| 0 comments ]
Setiap yang baru pasti akan mengalami masa tuanya. Setiap perkara pasti ada tempoh muda dan tua, awal dan akhir, sihat dan sakit, dan banyak lagi. Boleh kata seperti berlakunya lima perkara sebelum lima perkara. Bukan manusia sahaja yangalaminya, tetapi setiap perkara di dunia alaminya. Bezanya cuma benda-benda lain selain manusia tidak ada masa lapang mahupun sempit melainkan manusia yang mengendalikan benda-benda tersebut. Begitu juga komputer.

Entri ini bukanlah untuk aku membincangkan tentang peringatan lima perkara sebelum lima perkara, kerana aku bukanlah layak untuk membincangkan hal itu dengan ilmu yang cetek ini tetapi aku mahu membincangkan penyakit tua yang dialami oleh laptop aku. Laptop aku bernama BenQ Joybook T31 dan tiada nama manja. Aku masih tak terfikirkan nama manja untuk laptop kesayangan aku ini - juga kekasih utama aku suatu ketika dahulu. Nanti-nantilah aku memikirkan nama manjanya. Laptop aku ini telah berkhidmad kira-kira empat tahun (2006-2010) dan laptop ini jugalah satu-satunya laptop generasi lama yang wujud dalam rumah aku - iaitu diciptakan untuk compatible dengan Windows XP berbanding laptop generasi baharu untuk compatible dengan Windows Vista dan Windows 7. Dalam erti kata mudah, laptop aku ini sudah terkeluar dari zaman sekarang ataupun dalam bahasa Inggeris ialah out dated.

Akibat daripada usianya yang sudah tua, maka banyaklah penyakitnya. Antara penyakit yang berkaitan adalah laptop aku ini tidak browse laman-laman web selepas aku menekan butang enter walaupun internet sudah disambung. Aku pasti ini bukanlah masalah tetingkap browser aku kerana pada sebahagian tab, proses buffering sedang berlaku dan proses muat turun masih lagi aktif, manakala pada tab yang lain pula aku menerima mesej bahawa server tidak dapat dihubung sedangkan domain untuk kedua-dua tab adalah dari laman web yang sama. Mengapa boleh berlaku sedemikian pun aku tak tahu. Aku bukanlah orang yang pandai tentang komputer.

Selain itu, banyak lagi penyakit yang lain yang menimpa laptop aku. Apa pun, aku hanya perlu bersabar sahajalah dengan laptop aku yang satu ini. Mungkinkah aku perlu kembali semula ke Windows XP ataupun meneruskan menggunakan Windows 7?

0 comments

Post a Comment

P/S: Kepada pemberi komen 'tanpa nama' atau 'anonymous' diharapkan dapat meletakkan nama samaran di kaki komen untuk menunjukkan keikhlasan anda. Terima kasih.