| 2 comments ]
 
Pasti banyak orang yang pernah bermain permainan boling. Malah, ada di antara mereka ini menjadikan permainan boling ini sebagai hobi mereka. Ada juga yang mencari makan dengan permainan ini. Namun begitu, bolehkah kita meramal keperibadian seseorang melalui permainan boling? Jom intai-intai bagaimana mengaitkan peribadi seseorang dengan permainan boling.

  1. Peramah - Boleh berborak dengan sesiapa sahaja yang ada di lorong sebelah.
  2. Pemurah - Tak kisah kalau ada orang terguna bola boling miliknya.
  3. Jimat - Guna sebiji bola untuk sepanjang permainan.
  4. Tamak - Guna lebih 4 biji bola untuk dia seorang sahaja.
  5. Teliti - Ambil masa 30 minit untuk memilih sebiji bola.
  6. Profesional - Ada bola sendiri, main pun hebat.
  7. Berbakat - Guna bola houseball yang tersedia di pusat boling, permainannya hebat seperti profesional.
  8. Berlagak - Bawa teman wanita sekali, dia seorang yang main, guna houseball nak main hook tetapi awal-awal dah cuci longkang.
  9. Berpengaruh - Seorang yang pandai bermain boling membawa banyak kawan-kawan yang baru kenal boling bermain bersama.
  10. Sombong - Suka mengutuk kawan yang bermain bersama kerana pungutan mata kawannya itu rendah.
  11. Gelojoh - Ambil bola, berjalan terus lempar bola.
  12. Tak berhati perut - Tak hirau orang di lorong lain nak lempar bola, dia terus lempar bola sedangkan orang sebelah perlu konsentrasi untuk buat balingan.
  13. Toleransi - Menunggu dahulu orang sebelah melemparkan bola sebelum dirinya melemparkan bola.
  14. Lurus bendul/bengap - Tunggu sweeper lorong sebelah selesai membersihkan pin yang tumbang, kemudian masih menunggu sampai orang sebelah lempar bolanya, barulah dia melempar bolanya.
  15. Baru pandai - Ada bola sendiri lengkap dengan segala kelengkapan boling walaupun dia tak memerlukannya.
  16. Hipokrit - Sengaja jatuhkan badan kononnya tergelincir walhal dia baling memang tak betul.
  17. Skema - Main boling dengan berseluar slack dan baju T berkolar dan disisip ke dalam seluar (kecuali dalam pertandingan).
  18. Tak reti bahasa - Bermain dengan berkaki ayam/berkasut selain kasut boling.
  19. Tak terurus - Bermain boling dengan berkasut boling tanpa stoking.
  20. Naluri seorang guru - Sentiasa menegur permainan orang lain.
  21. Cakap tak serupa bikin - Main pun tak betul, suka sangat complaint cara permainan orang lain.
  22. Tak cukup duit - Bermain untuk satu game tetapi berkongsi tiga orang.
  23. Syok sendiri - Dia seorang yang main, kawan-kawan lain hanya melihat.
  24. Insan sempurna - Mampu bermain perfect game.
  25. Dah berkarat/layak pencen - Memang pandai main, ada kelengkapan yang sempurna tetapi permainan semasa seperti orang baru kenal boling.
  26. Ahli politik - Datang pusat boling, cakap-cakap, makan, blah.
  27. Korang tambah sendiri....
Aku adalah golongan 25 rasanya. Dah lama tak main, sekali aku main, dua kali aku gagal (mata kurang 100) dan tak lepas 150 pun sedangkan purata permainan aku sebelum ini kira-kira 160-170 mata.

Selepas aku balun enam game siang tadi, terus aku rasa penat. Cepat pula aku pancit kali ini. Nasib baik awek tak banyak tadi, kalau tak habislah reputasi aku. Hahaha.... Korang kategori mana satu?

*****
Nota kaki:
1. Ini bukan entri ilmiah. Ini entri syok sendiri. Aku tulis ikut persepsi aku sendiri. Aku tak libatkan persepsi orang lain.
2. Kasut boling aku dah jadi 'mulut buaya'. Dah tua kasut aku. Mahal aku beli tu!

2 comments:

  1. bru main boling ari tu..tu yg nak check..hehehe

    ReplyDelete
  2. wahh hebat nih! nak share kat fb... boleh? reply kat chat box at my blog yeaa kalo boleh.. please....

    aku kategori yg toleransi... hehe

    ReplyDelete

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.