| 4 comments ]
Cuba tanya pada diri sendiri, antara memiliki rumah atau kereta, yang mana kita pilih? Bayangkan pula jika kita diperuntukan untuk membeli antara rumah atau kereta, yang manakah pilihan kita? Bagi kebanyakan orang yang bijak dan pandai, pasti merekan akan memilih untuk membeli rumah. Kepada yang kurang cerdik, mereka akan memilih kereta.

Kebanyakan penduduk di Malaysia golongan pertengahan lebih suka menyimpan wang untuk membeli kereta berbanding rumah. Mungkin juga aku silap tetapi kebanyakan yang aku perhatikan lebih cenderung untuk memiliki kereta mewah berbanding rumah mewah. Perkara ini disokong pula dengan kebiasaan rakyat Malaysia yang melihat tahap kekayaan dan kemewahan seseorang itu kepada jenis kereta yang mereka miliki sedangkan penanda kemewahan dan kekayaan bagi penduduk negara maju adalah dengan melihat kepada rumah yang mereka miliki.

Yang mana satu menjadi idaman?


Untuk dilihat sebagai memiliki status yang tinggi di mata masyarakat, kebanyakan daripada kita akan berangan-angan untuk memiliki kereta. Malah, kebanyakannya juga lebih membayangkan untuk memiliki kereta mewah berbanding memiliki tanah dan rumah.

Ada beberapa individu telah membangkitkan dengan dasar kerajaan dalam jual beli hartanah. Mereka membangkitkan bahawa di Malaysia, tempoh untuk rakyat Malaysia membayar pinjaman perumahan terlalu lama iaitu sehingga 20 tahun berbanding negara-negara lain seperti Australia dan Britain yang hanya mengambil masa kira-kira 3-5 tahun sahaja. Sedarkah kita kebanyakan rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu pertengahan tidak mempunyai kuasa membeli yang tinggi? Dengan bantuan yang disediakan seperti yang ada di Malaysia ini dapat memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk memiliki rumah dan tempat tinggal. Jika dasar yang digunakan seperti di Australia dan Britain diaplikasikan di Malaysia, pastinya banyak yang tidak akan memiliki rumah dan tempat tinggal di Malaysia.

Jika kita lihat dari mata pelabur, mereka akan lebih banyak melaburkan wang dalam hartanah berbanding membeli kereta. Hal ini disebabkan oleh harga tanah akan meningkat sejajar dengan peredaran masa. Malah, jika tanah kosong yang dibangunkan akan meningkatkan harga hartanah di sesebuah kawasan berkali-kali ganda. Jika dibandingkan dengan kereta, harga akan menurun sejajar dengan peredaran masa. Ada juga yang berpendapat bahawa kereta tidak boleh kita harapkan sebagai aset.

Jadi, antara kereta dan rumah, yang manakah yang akan dipilih? Jawapan mudah dari aku ialah, wang sendiri, sendiri pilihlah. Aku lebih suka untuk memiliki banyak rumah dan tanah berbanding banyak kereta.

4 comments:

  1. Dulu berhajat nak beli umah dulu instead of car, tapi memandangkan kerja di KL, family di Johor dan antara ofis dan rumah tiada pengangkutan yang efisyen, maka terpaksa juga amik kereta. But dengan belanjawan 2011, insyallah planning nak amik rumah pula..

    Love,
    PojiePooh Abdullah

    ReplyDelete
  2. utk keperluan sekarang of course kereta...tapi kalau beli rumah, pelaburan jangka panjang...rumah makin mahal, tapi kereta makin murah...huhu

    ReplyDelete
  3. Erm.. Elok beli rumah dulu. Kereta kalau nak belipun, kalau berkemampuan beli lah kereta besau.. Kalau tak mampu lagi, pakai kancil pon ok juga..

    ReplyDelete
  4. entry ni dah stahun..tapi saje nk bg komen...rumah atau kereta?..depend on ur principal..pikir betul2..u minat kereta ke tidak?..kalu u beli kereta u tinggal paking kat rumah je ke atau u drive evrywhere..
    give u one eg.....imma car maniac...i luv car, tapi tak suka kreta yg mod ngarut2.i luv to drive fast. i grad at 22..n start work after at 23 (mengagur ler..) kerje2..i dont need nu car at this time coz i use my dads car (lil bit lucky)..plus i don wanna buy car after 3 month i keje...wat car can i buy?? satria?gen2? ..oh tidak..
    at early 25 i kahwin..n ujung taun yg same i decide bli kereta...a big one (big one for me la..kalu org lain kate ni kete cabuk je kot).. CiviC FD2 (2007/2008). harge mstu 130k. after few month dpt fis kid..n after 1 1/2 dpt 2nd kid..still xde umah sendri.. then my 2nd kid dh 2 taun i bought a hse (memilih sket sbb nk corner unit)..so i hav both now...Ok car n Ok hse..
    so sebenarnye depend on ur principal...u choose wat u like its up to u..n both are wise decision..n for me I go for car (if u minat car) have fun!

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.