua perempuan merebut lelaki yang sama. Namun akhirnya lelaki yang perempuan yang selalu bermasalah setiap kali berjumpa yang akan hidup bersama manakala mereka yang benar-benar berusaha untuk mendapatkan cinta orang yang direbutkan terpaksa menerima 'kekalahan'.
Inilah senarai yang boleh didapati dalam kebanyakan drama Korea. Mungkin ada yang tidak bersetuju tetapi ini hanyalah sebahagian sahaja. Lagipun aku sekadar menterjemahkan apa yang ada. Apapun, di bawah ini ada video-video yang berkaitan.





Oh, tidak lupa juga satu lagi benda yang memang dapat dipelajari dari drama Korea, sesuatu yang menarik dari satu drama yang paling aku gemari:

8 comments:

  1. tambah lagi boleh

    51) percintaan 4 segi yang taboo. Si A sukakan si B , tapi si B lak sukakan kt si C. Si C lak tak buleh nk sukakan kawan baik dia si D sebb ingt si D sukakn si A...

    pusing-pusing gitu jela

    btw, byk giler point,..kaki k-dorama ni..ape drama best?hehe

    ReplyDelete
  2. hahahah drama korea lebih kurang je mcm drama melayu..mula2 drama korea mesti best, tengah2 dah melalut...episode second last mesti episode yg annoying,xtengok pun xapa..

    ReplyDelete
  3. @ザ-sylver-shooter
    Betul jugak tu... cerita cinta bersegi-segi...haha... ni byk point pun sebab amik dari blog lain...nak kate kaki sangat tak ler...hehe

    @rossoneri
    Tengok cerita jugaklah... ada yang bagus, ada yang kureng...

    @Shafiqa's
    Memang selalu jugak...hehe

    ReplyDelete
  4. paling suka tengok cerita full house..dah berapa kali tgk pun takbosan..

    ReplyDelete
  5. heheee.....bnyk erk rumusan ko...baca laa aku punya lak..yg real nyer

    http://ezniey.blogspot.com/2010/06/sakura-hatiku-di-korea-18-jun-23-jun.html

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.